Saturday, September 15, 2018

10 Garis Arahan Kepada Pemimpin Parti. -Presiden PAS


Dato' Seri Abdul Hadi Awang (dua dari kiri) menyempurnakan majlis perasmian dengan penerimaan replika Batu Bersurat Terengganu sebagai simbolik. Foto - Syaiful Mustafa


KUALA NERUS - Ucapan Dasar yang disampaikan oleh Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Malaysia, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang ketika merasmikan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-64, menggariskan 10 arahan kepada pemimpin parti di semua peringkat.

Bertemakan ‘Islam Memimpin’, Dato’ Seri Abdul Hadi menegaskan, betapa pentingnya setiap pendokong PAS menerajui agenda penyelesaian Islam.

Menurutnya, perkara itu penting bagi membentuk suasana politik baharu dan mencorak masa depan negara melalui pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS).

Justeru itu, katanya 10 arahan itu perlu tindakan bersama di kalangan pimpinan parti di semua peringkat.

“Pertama, semua pihak dalam PAS Pusat, Dewan-Dewan, Badan Perhubungan PAS Negeri dan PAS Kawasan mestilah mempunyai kefahaman yang jelas terhadap tema 'Islam Memimpin', seterusnya merangka perancangan melalui pendekatan BPMS dan kesediaan untuk bekerjasama atas perkara kebaikan di semua peringkat.

“Kedua, pentarbiyahan pimpinan dan ahli adalah elemen asasi yang perlu diteruskan melalui aktiviti usrah, tamrin dan liqa' fikri mengikut marhalah yang telah ditetapkan.

"Penumpuan wajar diberikan untuk memberi penambahbaikan dalam aspek silibus, kompetensi nuqaba’ dan sistem pemantauan, di samping proses pembentukan fikrah di kalangan anak ahli PAS dan pelapis perjuangan.

“Ketiga, pentadbiran organisasi di semua peringkat perlu terus diperkemaskan supaya lebih berkesan.

"Selain itu, beberapa aspek pengurusan organisasi wajar diberi nilai tambah dalam sistem KPI dan perancangan strategik yang semakin diamalkan di peringkat negeri dan kawasan, antaranya dalam kempen penambahan ahli, pengurusan sumber manusia, kualiti mesyuarat, serta pengurusan kewangan yang sistematik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Muktamar Tahunan PAS Pusat di Stadium Tertutup Gong Badak, hari ini (15 September).

Keempat, Dewan Ulamak perlu bertindak pantas menjadi jurubicara untuk menjelaskan isu semasa dengan merujuk kepada panduan Al-Quran dan As-Sunnah, serta proaktif dalam menganjurkan seminar ‘ilmiyyah dalam memahami persoalan Maqasid dan Siyasah Syar’iyyah.

Ulamak perlu menarik seramai mungkin cerdik pandai untuk bersama PAS, di samping keperluan untuk menguasai ilmu moden dan mengembangkan dimensi ilmu yang dikuasai.

Kelima, Dewan Muslimat perlu mendepani pelbagai isu masyarakat dan menyentuh hati nurani rakyat, melalui aktiviti kebajikan dan kekeluargaan.

"Dewan Muslimat berperanan besar dalam menentukan kuasa politik dan kejayaan membina kualiti insan dalam negara.

"Penganjuran aktiviti mesra wanita dalam lapangan kemahiran, minat dan riadah boleh dijadikan wadah untuk mendekatkan PAS kepada golongan wanita.

“Keenam, Dewan Pemuda mestilah sentiasa dinamik, melengkapkan diri dengan ilmu Islam, dan bersedia menyambung legasi perjuangan kepimpinan.

"Pendekatan dakwah yang kreatif, penguasaan media sosial dan penglibatan di lapangan anak muda mesti dimanfaatkan untuk membawa mesej Islam.

"Pemuda juga perlu mendepani isu nasional dan antarabangsa, serta mampu mengemukakan solusi terhadap permasalahan rakyat dan anak muda.

“Ketujuh, DHPP wajar diperkemaskan dengan mempunyai modul-modul latihan khusus kepada ahlinya, dibangunkan bersama oleh Lajnah Tarbiah dan Lajnah Dakwah.

"DHPP di semua peringkat wajar menjadi jambatan yang menghubungkan PAS dengan parti politik dan NGO berasaskan kaum dan agama yang lain, bagi menarik sokongan pengundi bukan-Melayu yang boleh berubah dalam PRU15 kelak," tambahnya.

Kelapan, pimpinan dan ahli PAS yang memikul tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Majlis Kerajaan Tempatan, Anggota Lembaga Pengarah, Ketua Kampung dan Jawatankuasa yang berkaitan perlu melaksanakan amanah dengan sempurna.

"Semua yang dilantik wajib menunjukkan adab, akhlak dan keilmuan yang tinggi ketika perbahasan dan menghormati penjawat awam, sehingga menjadi contoh ikutan pihak lain.

“Kesembilan, kawasan dan cawangan perlu mempunyai sasaran kerja yang jelas dan dipantau oleh pimpinan negeri.

"Program dalaman seperti aktiviti tarbiyah dan kepimpinan mestilah menjadi agenda yang penting dalam taqwim tahunan, di samping mempelbagaikan program kebajikan dan kemasyarakatan untuk menambah ahli dan menarik sokongan rakyat kepada PAS.

“Dan yang ke-10, pimpinan dan ahli PAS secara keseluruhannya perlu menjaga hubungan dengan Allah, membina syakhsiah dengan Ta’lim dan Tarbiyah, membekalkan ilmu kepada akalnya secara bertafaqquh, menanamkan iman dan akhlak yang mulia kepada rohaninya, serta wajib melengkapkan diri dengan ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah mengikut kemampuan,” ujarnya.

Perasmian muktamar itu diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini (15 September).

Hadir sama pada majlis itu, Mursyidul Am PAS, Haji Hashim Jasin, Ketua Dewan Ulamak PAS Malaysia, Dato’ Dr Mahfodz Muhamed, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan serta seluruh kepimpinan PAS Pusat, Dewan-dewan Ulamak, Muslimat, Pemuda dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Badan Perhubungan PAS negeri-negeri dan para perwakilan di seluruh negara.

Manakala, tetamu jemputan terdiri daripada kepimpinan tertinggi Umno yang diketuai Presiden partinya, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno, Dato’ Seri Mahadzir Khalid dan Datuk Seri Ismail Sabri, Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Penerangan Umno, Dato’ Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Sementara itu, pimpinan MIC yang hadir iaitu Timbalan Presiden, Dato’ Seri SK Devamany AJK Pusat, Dato’ Seri M Saravanan serta beberapa orang pemimpin MIC Terengganu. (Teganukita)



8 comments:

Anonymous said...

Sila sembah batu bersurat tu. Ahli pas ambik sorg sikit buat smbhyang.

Syiah adalah mazhab islam bak kata hadi awong

Puaka Rimba said...

Jaga-jaga tingkahlaku dan tutur kata semasa bersidang. Asal perlu diutamakan. Jangan menghina golongan yg tidak bersama. Takut nanti dapat BALA seperti kejadian yg lepas. Hehehekikikihahahakahkahkah

Puaka Rimba said...

Sepatutnya Batu Bersurat tu diHEMPOK atas kepala Lobai.Baru ada Akai. Mulut macam Cibai, memang patut kena Tibai. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Takde nye bala. Kami parti islam. Kami partai ke jalan allah la. Syurga kpd ahli parti. Undi pas syurga jawapannya.


Tu pun tak tau ke.

Anonymous said...

Kesian puak2 jahi ltu..
dah tak tahu apa nak komen meroyan lagi..

ha ha ha

Anonymous said...

Batu Bersurat bukan lambang Islamik bahkan ada konsep pagan sikit. Tak tahu apa yang simboliknya kpd perjuangan Islam PAS?

Yg simbolik yalah Deepak hari ini buat laporan polis berserta dengan rakaman odio keatas Peguam Shafee Abdullah dan Azeez TH menuduh intidimasi pelanggan, peras ugut dan menipu mahkamah atas dirinya dalam kes saman Balu PI Bala keatas 8 defendent2 termasuk Najib, Cecil Abraham, Deepak, adek Najib dll susulan pembunuhan Altantuya.

Balu Bala menyaman mereka semua ini menyebabkan Mendiang Bala, dia dan anak2 sengsara dan merana teruk hidup dalam pelarian diIndia selepas diperah ugut oleh defendent2 utk menukar SD No1 Bala yg mensabitkan subahat Najib dengan Altantuya dan lingkaran pembunuhan Altantuya kpd SD No2 yang mengabsahkan Najib. Bala dan keluarga dipaksa hidup dalam larian diIndia.

Ceritanya Shafee, Azeez dan Deepak adalah Mr. Fixit Kerja2 Kotor Najib+Rosmah. Deepak telah berpaling tadah ingin memberi cerita kebenaran dalam Witness Statement kes saman balu ini, tetapi atas arahan Najib Shafee paksa Deepak terima dia jadi peguam, tukar Witness Statement kpd yg disediakan Shafee dan mengugut tindakan cukai LHDN jika Deepak tidak memberi kerjasama.

Nampaknya payback time, dunia makin sempit bagi Najib dan Shafee. Shafee bakal kehilangan certificate practise lawyer kerana afidavik palsu menipu mahkamah tidak terima RM9.5 juta duit curi dari Najib, kes AMLA/lari cukai RM9.5 juta dan terakhir kes intidimasi dan peras ugut Deepak ini.

Berita ini simbolik kerana Hadi baru sahaja memuji Najib kelangit semasa bermula PRK Seri Setia hari itu dan memberi bayangan dia dan Najib akan sedondon berkempen dgn Najib.

Anonymous said...

ruu355 hnya perlu tulis atas kertas tk perlu atas batu... itupun walaun hadi x blh buat. main2 tunggang agama

Anonymous said...

Munafiq detected

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails