Wednesday, August 14, 2019

India Hapuskan Hak Majoriti Islam Jammu &Kashmir. Pakistan Tingkat Tekanan Diplomatik.



Konflik Kashmir: Pakistan minta bertemu UNSC.

Islamabad beri tindak balas jika New Delhi beri semula kuasa

ISLAMABAD, 13 Zulhijjah 1440H, Rabu – Pakistan meminta bertemu dengan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) susulan tindakan India menghapuskan status khas di wilayah 
Menteri Luar Pakistan, Shah Mahmood Qureshi berkata, Pakistan tidak akan mencetuskan sebarang konflik, bagaimanapun India tidak patut menggangap kekangan negara itu sebagai satu kelemahan.
“Jika India memilih untuk menghidupkan semula penggunaan kuasa, maka Pakistan akan bertindak balas sebagai mempertahankan diri dengan segala keupayaan yang ada,” kata beliau dalam sepucuk surat kepada UNSC yang dilihat Reuters semalam.
Dalam surat yang sama, beliau berkata, memandangkan implikasi itu berbahaya, Pakistan meminta untuk mengadakan mesyuarat.
India pada 5 Ogos lalu membatalkan status khas Kashmir, wilayah majoriti penduduk beragama Islam dalam usaha New Delhi mengintegrasikan kawasan itu dengan negeri lain di negara berkenaan.
Menteri Dalam Negeri India, Amit Shah berkata, Kerajaan Persekutuan akan memansuhkan Artikel 370, peruntukan Perlembagaan yang memberi status istimewa Kashmir dan membenarkan negeri Jammu dan Kashmir menggubal undang-undang sendiri.
Perubahan itu juga membabitkan pembatalan larangan kepada orang luar untuk membeli tanah di Kashmir dan hak pekerjaan hanya kepada penduduk di wilayah itu sahaja.
Pada hari sama, rangkaian mudah alih persendirian, perkhidmatan internet dan talian telefon diputuskan malah terdapat sekatan pada pergerakan dan perhimpunan.
Difahamkan, tindakan itu dibuat selepas pihak berkuasa Kashmir yang ditadbir India mengisytiharkan perintah berkurung di sebahagian besar wilayah itu manakala Kerajaan India menghantar kira-kira 70,000 anggota tentera tambahan sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi ancaman daripada Pakistan.
Sebagai serangan balas, Pakistan menghentikan perkhidmatan kereta api ke India dan mengharamkan filem daripada negara itu ketika ia meningkatkan tekanan diplomatik ke atas New Delhi. – Agensi

Peluang Kerja Di Australia, Dibuka..
Kerja Di Australia, Dibuka..

1 comment:

Anonymous said...

Jammu Kashmir adalah negara Islam yang sedang dijajah secara haram oleh rejim hindu dan India tentera dan polis rejin hindu telah dan sedang menindas, menyiksa, merogol dan membunuh umat Islam Jammu Kashmir.

Orang kafir hidup bebas dan hak mereka dihormati di negara Islam.

Sebaliknya bila puak kafir berkuasa, mereka akan menindas agama Islam dan umat Islam dengan kejam dan zalim. Contoh: India, Myanmar, Thailand, Vietnam, Filipina, Palestin, Iraq (USA), Afghanistan (USA) dll.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails