Wednesday, August 14, 2019

Tahniah PAS Balik Pulau. Dari Ibnu Hasyim, B/YDP B/Pulau..

Korban Pemuda Balik Pulau dekati penduduk
BALIK PULAU: Sempena Hari Raya Aidil Adha, Dewan Pemuda PAS Kawasan Balik Pulau telah menganjurkan Program Korban dan Akikah bertempat di Maahad Tahfiz Al-Ansar, Permatang Tengah, di sini semalam.
Aktiviti tahunan Pemuda PAS ini telah menjadi satu platform untuk ahli PAS dan masyarakat melaksanakan ibadah tersebut, sekali gus membuka ruang para asnaf sama-sama dapat menikmati daging korban.
Seramai 100 keluarga menerima sumbangan daging dari dua ekor lembu yang dikorbankan dalam program ini iaitu penduduk di Simpang Empat, Sungai Burung, Kampung Kongsi dan beberapa lagi kawasan berdekatan.
Aktiviti edaran daging korban kepada penerima bermula selepas selesai proses penyembelihan, melapah serta memotong dan diedarkan sendiri Ketua Pemuda PAS Balik Pulau Fahmi Ahmad dan jawatankuasanya.
Hadir sama adalah Naib Yang DiPertua PAS Balik Pulau, Abdul Rahim Sujak dan Ketua Urusan Ulamak PAS Balik Pulau, Ustaz Zainal Othman serta Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan yanh turut membantu.
Menurut Fahmi, para penerima mengenali PAS bukan sekadar dalam konteks politik dan pilihan raya sahaja, tetapi konsisten dan istiqamah dalam memberikan khidmat serta kebajikan kepada masyarakat setempat. - HARAKAHDAILY 13/8/2019


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah PAS Balik Pulau. Dari Ibnu Hasyim bekas YDP PAS Balik Pulau. Nak tumpang cicip sikit?

Teruskan sahabat!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails