Friday, August 10, 2018

Kisah Pemuda Gua: Jangan Bersama Masyarakat Jahiliah Tanpa Ilmu. -Presiden PAS



Tafsir Surah al-Kahfi ayat 11 - 20
USTAZ MOHD ADLAN MOKHTARUDDIN  10 AUGUST 2018


SURAH Ashabul Kahfi bertiti-tolak daripada soalan Musyrikin Makkah yang mahu memalukan Nabi S.A.W. Diutuskan dua pemuka mereka iaitu Nadhir bin Harith dan Uqbah ibnu Abi Mu'ith untuk bertemu dengan Ahli Kitab di Madinah sejauh mana kebenaran bahawa Muhammad adalah seorang Nabi sebagaimana yang diajarkan di dalam kitab Taurat dan Injil.
Bagi mengesahkan akan kebenaran Kerasulan Muhammad, mereka disuruh untuk bertanya sendiri kepada Nabi tiga soalan. Iaitu kisah kaum yang tidur dalam tempoh yang panjang, kisah lelaki yang mengelilingi Timur dan Barat dalam waktu yang singkat dan apakah yang diketahui berkenaan roh.
Apabila ditanya soalan tersebut kepada Nabi, lalu dijanjikan oleh Baginda untuk menjawabnya pada keesokan harinya tanpa melafazkan ucapan InsyaAllah. Akibatnya, wahyu tidak turun selama 15 hari menyebabkan pemuka Quraisy mula mempertikaikan kejujuran Nabi. Peristiwa ini juga menjadi sebab turunnya ayat ke 23 dan 24.
Antara naratif Ashabul Kahfi
Sekumpulan anak muda yang beriman melarikan diri ke sebuah gua demi menyelamatkan akidah daripada Raja yang zalim. (Diqyanus). Mereka ditidurkan dalam tempoh masa yang panjang (309 tahun). Keadaan mereka tidur dengan dipalingkan ke kanan dan ke kiri, tubuh mereka jika dilihat seakan-akan tidak tidur.
Ibrah yang boleh dikutip
●     Tarbiah Allah kepada Nabi S.A.W, sekali gus panduan kepada pemimpin untuk menyatakan kebenaran sekalipun terkena atas dirinya sendiri.
●     Wajib memelihara iman dengan bersungguh. Pemuda Kahfi bukan lari daripada berdakwah, tetapi disebabkan tidak mampu untuk berhujah maka menyelamatkan iman adalah lebih utama.
●     Jangan sekali-kali besama dengan masyarakat Jahiliah tanpa ilmu kerana berpotensi akan dipesongkan. Kerana manusia akan diuji dengan pelbagai cara. Mungkin kita tahan diuji dengan kepayahan, tetapi belum tentu selamat dengan ujian kesenangan yang akhirnya akan menambat hati kita kepada kekufuran.
●     Apabila masih lagi terdapat di kalangan umat yang jujur dan ikhlas (sekalipun kurang ilmu) Allah akan tetap memelihara agamanya. Tetapi jika umat hanyut dengan arus dunia, Allah akan datangkan bala.
●     Orang beriman wajar mencontohi Ashabul Kahfi yang tidak bergaduh pada perkara yang mereka jahil, sebaliknya bersegera mencari jawapan. Apabila mereka dibangunkan dari tidur, masing-masing tertanya-tanya tentang tempoh masa mereka tertidur. Tetapi ia tidak berlangsung lama, akhirnya mereka putuskan untuk menghantar wakil keluar untuk mendapatkan kebenaran akan tempoh sebenar mereka tertidur.
●     Fitnah akhir zaman juga memungkinkan kita mengikuti jejak Pemuda Gua. Apabila terlalu dahsyat fitnah dan godaan serta kerosakan, sebaiknya mengutamakan untuk menjaga iman sendiri berbanding terjun ke kancah kerosakan tanpa bekalan yang cukup.
●     Bekalan yang dimaksudkan adalah ilmu yang menambah keyakinan dan keimanan. Bukan semata-mata memiliki sijil pendidikan yang tinggi hingga PhD, namun semakin jauh dari agama. Memahami al-Quran dan berusaha supaya memahaminya adalah amat dituntut berbanding kita terikut rentak masyarakat hari ini yang hanya mengikut arus orang ramai tanpa mengetahui hujung pangkalnya.
Tafsir Syeikh Mutawalli Sya'rawi
Tafsir Surah Al Kahfi Tuan Guru Hj Abdul Hadi
Fi Zhilal Quran
USRAH PEMUDA BAKRI 
09 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 10/8/2018

Untuk pembersihan aqidah ku hadiahkan 2 syarahan ini..
Video: Lebih Baik Pemimpin KAFIR tapi JUJUR...!!!! 
Hati-hati pendakalan Aqidah

Video: Pemimpin Kafir Yang Adil vs Pemimpin Islam Yang Zalim - Ustaz Azhar Idrus
Dari Ibnu Hasyim..

Sila lihat ..
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

21 comments:

Anonymous said...

pemimpin islam yg baik mcm tun dswa dll adalah seribu kali lbh baik dpd pemimpin islam yg zalim iaitu najib dn bn.

semudah a b c dan semudah makan kacang ngan yin.

Anonymous said...

pemimpin islam yg berilmu seperti tun dswa dll adalah seribu kali lbh baik dpd pemimpin islam tidak berilmu seperti najib... semua dia tak tahu.

abu bakar said...

Berkawan dengan pemimpin zalim saja cukup menjadi fitnah, semoga tidak disambar API neraka

Anonymous said...

tu ayat quran yg dulu xlekang dr mulut hj hadi dan pas.

tp sejak hj hadi belajar dn mnghafal perkataan2 maki hamun dn hafal beberapa spesis haiwan.. ayat tu dh ditarik dr dada dia.

hadis assobiyah pun dia dh lupa.

ayatnya sekarang wajib pertahan khalifah islam najibur altaktau.

itulah fikrah takiyyah syiah.

Anonymous said...

poin...ujian kesenangan tu penting.

dulu ujian susah pas istiqamah dgn perjuangan.

sekrang musuh umpan dgn kesenangan keta2 mewah..perjuangan ke laut.

maka dihasut dn ditakut2kn umat ini.

dulu umno takut2kn mwlayu dgn cina (kecuali alsheikh jho low)

sekarang pas tambah takut2kn umat kunun islam terancam.. dlm pada subuh jemaah dimasjid klantan dn tganu pun masih belum melimpah...walaupun tanpa dap tunggu dgn senjata mcm di alaqsa

Mohammad Azren said...

Adakah Haji Hadi menyarankan Lobai-Lobai berhijrah ke Gua, untuk menyelamatkan iman mereka?. Bagaimana dengan kuda Perang Pemimpin Pas yg bernilai ratusan ribu. Siapa nak bagi mentekedarah kuda-kuda tu.....Hehehekikikihahahakahkahkah

Mohammad Azren said...

Jarang nampak kelibat Marang dalam Parlimen. Adakah strategi "KING MAKER" beliau sebelum ini sudah menjadi "KING CUP SARDIN". MEREPUT DALAM TIN. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Syiah dah ada lama sejak zaman nabi. Syiah adalah mazhab dlm islam- hadi awang monyet

Anonymous said...

Kesian aku tgk geng2 ph meroyan dlm ni...dah la kena kencing tapi menghina alim ulama lagi...

Mahathir lagi mulia? Kahkahak...haaa tepuk

Ada sapa2 bleh btau kedai jual ayam murah sebab gst dah sifar..atau stesen minyak jual minyak singgit setengah..

Aku percaya geng ph ramai yg semgkek

Anonymous said...

ashabul kahfi tidor dlm gua

ashabul walaun tidor dlm perigi buta..

bukan ahmad albab yg cakap tp pemimpin mereka sendiri yg cakap.

Anonymous said...

klu pun hj hadi suka bab mutaah.. tkpayahlah iktiraf syiah mazhab. ambil mutaah nya sajalah.

kemudian tuduh ph iktiraf komunis.

syiah dn komunis sama2 musuh islam.

Anonymous said...

mulia bkn kerana kelulusan agama. kau sendiri pun bukan ustad so kau gerenti hinalah.

klu kau ustad tkkn sibuk dlm ni. patut tgh tazkirah kt surau kan.

tun mulia atau tidak ikut siapa yg ckp lah. klu walaun dn umno memanglah tun dihina.

Nabi saw dimata musuh islam memang dihina. Baginda saw turun utk membentuk akhlak.. bukan mngajar maki hamun yg halal sebb title ulamak.

meh kita salawat nabi saw sekali.. aamiin

Anonymous said...

Madey yang takut2kan melaise. baca melaise dilemma

Madey yang didik ameno

Kini Madey didik PH

Selamat berguru ngan Madey

Anonymous said...

tun yg zalimi dswa. bukan den cakap, satu mesia cakap. ngan yin pun tahu. ko baru balik dari seberang. tak tahu apa, merapu ja ko tahu.

Anonymous said...

Tolong perjelaskan ilmu apa?

Anonymous said...

"tun mulia atau tidak ikut siapa yg ckp lah. klu walaun dn umno memanglah tun dihina"

kalau artikel dan utube jadi rujukan, pihak yang mahu hantar tun ke bamboo river adalah kualipan, mata lebam dan limdap. semua itu acah2 saja kot.

Anonymous said...

ilmu mntadbir karisma pemimpin dan kebijaksanaan.. bab agama blh rujuk pakar agama dn mufti2. ingat calang2 org ke nk dpt balik equanimity dn jamal jamban yg berada di indonesia.. kau blh?

Anonymous said...

kami berguru dgn hj hadi dn melekat ayat quran melarang cenderung kpd org zalim... kerana itu kami jatuhkn umno najib yg zalim. kami bg pluang pas di tganu dn klantan mudah2an pas berubah dn hargai profesional mcm mb tganu.

tp syg guru kami sendiri dh lupa ayat quran tu. bila kami semak memang masih ada ayat tu dlm quran.

maka kami terpaksa cenderung pd al wuran dn menolak guru kami tn guru hj hadi yg dihormati.

Anonymous said...

manusia blh berubah.. kami tunggu pas dn hj hadi berubah kpd akhlak yg lbh baik dn menolak sogokan dunia.. then kami consider sokong dia.

utk najib berubah takut tk sempat.. kot2 kena 125 tahun penjara.

Anonymous said...

Kebabian apakah ini wahai penulis2 buta. PAS dapat duit umno - ada bukti: Ya/Tidak..
Pemimpin PAS pakai kereta mewah - bukti pecah amanah/duit haram: Ya/TIdak
PAS sokong Najib - adakah pas sokong perkara2 mungkar selama ini:Ya/Tidak
Hj Hadi menyalah gunakan Al Quran/Hadis: Ya/Tidak
---------------------------------------------------------------------------------------------
PAN-penaksub pakatan terutama DAP - Ya/Tiadak
PAN-sokong agenda anti agama bersama ngo/dap:Ya/Tidak
Pan dan pakatan/dap bersama aktiviti against constitinoal:Ya/Tidak
-----------------------------------------------------------
Wahai kalangan mereka yang bersongkokol dengan pemimpin maksiat - Mahadeva - mat sabun -
wahai kalangan mereka yang bersama ideologi harbi wa kafirun-----------dah lah mari kita bersatu sebagai islam...

Anonymous said...

HA ni x pasti dia gila atau mereng. Bila baca tulisan dia penuh hikmah, lemah lembut . Tapi skali dia bukak mulut, hurmmmmmmm. Barua , anjing salak bukit, mati baru nk tanam semua kluar . Tup tup MP PAS tinggal 18

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails