Friday, August 16, 2019

Tahfiz Mandarin, Melayu Tak Jadi Cina Kerananya.. &Sebaliknya..


Terengganu Bina Pusat Tahfiz Berbahasa Mandarin

KUALA TERENGGANU, 14 Ogos - Kerajaan Terengganu akan membuka Pusat Tahfiz Berbahasa Mandarin di Dungun tahun depan antara lain untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara unik, berbilang kaum. 

Menteri Besar Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk menubuhkan pusat itu di bawah kendalian Yayasan Terengganu (YT). 

Pusat itu katanya akan memulakan sesi pembelajaran di bangunan Sekolah Imtiaz Dungun dengan pengambilan pelajar pertama seramai 50 orang, masing-masing 25 pelajar lelaki dan perempuan. 

Katanya, di samping mereka belajar menghafal 30 Juzuk Al-Quran, mereka juga belajar Bahasa Mandarin untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

"Ini komitmen kerajaan supaya mereka diajar bahasa itu bagi memahami kelompok kaum yang menggunakan bahasa berkenaan. 

"Kita berharap ia boleh menambah ilmu pengetahuan kepada masyarakat negeri Terengganu, di samping menghafal Al-Quran, berupaya juga menggunakan bahasa Mandarin," jelas beliau. 

Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri berkata demikian ketika bercakap kepada media selepas Majlis 'Flag Of' (kibar bendera) Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Sempena Hari kemerdekaan Ke-62 di Perkarangan Wisma Darul Iman di sini hari ini. 

Turut hadir Dato' Bentara Dalam A Rahman Yahya dan Pengarah Penerangan Negeri, Encik Azahar Ismail. 

Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, anak Melayu yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) di seluruh negeri Terengganu berjumlah 530 pelajar. 

"Di negeri Terengganu sahaja kita ada 530 orang anak Melayu yang belajar Bahasa Mandarin di sekolah-sekolah. 

"Jadi kerajaan negeri memberi ruang kepada mereka untuk belajar di pusat tahfiz tersebut dan boleh mengambil SPM di situ." ujarnya.


Hasil carian imej untuk kong fu
Hasil carian imej untuk kong fu

Komen Minda Rakyat:  Melayu tak jadi Cina kerana belajar Mandarin 

MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Cina pun tak jadi Melayu kerana belajar jawi..

Lihat juga.. 

Video





KOMPASTV

YouTube - 24 Jun 2016






Cham Channel

YouTube - 10 Okt 2017






CNN Indonesia

YouTube - 28 Jun 2017




KOMPASTV

YouTube - 16 Apr 2018




NTDIndonesia

YouTube - 26 Apr 2013




KOMPASTV

YouTube - 24 Ogo 2016




CNN Indonesia

YouTube - 27 Jun 2017

Hasil carian web

Hibur Hibur Sikit.

Video: Santri Santri Silat (Silat Disciples)



Santri Santri Silat (Silat Disciples)

  • 2 years ago
  •  
  • 171,069 views
Endah diikuti orang asing sepulang sekolah. Ia melawan. Endah is followed by a strange man. She fights. Follow MondiBlanc for ...
  • CC

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails