Sunday, September 09, 2018

Fitnah Rafidah Aziz: Mengapa Kena Tunggu 3 Bulan?



Tan Sri Rafidah Aziz menjawab persoalan saya hari ini dan turut bertegas dengan sumpah “Demi Allah” beliau bahawa “setiap inci tanah’ berjumlah 40,000 hektar Kementerian Pertahanan dan tentera telah diswastakan kepada tiga individu.” Dia menggesa saya untuk bersabar untuk menanti tuduhan dengan memetik kenyataan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu pada 14 Jun lalu bahawa setiap tuduhan kesalahan terhadap Menteri akan disiasat.

Saya juga berhak untuk bersuara bagi mempertahankan diri dan parti saya jika kami telah difitnah kerana ada pihak yang mahu merebut kuasa. Persoalan saya ialah perlukah mengambil masa 3 bulan untuk menentukan bahawa setiap inci tanah kementerian dan tentera sudah terletak bawah nama 3 individu?

Sekadar memeriksa Surat Hakmilik sudah tahu. Tak sampai setengah hari pun. Saya tahu tuduhan beliau tidak benar sama sekali.
Najib Razak
(Posted on Saturday, September 8, 2018 -09-08 10:03:58' Kamaluddin @ 阿列克斯)

Keputusan PRK Seri Setia..

7 comments:

ted manoff said...

Kesian halimah tuan ibnu..harap halimah sertai amanah..tinggalkn perjuang bodohh bersama parti jumud taliban pas..

Tinta Mohd Yusri said...

Dah lama aku x jeguk blog ne..hari ne saja jenguk.. Dok bodoh camtu gak. .bela najib hahaha

Puaka Rimba said...

Tambah kes lagi nampaknya. Bersusun fail kes . Peguam ada bikin wang kalau banyak kes. Masyuuuk.
Hehehekikikihahahakahkahkah.

Anonymous said...

PAS tidak kalah, kerana perjuangan Islam mendapat kemenangan di dunia dan akhirat.
Di dunia ia berjaya meletakkan perjuangannya diasas yang betul, dan ganjaran pahala di akhirat.

PH kalah di akhirat, kerana tidak memperjuangkan Islam di muka dunia ini, dan ramai yang menolak hari akhirat.

Anonymous said...


Jangan dahulu dari Allah.

PAS pulak jual ayat Allah dan bersubahat dengan kepala penyamun dan pernah fitnah dan menghina ahli UMNO.

Hal akhirat serahkan pada Allah. Jangan sama sekali nak kukuh kan perjuangan dan hati dengan mengguna alasan begitu.

Itu lah sebab nya PAS ramai macam anon.

Anonymous said...


Kes tanah FELDA pun boleh di lepaskan dengan percuma kemudian boleh di ambil semula tanpa sebarang ganti rugi...

Rekod kemasukan warga asing dan penghantaran belian pun boleh di padam kan..

Mungkin bukti rekod menyebelahi Najib, tapi bukti mata dan saksi hidup bukan dua atau tiga orang... sebab itu lah siasatan di jalankan lebih dari 3 bulan.

Sabar lah Najib..

mursyid said...

6.31 am...
Nmpak sgt pemikiran liberal yg brsembunyi disebalik agama. Terus terang sajalah klu hati dah tawar dgn agama Allah macam2 alasan yg dizahirkan...
Cerdik menesatkan pemikiran manusia... bertaubatlah. Perbetulkan balik fijrah tauhid semiga selamat..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails