Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, wanita berusia 39 tahun itu dihubungi seorang individu melalui nombor +80326191000 dan menyamar pegawai sebuah bank.
"Suspek mendakwa, mangsa memiliki tunggakan hutang kad kredit sebanyak RM6,000. Selepas mangsa menafikan memiliki akaun kad kredit bersama bank itu, suspek mendakwa kad pengenalan mangsa telah digunakan pihak lain untuk membuka akaun di bank itu.
"Talian disambungkan kepada seorang lelaki menyamar sebagai pegawai Bank Negara yang meminta semua butiran akaun bank dimiliki mangsa," katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.
Mohd. Wazir menambah, selang beberapa jam kemudian, mangsa kerap menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) memaklumkan sejumlah wang daripada akaun miliknya telah berjaya dipindahkan melalui beberapa transaksi ke dalam akaun milik individu tidak dikenali.
Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands selepas menyedari tertipu dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - K! ONLINE

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitu, antara penipuan berupa rompakan ala baru. Tidak perlu rompak bank, bunuh membunuh, cukup dengan helah mendapatkan 'meminta semua butiran akaun bank dimiliki mangsa'. Beberapa jam kemudian berlaku transaksi dan pemindahan, wang dalam akaun milik mangsa lesap. 

Di situlah perlunya suatu sistem menangani jenayah yang baik dan berkesan. Kini makin jelas undang-undang ciptaan manusia gagal menunjukkan kejayaan dan memberi kesejahteraan kepada rakyat. Kembalilah kepada sistem perundangan Islam yang terbukti kejayaannya, sila lihat sejarah dan negara-negara yang melaksanakannya.


Lihat ini..
Hudud paling praktikal cegah jenayah – Zakir Naik 
April 20, 2016 12:17 PM
NILAI: Hudud adalah undang-undang pencegahan jenayah yang paling praktikal di muka bumi ini, kata pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik.
Dr Zakir berkata, Arab Saudi yang melaksanakan hukum hudud terbukti lebih berjaya menangani jenayah berbanding Amerika Syarikat (AS) yang tidak melaksanakan undang-undang sedemikian.
Katanya, perkara itu dibuktikan menerusi statistik yang dikeluarkan pihak berkuasa AS sendiri, yang mana menunjukkan kadar rogol dan jenayah di negara kuasa besar itu adalah tertinggi di dunia.
“3,000 jenayah direkodkan berlaku setiap saat di AS ketika ini. Bayangkan jika sistem zakat dibuat dan disusuli undang-undang Islam (hudud) di AS. Adakah ia akan menambah atau mengurangkan jenayah?
“Sudah tentu ia mengurangkan jenayah. Undang-undang syariah adalah undang-undang paling praktikal untuk dilaksanakan di mana-mana tempat di muka bumi ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.
Ceramah itu dihadiri Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad dan kira-kira 1,000 pelajar dan kakitangan universiti itu.
Agenda pelaksanaan hukum hudud sering dibangkit di negara ini dan menjadi wadah utama perjuangan PAS bagi memperoleh mandat daripada pengundi.
Terbaru, PAS cuba untuk meminda Akta Mahkamah Syariah 1965, bagi membolehkan hudud boleh dilaksanakan di Kelantan.
Agenda hudud menjadi punca kepada perbezaan pendapat antara PAS dan DAP sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat berkubur tahun lalu.
Peluang Kerja Di Australia, Dibuka..
Kerja Di Australia, Dibuka..