Friday, August 16, 2019

Ada Perompak 'bersifat mulia' Begini.. Mengapa?

Perompak pulang semula wang selepas lihat baki akaun mangsa
Selepas Li menunjukkan baki akaunnya yang tiada wang, lelaki itu segera memulangkan kembali wang Li sebelum meninggalkan bank berkenaan. - Foto Fail  


SEORANG perompak ‘bersifat mulia’ apabila mengembalikan semula wang yang dicuri setelah melihat baki akaun bank mangsa.

Kejadian berlaku di Heyuan, China di mana seorang wanita bernama Li sedang mengeluarkan wang dari mesin ATM sebelum didatangi seorang lelaki yang cuba merompak beliau.

Li yang ketakutan menyerahkan kesemua wang yang dikeluarkan bernilai RM1,520 kepada lelaki itu. Bagaimanapun, perompak yang tidak bertopeng itu bersungguh-sungguh mahu melihat baki akaun Li.

Selepas Li menunjukkan baki akaunnya yang tiada wang, lelaki itu segera memulangkan kembali wang Li sebelum meninggalkan bank berkenaan. 

Rakaman aksi lelaki berkenaan tersebar di China dan lelaki berkenaan disifatkan ‘pencuri mulia’ dan mendapat pujian netizen di negara itu. Pihak polis bagaimanapun berjaya menahan lelaki itu berdasarkan rakaman kamera litar tertutup. (12 Mac 2019)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Konon ada perompak 'bersifat mulia' begini.. Mengapa? Seperti yang sering disebutkan, dunia perlukan suatu sistem menangani jenayah yang baik dan berkesan. Kini makin jelas undang-undang ciptaan manusia yang diamalkan sekarang, gagal menunjukkan kejayaan dan memberi kesejahteraan kepada rakyat. 

Sehingga perompak mempersendakan hukum merompak seperti kisah di atas. Justeru, kembalilah kepada sistem perundangan Islam yang terbukti kejayaannya, sila lihat sejarah dan negara-negara yang melaksanakannya.

Dr Zakir Naik and Abdul Hadi Awang greeting each other during a meeting in Putrajaya in April 2016. (Facebook pic)

Lihat ini..
Hudud paling praktikal cegah jenayah – Zakir Naik 
April 20, 2016 12:17 PM
NILAI: Hudud adalah undang-undang pencegahan jenayah yang paling praktikal di muka bumi ini, kata pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik.

Dr Zakir berkata, Arab Saudi yang melaksanakan hukum hudud terbukti lebih berjaya menangani jenayah berbanding Amerika Syarikat (AS) yang tidak melaksanakan undang-undang sedemikian.

Katanya, perkara itu dibuktikan menerusi statistik yang dikeluarkan pihak berkuasa AS sendiri, yang mana menunjukkan kadar rogol dan jenayah di negara kuasa besar itu adalah tertinggi di dunia.

“3,000 jenayah direkodkan berlaku setiap saat di AS ketika ini. Bayangkan jika sistem zakat dibuat dan disusuli undang-undang Islam (hudud) di AS. Adakah ia akan menambah atau mengurangkan jenayah?

“Sudah tentu ia mengurangkan jenayah. Undang-undang syariah adalah undang-undang paling praktikal untuk dilaksanakan di mana-mana tempat di muka bumi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.

Ceramah itu dihadiri Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad dan kira-kira 1,000 pelajar dan kakitangan universiti itu.

Agenda pelaksanaan hukum hudud sering dibangkit di negara ini dan menjadi wadah utama perjuangan PAS bagi memperoleh mandat daripada pengundi.

Terbaru, PAS cuba untuk meminda Akta Mahkamah Syariah 1965, bagi membolehkan hudud boleh dilaksanakan di Kelantan.

Agenda hudud menjadi punca kepada perbezaan pendapat antara PAS dan DAP sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat berkubur tahun lalu.


Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails