Sunday, August 11, 2019

Kereta Terbang Akan Beroperasi Di M'sia? RM80 1 Perjalanan.


REVOLUSI pengangkutan udara pertama di dunia itu adalah kerjasama antara EastCap Berhad dengan EHang Intelligent Equipment (Guangzhou) dan Strong Rich Holdings Limited. FOTO EastCap Berhad  


Ini rupa kereta terbang
HASRAT melihat kereta terbang di ruang udara negara bakal menjadi kenyataan apabila super dron dengan Kepintaran Buatan (AI) diperkenalkan tidak lama lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusan EastCap Berhad, Datuk Seri Zakwanhafiz Ahmad Ansari berkata, revolusi pengangkutan udara pertama di dunia itu adalah kerjasama strategik antara EastCap Berhad dengan syarikat dari China iaitu EHang Intelligent Equipment (Guangzhou) dan Strong Rich Holdings Limited.
Katanya, kerjasama itu adalah untuk memasar, menjalankan operasi dan perkhidmatan serta penyelenggaraan super dron di Malaysia.
“Dengan menggunakan teknologi AI, kereta terbang ini yang bakal diperkenalkan tahun ini untuk kegunaan pemantauan sempadan oleh pihak berkuasa, pelancongan, bantuan kecemasan, perubatan dan perladangan di Malaysia.
“Kami mencadangkan agar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menguji sendiri super dron ini ketika perarakan sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos nanti.
“Teknologi ini juga sesuai digunakan pihak berkuasa dalam membuat pemantauan keselamatan di kawasan sempadan negara contohnya Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Zakwanhafiz berkata, pengenalan super dron terbabit bukan untuk kegunaan pengangkutan awam, sebaliknya ia dicadangkan kepada pihak berkepentingan seperti kerajaan dan pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Katanya, sebagai pemangkin kepada pelancongan negara, super dron itu boleh juga digunakan oleh Kementerian Pelancongan untuk kegunaan di pulau tumpuan pelancong di seluruh negara.
“Sekiranya kerajaan boleh memberikan insentif dan tawaran yang menarik, kami tidak menolak untuk membina kilang pemasangan super dron di Malaysia dengan kadar pengeluaran 10,000 unit setahun,” katanya
Katanya, super dron terbukti mampu menjimatkan kos, mesra pengguna dan boleh menyelesaikan masalah mobiliti khususnya di kawasan bandar sekiranya berlaku kecemasan dan memudahkan pemantauan tanpa kesesakan.
“Ini kerana keupayaan super dron ini boleh melakukan penerbangan bagi ketinggian 300 meter dengan kelajuan maksimum 130 kilometer sejam dengan jarak bagi kapasiti bateri adalah sejauh 110 kilometer.
“Selain itu, berdasarkan kajian yang dilakukan pihaknya, super dron ini berupaya membawa maksimum dua penumpang dengan maksimum kapasiti 600 kilogram dalam satu-satu masa,” katanya.
Selain itu, Zakwanhafiz berkata, kenderaan itu juga boleh membawa penumpang di antara pulau-pulau pelancongan dengan kos serendah RM80 untuk satu perjalanan.
Katanya, kerjasama strategik EastCap Berhad dengan dua syarikat China itu adalah untuk memasarkan super dron berkenaan bukan saja di Malaysia bahkan ke seluruh dunia.
“Selepas Malaysia, syarikat juga mensasarkan pasaran di Indonesia bagi sektor pengangkutan di kawasan pulau di seluruh negara jiran itu tidak terhad kepada penumpang saja bahkan untuk membawa barangan,” katanya. (Mymetro)
Kereta terbang AeroMobil 3.0, bakal dipasarkan pada harga yang  
Hasrat untuk melihat kereta terbang bakal tercapai apabila syarikat pengeluar Slovakia, Aeromobil, mengumumkan bakal memasarkan kenderaan ber­kenaan pada tahun 2017. Akhbar Daily Mirror melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Juraj Vaculik sebagai berkata, pihaknya yakin dapat menjual kenderaan dua tempat duduk itu dua tahun lagi. (2017)
“Anda tidak perlu menggunakan lapangan terbang untuk memandu kereta ini. Saya yakin pengguna akan menggemari keberkesanan kenderaan ini,” katanya pada persidangan filem, muzik, dan interaktif South by Southwest di Texas. (2017)
Hasil carian imej untuk kereta terbang di dunia
PROTOTAIP kereta terbang dikenali sebagai Vector dipamerkan di Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA’19), Kedah, semalam. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Hasil carian web


Hasil carian imej untuk helikopter PAS


Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails