Tuesday, August 13, 2019

Dr Ahmad Yunus Tinjau Kesan Ribut Sabak Bernam




SABAK BERNAM: PAS Negeri Selangor mengambil perhatian terhadap kejadian ribut kuat yang membadai hingga menyebabkan kerosakan struktur premis dan kediaman penduduk di sekitar daerah ini, kelmarin.
Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Ahmad Yunus Hairi dan Ustaz Noor Najhan Muhammad Salleh telah turun meninjau ke beberapa lokasi yang ditimpa bencana tersebut, petang semalam.
Antara dilawati adalah Bagan Nakhoda Omar, Kampung Pancang Bedena, Kampung Sungai Apong, Kampung Parit dan Kampung Sungai Lias Baroh dengan disertai sama pimpinan PAS Kawasan Sabak Bernam.
Antara mereka ialah Timbalan Yang DiPertua, Zamri Yahya dan Ketua Muslimat, Ustazah Rahmah Akib serta Pengerusi Khidmat Malaysia, Ustaz Jamsari Marsom, selain dari beberapa entiti PAS yang lain.
Dr Yunus turut menyerahkan sumbangan kepada wakil Jabatan Amal Malaysia Selangor untuk meneruskan kerja-kerja bantuan di bawah koordinasi Khidmat Malaysia menangani kesan ribut di sini.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Sabak Bernam, Ustaz Waafi Badruldin, menyeru muhasabah dengan melihat musibah tersebut dengan peringatan ayat 156 surah al-Baqarah supaya kembali kepada Allah.
"Rentetan penganjuran tersebut, penganjuran Ekspo Bazaria Aidil Adha di Pekan Sabak yang berakhir malam kelmarin wajar dilihat kembali pelaksanaannya.
"Beberapa aktiviti yang dilihat keterlakuan seperti hiburan terbuka adalah sesuatu yang tidak wajar sama sekali dan patut dielakkan," nasihat beliau. - HARAKAHDAILY 12/8/2019
Hasil carian imej untuk ribut sabak bernam
Hasil carian imej untuk ribut sabak bernam
Hasil carian imej untuk ribut sabak bernam

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

1 comment:

Anonymous said...

Tentera kacang merah 11.06 pm ternakan parti ultra rasis kafir harbi DAPig sibuk menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam PAS kerana pemimpin PAS sibuk membantu mangsa ribut di waktu pemimpin-pemimpin Pakatan Hancing sibuk memperjuangkan agenda peribadi mereka sendiri dan tidak mempedulikan rakyat.

Nampaknya rakyat telah dikencing hancing oleh Pakatan Hancing pimpinan parti ultra rasis DAPig dengan pelbagai janji palsu dalam menipufesto Pakatan Hancing. Akibatnya semakin ramai rakyat menolak Pakatan Hancing dan menyokong kerjasama PAS-UMNO.

Keadaan ini telah menyebabkan barua dan pemimpin Pakatan Hancing meroyan histeria kerana mereka takut kalah dalam PRU yang akan datang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails