Tuesday, August 13, 2019

Menteri Rahman Talib, Dong Zong, Cara Hormati Adat, 'Mustahil Hari Ini?.


Hanya Rahman Talib boleh tundukkan Dong Zong 
Senior Editor Ogos 13, 2019 (Minda Rakyat)

DI DALAM sejarah perjuangan Dong Jiao Zong sejak ditubuhkan pada 22 Ogos 1954, hanya sekali sahaja ‘kedegilan’ mereka benar-benar bertemu ruas. 

Ketika mana mereka terpaksa berdepan dengan Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran pada era 1960-an. 

Ketegasan Rahman Talib selaku Menteri Pelajaran dan kesetiaan Dr Aminuddin Baki selaku Pengarah Pelajaran ketika itu menyebabkan Dong Jiao Zong terpaksa mengalah. 

Atas ketegasan beliau, Abdul Rahman Talib berjaya mempengaruhi lebih separuh sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) untuk masuk ke dalam sistem pendidikan negara menjadi sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK). Sesuatu yang ‘mustahil’ dilakukan oleh Menteri Pelajaran hari ini. 

Walaupun ditentang hebat oleh Dong Zong , beliau telah berjaya melakukan usaha itu demi pendidikan negara. Beliau menggunakan kekuatan politik untuk kebaikan negara. 

Di era beliau jugalah dokumen Laporan Rahman Talib berjaya dihasilkan untuk memperkukuhkan lagi Laporan Pelajaran Razak 1956 yang dibuat agak ‘tergesa-gesa’ kerana persiapan untuk mencapai kemerdekaan pada 1957. Laporan Pelajaran Rahman Talib mendapat tentangan kuat dari Dong Zong. 

Abdul Rahman Talib juga dengan tegas telah berjaya mewujudkan Akta Pelajaran 1961 yang mampu mengawal selia sekolah vernakular. 

Akta Pelajaran ini menjadi kemuncak konflik beliau dengan Dong Zong kerana di bawah Akta Pelajaran 1961, Menteri Pelajaran mempunyai kuasa penuh untuk menutup mana mana sekolah vernakular yang di dapati tidak bersesuaian dengan dasar pelajaran negara ini. Termasuklah dari segi memastikan penggunaan bahasa kebangsaan di sekolah vernakular. 

Dan hanya pada tahun 1996 barulah Dong Zong berjaya dalam tuntutan mereka apabila Akta Pendidikan 1996 tidak lagi memberi kuasa penuh kepada Menteri Pelajaran menutup sekolah vernakular sebagaimana akta Pelajaran 1961. 

Paling besar sumbangan beliau tentulah mewujudkan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Satu akta yang mendapat tentangan hebat dari Dong Zong. Besar selalu jasanya pada pembangunan pendidikan negara. Beliau lakukan demi membina sebuah negara bangsa Malaysia. 

Selepas era kepimpinan beliau, sistem pendidikan negara menjadi kucar kacir kerana kelemahan pemimpin dan sifat ‘kemaruk’ kuasa yang telah melebihi kepentingan pendidikan negara.. 

Hari ini semua kehebatan itu sudah tinggal dalam lipatan sejarah. Terserahlah pada pemimpin pendidikan negara sekarang untuk mengambil apa yang baik sebagai pengajaran. 

ANUAR AHMAD

 
Komen MR :  Nanti rakyat Malaysia akan tunjukkan cara kepada mereka ini bagaimana nak menghormati adat

MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com


Peluang Kerja Di Australia, Dibuka..
Kerja Di Australia, Dibuka..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails