Thursday, August 15, 2019

Murid Tahun 5 Rogol Kakak Sepupu. Mengapa?


Hasil carian imej untuk rogol
Gambar hiasan..


MURID Tahun Lima ditahan polis selepas didapati merogol kakak sepupunya yang berusia 12 tahun di rumah mereka, di Penampang, Ahad lalu.
Dalam kejadian itu, kedua-dua murid sekolah rendah terbabit dikesan melakukan hubungan seks di dalam bilik tidur sebelum disedari abang mangsa.
Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa sejurus selepas kejadian disedari ahli keluarganya.

Katanya, kanak-kanak lelaki terbabit kemudiannya ditahan kira-kira jam 12 tengah hari pada keesokan hari untuk membantu siasatan lanjut.
“Hasil siasatan yang dijalankan, kanak-kanak lelaki itu mengaku sudah empat kali melakukan hubungan seks bersama mangsa.
“Kanak-kanak ini juga mengaku terpengaruh dengan video lucah yang ditonton menerusi telefon pintar,” katanya ketika ditemui, hari ini.
Mohd Haris berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenalpasti sejak bila kejadian itu berlaku.
Katanya, suspek sudah direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
“Kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya. (MyMetro)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Seperti yang sering disebutkan, perlunya suatu sistem menangani jenayah yang baik dan berkesan. Kini makin jelas undang-undang ciptaan manusia gagal menunjukkan kejayaan dan memberi kesejahteraan kepada rakyat. 

Kembalilah kepada sistem perundangan Islam yang terbukti kejayaannya, sila lihat sejarah dan negara-negara yang melaksanakannya.

Hasil carian imej untuk dr zakir naik
Lihat ini..
Hudud paling praktikal cegah jenayah – Zakir Naik 
April 20, 2016 12:17 PM
NILAI: Hudud adalah undang-undang pencegahan jenayah yang paling praktikal di muka bumi ini, kata pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik.

Dr Zakir berkata, Arab Saudi yang melaksanakan hukum hudud terbukti lebih berjaya menangani jenayah berbanding Amerika Syarikat (AS) yang tidak melaksanakan undang-undang sedemikian.

Katanya, perkara itu dibuktikan menerusi statistik yang dikeluarkan pihak berkuasa AS sendiri, yang mana menunjukkan kadar rogol dan jenayah di negara kuasa besar itu adalah tertinggi di dunia.

“3,000 jenayah direkodkan berlaku setiap saat di AS ketika ini. Bayangkan jika sistem zakat dibuat dan disusuli undang-undang Islam (hudud) di AS. Adakah ia akan menambah atau mengurangkan jenayah?

“Sudah tentu ia mengurangkan jenayah. Undang-undang syariah adalah undang-undang paling praktikal untuk dilaksanakan di mana-mana tempat di muka bumi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.

Ceramah itu dihadiri Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad dan kira-kira 1,000 pelajar dan kakitangan universiti itu.

Agenda pelaksanaan hukum hudud sering dibangkit di negara ini dan menjadi wadah utama perjuangan PAS bagi memperoleh mandat daripada pengundi.

Terbaru, PAS cuba untuk meminda Akta Mahkamah Syariah 1965, bagi membolehkan hudud boleh dilaksanakan di Kelantan.

Agenda hudud menjadi punca kepada perbezaan pendapat antara PAS dan DAP sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat berkubur tahun lalu.

Siapa Dr Zakir?
Dr Zakir Abdul Karim Naik merupakan ulama, pendakwah dan penceramah dengan tajuk utama perbandingan agama. Beliau doktor perubatan setelah mendapat Sarjana Perubatan dan Bedah dari Universiti Mumbai. Pada tahun 1991, beliau berhenti dari kerjaya doktor perubatan dan beralih kepada bidang dakwah. Dr.Wikipedia
Lahir18 Oktober 1965 (umur 53 tahun), Mumbai, India
Suami/IsteriFarhat Naik
Pusat pendidikanUniversity of Mumbai
PendidikanMumbai University (MU)Topiwala National Medical CollegeKishinchand Chellaram College
AnakRushda NaikFariq Zakir Naik


Lihat lagi..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails