Thursday, August 09, 2018

Kedai Judi Prabayar Ancam Remaja Kampung Di P.Pinang

Kedai Judi Prabayar Ancam Remaja Kampung Di P.Pinang


PULAU PINANG – Kegiatan perjudian yang ditawarkan di kedai-kedai kampung di negeri ini kini menjadi ancaman kepada pelajar sekolah menengah.

Zulkifli Ibrahim (PKR-Sungai Acheh) berkata, kegiatan berkenaan juga berlaku di kawasannya apabila dikesan sejak dua bulan lalu.
Katanya, berdasarkan pemantauan ketika ini terdapat empat kedai yang menawarkan perkhidmatan judi prabayar di Tanjung Berembang dan Sungai Bakau.
“Apa yang merisaukan, kita mendapati pelajar sekolah turut terlibat apabila mereka menggunakan wang perbelanjaan sekolah yang diberikan ibu bapa untuk tambah nilai prabayar telefon bimbit supaya dapat berjudi,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.
Menurutnya, perkara berkenaan telah dilaporkan kepada polis kawasan setempat dan berdasarkan siasatan, pada mulanya kedai-kedai berkenaan menjual nombor ekor tidak berlesen.
“Polis turut memaklumkan kepada saya bahawa kegiatan ini sukar dikesan kerana beroperasi secara tersembunyi,” katanya.
Sehubungan itu, Zulkifli meminta supaya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memainkan peranan kerana badan berkenaan mempunyai kepakaran untuk mengesan dalang yang terlibat.
“Masalah ini tidak boleh dibiarkan kerana memberi kesan buruk kepada pelajar sekolah,” katanya.
Sementara itu, Mohd. Yusni Mat Piah (Pas-Penaga) turut membangkitkan isu serupa.
Katanya, kegiatan kedai judi yang menyasarkan orang kampung perlu diperangi habis-habisan.
“Ketika kita mula bersidang pada Isnin lepas, petugas di Pusat Khidmat saya memaklumkan terdapat kedai judi yang beroperasi di bawah pejabat saya,” katanya. – UTUSAN ONLINE 
Komen Weblog Ibnu Hassyim: Kerajaan Malaysia hari dan sebelumnya PH dan BN sama saja, tidak berniat nak menghapuskan judi yang diharamkan oleh Islam, yang menjadi agama bagi Persekutuan (Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails