Sunday, August 05, 2018

S'ngor Beli SPLASH RM2.55 bilion. Mengapa Mahal? Ini Rahsianya..


Khalid Wajar Jadi Calon PRK DUN Seri Setia

SAHLAH pendedahan akhbar berpengaruh di Singapura, The Straits Times iaitu Kerajaan Selangor akan beli Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dengan harga RM2.55 bilion.

Terdahulu, waima sehari sebelum itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali berdolak dalik apabila perkara ini dibangkitkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, mantan Perdana Menteri Malaysia awal minggu ini.
Isunya kenapa terlalu mahal? RM2.55 bilion jauh berbeza dengan harga dicadangkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim iaitu RM250 juta. Cukup jelas amalan “double standard” Kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Projek lain seperti MRT3 dan HSR ditangguh serta dikaji semula atas alasan kononnya mahal. Tetapi kenapa pembelian SPALSH yang mahal gila tidak ditangguh dan dikaji semula. Kenapa nampak terburu buru.
Menurut The Straits Times lagi, Kerajaan Pusat akan bayar RM1.9 bilion manakala baki RM650 juta akan dibayar secara berperingkat selama sembilan tahun oleh pihak Pengurusan Air Selangor.
Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shaari mendakwa Kerajaan Selangor tidak keluar duit sesen pun. Maksudnya sahlah pendedahan akhbar The Straits Times iaitu Kerajaan Pusat yang akan bayar.
Satu lagi isu besar, Pengerusi SPLASH ialah Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah. Dia kuasai saham SPLASH sebanyak 30 peratus. Nampaknya dia untung. Dia ialah kroni Tun Daim Zainuddin, orang kuat Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Maka apakah Daim sebagai Pengerusi Council of Eminent Person (CEP) mempengaruhi segala urus niaga sebegini cepat. Apakah Daim ambil peluang jadi Pengerusi CEP untuk tujuan bisnes, bukan bina Malaysia Baru dijanjikan?
Apakah betul Wan Azmi adalah pengasas bersama Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dicipta Mahathir untuk hancurkan UMNO? Mana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tolong lah siasat.
Justeru memang wajar Khalid menjadi calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia nanti. Khalid yang lebih memahaminya boleh menjadikan isu ini sebagai bahan kempen utama.
Dan PRK DUN Seri Setia boleh menjadi medan kepada pihak pembangkang dapat melipat gandakan usaha untuk mendedahkan amalan double standard, gejala ketidak telusan dan budaya kronisme oleh Kerajaan PH.
Mohd. Puad Zarkashi
4.8.2018
* Video berikut sekadar hiasan…

46 comments:

ted manoff said...

Alahaiii tuan ibnu..kenyataan fuad zakarshit pun tuan ibnu ambil..dah xde sumber lain lagii kerr..kesian..

Anonymous said...

Tolak kleptokrat ganti klepetkrat

2x5 dan 5x2

Perampok ganti penyamun

Menang sorak kampung tergadai

Anonymous said...

Hutang neagara hanya 600 bilion taklah banyak. Dan kalau tambah lagi 2.5 bilion. Padohal.

Anonymous said...

Dh takde knp,kalau dh rasa taknk baca,jgn baca lg,komen mcm tak suka,tp hari2 kau juga mnyibuk kat sini,lain kali baik kau g baca blog parti yg kau sokong lps tu kau bg pendapat berjela2

Khairulryezal osman said...

SATU LAGI PEMBOHONGAN DARI IBNU.IBNU ADALAH LIDAH SYAITAN YG MEMYEBARKAN FITNAH.

ted manoff said...

Ko bangang sgt kenapa..isu nii berita fitna yg dijaja oleh tuan ibnu bkn soal suka atau tak bahlol..

Anonymous said...

Ini bukan jawaban kepada masalah tiada air. Ketiadaan air di sini adalah kerana tak cukup simpanan air dan bukan kerana pembekal sedia ada tak dapat bekalkan air.

Pembelian tidak ikut henah ini tidak mengubah apa-apa melainkan tarif air dan hutang. Sampai masanya pengguna akan turun naik flat jua.

Dan pembaziran ini tidak menyenangkan sesiapa selain menyenangkan pihak pembuat 'langkah kejang' memberikan justifikasi saja.

Anonymous said...

PH perlu respons sama ada nafi atau saman.

Anonymous said...

Berapa yg betulnya, kalau salah perbetulkanlah baru jadi org berguna, mnuduh org lain syaitan yg sbnrnya kau tu iblis

Anonymous said...

Tahniah tuan ibnu. Rakyat perlu tahu kes luar biasa seperti ini. Banyak billion deme sapu.
Ke mana tumpah kuahnya. PKR dan Bersatu asalnya UMNO. Sepak terajang UMNO turun pada anak cucu jugak. Jadi apa nak dihairankan. Memang kaki sapu jugak.

Khairulryezal osman said...

AZMIN SDH MENAFIKN PERKARA TERSEBUT,TETAPI TERUS DIMAINKN OLEH MACAI.DASAR AIR PERCUMA AZMIN TLH MENIMBULKAN KECEMBURUAN PIHAK MUSUH.

Anonymous said...

antara pas umno dn ph...rakyat yakin kt ph.

kerana itu perkara mcm ni sat lg pemimpin ph jwb dgn fakta dn figura...terkesimalah puak penyokong 1mdb.

nnti jual equanimity dptlah bayar sebahagian nilai itu.

yg jahatnya nilai 1.1 billion sorok kat rumah yg sedikit pun tkde manafaat kt rakyat.

klu itu walaun boleh sokong apa ada masalah 2b utk kegunaan rakyat termasuk walaun juga. sepatutnya sokong lbh lg.

tp klu kerana sentimen kaciwa pru.. maka memekaklah sorang2. isu ini elok buat perhimpunan sekali lg... rakyat melayu islam selangor dizalimi. yg bkn islam xdizalimi.

Anonymous said...

Suka hati dia blog dia punya, kau sibuk knp, dah tak suka tak payah baca, fitnah ke apa,suka hati dia, org yg bahlol mcm kau juga yg suka, kau ingat org tak tahu,kau juga mnusia bahlol yg suka mnyebarkan fitnah dan berita palsu, bila perkara yg didedahkan tak mmihak pd puak kau ckp palsu, org bodoh mcm kauni mmg senang ditipu

Anonymous said...

selepas kalah sg kandis maka org melayu islam sudah tidak terancam dh. dh ok semua melayu islam.

Anonymous said...

kn dh kata.. sekejap je pemimpin ph jawab... terlopong lah umno pas nk cari isu lain.

Anonymous said...

Tak perlu kita ckp pasal pas atau umno, kita cakap pasal invidu parti sekadar alat aja, mana2 pmimpin yg didapati terpelit dgn pentelewengan msti dibawa kemuka pengadilan, tak kira lama ke baru. Kalau taknk jd rakyat yg bodoh, yg asyik duk mnipu dan mngelirukan org ramai berani bercakap benar, bukn selamanya sbg penipu

Anonymous said...

Tahniah ibnu..berani mendedah kemungkaran untuk kebaikan..itulah dinamakan jihad..Tahniah

Anonymous said...

anon 7.11.. anon 6.25 kt lidah ibnu je iblis bukan orgnya. orgnya tetap org pas.

Anonymous said...

Anon 6.25 pm yg sebenarnya syaitan adik iblis... yg menyokong puak Ph yg nak menjahannamkan negara ini dan juga nak meruntuhkan kuasa org melayu di negara ini. Kamu dan kit siang sama jenis. Perosak bangsa melayu. Betulkan...? Nama saja tun sbg pm tapi kuasa di belang tun ialah dap. Parti yg suatu ketika dulu sangat dimusuhi oleh tun. Tpi sekarang dah berpelukan mesra demi sama2 berjaya menjatuhkan kuasa yg ada pd melayu.

Anonymous said...

Berapa punya banyak wang azmin kat luar negara baru dua tahun jadi mb. Ambik mana duit tu banyak seperti... dia simpan duit gaji dia 10 tahun pun belum boleh mengumpul ratusan juta....

Anonymous said...

Puak ni kuat menipu rakyat. Tpi rakyat jenis suka pemimpin mcm ni nak buat mcmna.akhirnya rakyat seluruhnya menerima padah... siapa bodoh dan belot pd org melayu...? Cina atau melayu...?

Anonymous said...

Ya ibnu mesti terus paparkan kebobrokan puak2 penipu ni.

Anonymous said...

Ibnu hashim ni dulu org pas. Berkepit dgn Dato Husam Musa pegi China cari lawang beniaga, salah teknik business lingkop, tu yg jadi usahawan separuh jalan. La ni dah patah dahan tempat bergantong, modal dah nipis, gadai blog nak tampong hidup, malangnya admin blog terus perguna nama ibnu hashim, maka tergadailah ibnu hashim dgn maruahnya sekali.........

Anonymous said...

Jibby juga menafikan banyak kali akan hal 1mdb namun itu bukan bermakna PH terima penafian Jibby.

Makanya penafian mantan MB juga tidak ada maknanya di mata Pas dan Umno melainkan kalau disusuli tindakan saman.

Kalau tiada saman maknanya betullah isu yang dibangkitkan ini: iaitu ada unsur kronism.

Anonymous said...

Tahniah PAS kerana menang besar di Sg Kandis (seperti yg diucapkan oleh YB Pasir Mas). Harap lepas ni PAS menang lagi di Balakong . Supaya boleh jadi Cofee Maker utk Yang Walak TGHA.

Anonymous said...

ooo gitu sabarlah ibnu.. pemimpin awak mana tau semua ni...mereka dh berkereta mewah canang islam..islam

Anonymous said...

tahniah ibnu terus tegur ph.. ph akn tambah kuat.

teruskn cover pas umno biar cepat mereka berkubur.

Anonymous said...

kita minuuum dulu hihihi

PAS memang kuat hebat bersendirian pun blh menang besar..

astagfirullah....hamba bermimpi rupanya. gangguan setan mimpi tu.

Anonymous said...

Kalau betul berlaku itu mmpi ngeri bg org mcm kaukan. Nmpk sgt kau takut dgn byg2 sendiri. Kau pihak yg kau puja bagus sgt ke,jgn jd hmba kpd politik,mana2 pihak yg melakukan kburukan tak kira dr parti masti disingkirkan,bukn jd kaldai srpnjang hayat

Anonymous said...

Apa yang ko tulis tu bhai? Mcm bangla jer. Koma dgn noktah pun x tahu nk letak kt mana. Itu belum bab salah eja.

Anonymous said...

Ko dan lobai sokong prompak yg dah dibuktikan..

Anonymous said...

Khalid ibrahim dah tawarkan harga 250 juta masa jadi mb tapi tak selesai...sape nak jual dgn harga yg murah?...

Anonymous said...

IBNU HASYIM adalah nama samaran bagi Hj Mohd Hashim. Pernah menulis dibeberapa akhbar tempatan. Mantan Pengarang Majalah Al-Ummah dan pernah menghasilkan beberapa buah buku politik, sejarah dan agama. Menjadi ahli bisnes separuh jalan..

Anonymous said...

Tak dosa pun jadi ahli bisness separuh jalan. Sekongkol dengan dap dan kaut biliun cara tipu, itu dosa. Tak tak reti kut hal mudah macam ni.

Kalau tak tipu macam itu, mana mampu nak bayar kat bloger upahan. Depa pun masyuuk juga bila subahat. Nanti anak bini nak makan apa. Bloger pun mati2an reka fitnah. Satu fitnah dibayar ribu2. ,Dua fitnah, boleh kira berapa dapat.

Anonymous said...

Air muka pemimpin jadi taruhan PAS di Sg Kandis

Anne Muhammad
5 Ogs 2018, 4:18 petang (Dikemaskini 5 Ogs 2018, 4:26 petang)


A A
PAS menjadikan pilihan raya kecil (PRK) di Sungai Kandis untuk menjadi medan parti itu melaksanakan eksperimen, kata Naib Ketua Pemuda PAS Pusat Ahmad Fadhli Shaari.

Katanya langkah itu dibuat bagi membolehkan PAS melihat sejauh mana anggota parti itu mampu menerima idea bekerjasama dengan Umno.

Pada masa sama katanya PAS juga membuktikan kejujurannya dalam usaha parti-parti pembangkang mendedahkan kelemahan yang ada pada Pakatan Harapan (HARAPAN).

“PRK tempat buat kajian, dan kita tunjukkan kejujuran kita, kesungguhan kita.

"Pimpinan PAS memperjudikan air muka mereka untuk memberikan arahan secara langsung atau tak langsung supaya kira-kira 7,000 pengundi PAS (pada PRU lalu) untuk mengundi BN agar HARAPAN kalah," katanya.

Bagaimanapun berdasarkan keputusan PRK yang diumumkan malam tadi Ahmad Fadhli mengakui uji kaji tersebut tidak berjaya.

"Ternyata orang yang mengundi PAS itu, tangan mereka tak tergamak nak undi Umno,” katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur hari ini.

Beri laluan kepada PAS

Semalam dalam pertembungan tiga penjuru di Sungai Kandis, calon HARAPAN Mohd Zawawi Ahmad Mughni memperolehi 15,427 undi sekali gus menewaskan calon BN Datuk Lokman Noor Adam (9,585 undi) dan calon bebas K Murthy (97 undi).

Menghadapi PRK berkenaan PAS bermula dengan berkias-kias mengenai sikap mereka berdepan dengan HARAPAN. Bagaimanapun semakin hampir dengan tarikh mengundi beberapa pemimpin kanan parti itu menyatakan secara terbuka meminta penyokong PAS memberikan sokongan kepada Lokman.

Bendahari Dewan Ulama Pusat PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali misalnya secara terang-terangan meminta pengundi PAS di Sungai Kandis memilih Lokman atas alasan kerajaan HARAPAN tidak menegakkan serta menjaga Islam.

Anonymous said...

Pas tak perlu sembunyi jika kerjasama dengan UMNO. Pan dan bersatu secara terang2 sekongkol dengan parti yang tak sama syahadah,malah siap defend parti kulup tak sunat tu. Jadi elok kalau ada muafakat antara parti yang sama syahadah.

Mereka dalam pan dan bersatu dah jadi penjenayah kepada orang melayu dan Islam, bila mereka turut membantu dap persenda Islam, berjuang untuk liberal dan sekular, lgbt, uec dan institusi raja. Inilah kualiti melayu dalam pan dan bersatu yang muka melayu tapi jiwa dap.

Anonymous said...


PH beli SPLASH pun nak kecuh.

Pembelian tersebut tidak melibatkan duit masuk ke akaun peribadi, tak melibatkan nama lain seperti Jho Low dan tak ada pembelian kapal mewah, barang kemas dan tak ada pembikinan filem lucah..

Yang beli kerajaan Selangor bukan nya Kerajaan Komunis China..

Apa masalahnya ?

Anonymous said...

masalah hasad dengki kaciwa yg diberi jolokan palsu ... melayu islam terancam.

Anonymous said...

7.33 .. memang betul depa tipu melayu sekongkol dgn harbi jholow. felda pun jahanam. disokong pula satu puak...orangnya hj juga..namanya... tadi dibibir sekarang sudah lupa. kil kil syakil ka bakhil..

Anonymous said...

apaaaa... ibnu sekongkol dgn dap? pantaaaang keturunan aku ada blogger penipu.

Anonymous said...

tu yg pelik.. nk sekongkol dgn sama syahadah pun malu2 kerbau.

kan dh sama2 mngucap cash is king.. apa nk segan2. mcmlah pas tu dara pingitan... nyampaaah

Anonymous said...

Kiki nk pelik knp dalam Politik takde yg pelik,dulu org yg ditentang kerana kezaliman tp hrni dijadikan ketua,org bodoh mcm kau aja rs pelik

Anonymous said...

Yg perompak lama lg terbukti pun yg puak kau sokong sekarang boleh merompak lagi.

Anonymous said...

Khairulryezal osmanAugust 5, 2018 at 6:25 PM kalau kau betul sangat kenapa pangil ibnu setan puak kau fitnah lagi teruk sampai ts khalid ibrahim terpaksa letak jawatan lepas tu buat muka tak malu mohon maaf macam kula singam kata melayu pendatang bila org melayu marah mintak maaf. Tulah dasar kafir dan penyokong kafir.

Anonymous said...

Ramai jugak puak kafir ph komen dalam blok ni sasaran kafir pas sebab pas perjuangkan islam. Kenapa agaknya puak kafir ph takut dengan pas.

Anonymous said...

Yang bukan islam memg tak terancam. Lgbt dah berani mintak kebebasan sama rata. Hukum dipinda ikut akal.agensi islam dan sekolah tahfis ada yg berani suruh tutup. Uec diiktiraf dan sekolah menengah persendirian cina diberi peruntukan. Macai ph ikutilah isu semasa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails