Monday, August 12, 2019

3 Mesin ATM Diletupkan. RM300,000 Dilarikan. Lagi Gagal



Tanjung Malim: Tiga mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Jalan Haji Mustaffa Raja Kamala, Muallim, dipercayai diletupkan oleh sekumpulan perompak, pagi ini.
Difahamkan, ketiga-tiga mesin itu diletup menggunakan bahan letupan sebelum wang tunai dianggarkan RM300,000 dipercayai dilarikan.
Pintu kaca hadapan bank berkenaan turut didapati pecah dan terdapat kesan tompokan darah dipercayai darah perompak akibat terkena kaca cermin terbabit.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof bersama anggota polis dan forensik ketika ini berada di lokasi kejadian.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi, bukti undang-undang ciptaan manusia gagal menunjukkan kejayaan dan memberi kesejahteraan kepada rakyat. Kembalilah kepada sistem perundangan Islam terbukti kejayaannya, sila lihat sejarah dan negara-negara yang melaksanakannya.
Hasil carian imej untuk Tiga mesin ATM diletupkan
Lihat ini..
Hudud paling praktikal cegah jenayah – Zakir Naik 
April 20, 2016 12:17 PM
NILAI: Hudud adalah undang-undang pencegahan jenayah yang paling praktikal di muka bumi ini, kata pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik.
Dr Zakir berkata, Arab Saudi yang melaksanakan hukum hudud terbukti lebih berjaya menangani jenayah berbanding Amerika Syarikat (AS) yang tidak melaksanakan undang-undang sedemikian.
Katanya, perkara itu dibuktikan menerusi statistik yang dikeluarkan pihak berkuasa AS sendiri, yang mana menunjukkan kadar rogol dan jenayah di negara kuasa besar itu adalah tertinggi di dunia.
“3,000 jenayah direkodkan berlaku setiap saat di AS ketika ini. Bayangkan jika sistem zakat dibuat dan disusuli undang-undang Islam (hudud) di AS. Adakah ia akan menambah atau mengurangkan jenayah?
“Sudah tentu ia mengurangkan jenayah. Undang-undang syariah adalah undang-undang paling praktikal untuk dilaksanakan di mana-mana tempat di muka bumi ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.
Ceramah itu dihadiri Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad dan kira-kira 1,000 pelajar dan kakitangan universiti itu.
Agenda pelaksanaan hukum hudud sering dibangkit di negara ini dan menjadi wadah utama perjuangan PAS bagi memperoleh mandat daripada pengundi.
Terbaru, PAS cuba untuk meminda Akta Mahkamah Syariah 1965, bagi membolehkan hudud boleh dilaksanakan di Kelantan.
Agenda hudud menjadi punca kepada perbezaan pendapat antara PAS dan DAP sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat berkubur tahun lalu.
Video

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

3 comments:

Anonymous said...

Agenda hudud menjadi punca kepada perbezaan pendapat antara PAS dan DAP

bukan dap saja malah ngan puak islam pun ada jugak
selain dap pati kpair lain pun tentang jugak

amno pun tak suka hudud

kita cakap biar jelas

Sesungguhnya Kami benar-benar telah membawa kebenaran kepada kamu
tetapi kebanyakan di antara kamu benci pada kebenaran itu

Anonymous said...

Yang menentang Hudud yang terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah di Msia ialah parti kafir rasis kafir harbi DAPig dan khadam-khadam liberalnya.

Anonymous said...

Undang-undang sekular liberal telah gagal melindungi manusia dan harta benda mereka tetapi msnusia bodoh sombong masih mahu melaksanakan undang-undang yang tidak berkesan tersebut.

Undang-undang Syariah Islam bersifat mencegah manusia dari melakukan kemungkaran dan kesesatan dan penjenayah takut pada undang-undang ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails