Thursday, August 15, 2019

Gesa Ahli Perniagaan Disiasat Di Bawah Akta ATM



KANGAR: Tindakan ahli perniagaan, Koon Yew Yin mengeluarkan kenyataan memperlekehkan pengorbanan anggota tentera di negara ini perlu disiasat mengikut Akta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM), Ismail Abidin, berkata kenyataan Yew Yin melabelkan anggota tentera sebagai pemalas dan ‘kerja makan tidur’ turut dilihat sebagai menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Ketua Pemerintah ATM.
“Kenyataan sedemikian adalah satu penghinaan serta bersifat menghasut agar warga tentera dipandang lekeh di mata rakyat.
“Apakah dia tidak tahu bahawa ATM dinaungi oleh Yang di-Pertuan Agong dan secara tidak langsung bertentangan dengan Akta ATM. Tidakkah dia sedar tindakannya itu menyentuh sensitiviti warga tentera,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, di sini hari ini.
Semalam, melalui laman blog kendalian ahli perniagaan itu sendiri, Yew Yin meminta agar kerajaan memecat penjawat awam dan menyemak semula senarai kakitangan di sektor kerajaan.
Beliau menjadikan anggota tentera sebagai contoh dan menyifatkan warga ATM hanya tahu ‘makan dan tidur’ sahaja.
Sehubungan itu, Ismail tampil membuat laporan polis agar ahli perniagaan itu disiasat kerana menghina warga ATM, selain mengeluarkan kenyataan menghasut.
Malah, katanya, Menteri Pertahanan dan Timbalan Menteri Pertahanan digesa agar mempertimbangkan dengan kementerian yang berkaitan untuk menarik semula status warganegaranya.
“Mana mungkin seorang warga Malaysia sanggup menghina aset negaranya sendiri dan tidak menunjukkan sifat hormatnya. Apa dia (Yew Yin) sudah lupa siapakah yang dahulunya bermatian berjuang mempertahankan tanah air di medan peperangan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan dan enggan mengulas lanjut.


Peluang Kerja Di Australia, Dibuka..
Kerja Di Australia, Dibuka..



4 comments:

Anonymous said...

Kata peribahasa, bahasa menunjukkan bangsa. Bangsa mengikut sastrawan dulu dulu bukan maksud bangsa seperti istilah sekarang. Ttp bangsa maksud orang dulu dulu ialah kualiti individu itu. Melalui bahasa,kita kenal kualitinya. Kalau guna bahasa kasar, maka tafsirnya individu itu kasar orangnya.

Bila cina tu gunakan bahasa perlekeh bangsa melayu dari sudut ketenteraan, boleh dimaksudkan memang ada rasa benci kepada orang melayu. Maksud ada rasis d situ. Ini merbahaya,kerana rasis terhadap sesuatu bangsa boleh menimbulkan ketegangan dari bangsa yang dihina itu. Bila statement cina itu mempengaruhi bangsa cina, ketegangan lebih besar boleh terjadi. Sekarang ini pun sudah pelbagai ngo dan parti meluahkan rasa tidak senang dengan statement koon yew yin. Statement terbuka mohon maaf terbuka. Bukan mengandaikan salah faham dalam tafsiran.

Puaka Rimba said...

Sokong Ibnu..nampaknya pak kaduk semakin bongkak bila berada atas junjungan. Sudah sampai ketika...mereka perlu digempur....Semoga PH hanya sepenggal...lagi lama lagi mudharat.

Anonymous said...

Bila pendatang asing diberi kerakyatan, mereka menjadi sombong, bongkak dan biadap berani menghina , menfitnah dan memburuk-burukkan agama Islam,, ulama dan pendakwah Islam, institusi Islam, umat Islam, parti Islam PAS dan Angkatan Tentera Malaysia.

Mengapa Mike Sabu mendiamkan diri seperti syaitan bisu membiarkan puak kafir harbi menghina ATM ? Sudah hilang telurkah ?

Nampaknya Mike Sabu takut pada l im to kong kerana selama ini Mike Sabu dan pengikutnya menjadi khadam parti ultra rasis kafir harbi DAPig yang memusuhi Islam dan umat Islam.

Mana si pemimpin persatuan veteran tentera Pakteriak yang suka menjilat telur DAPig? Mengapa diam membisu seperti zombi apabila ATM ? Sudah hilang telurkah ?

Ex-Lt

Anonymous said...

Mike sabu jaga tentera. Mike sabu pun lena juga, makan tidur, janji ongkos masyuuuk. Lebih heran ongkos tak masuk banding dengan heran cina maki tentera.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails