Monday, August 06, 2018

T'ganu &K'tan, Benteng Pertahan Islam.. Akan Menyinari Alam Maya, Insya Allah!


KOTA BHARU: Kerajaan PAS Negeri Kelantan dan Terengganu wajib bergading bahu mempertahankan Islam yang kini banyak isu digembar-gemburkan musuh bertujuan memberi fahaman salah terhadap agama itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Dato' Ustaz Nassuruddin Daud berkata, Kelantan dan Terengganu kini menjadi benteng kepada Islam di Malaysia.
Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya ketika menyambut ketibaan delegasi Kerajaan Terengganu yang membuat lawatan kerja ke Kelantan di Kota Darul Naim, di sini semalam.
Lawatan kerja bertujuan meninjau, berdialog dan bertukar pandangan dalam pentadbiran agama itu, diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.
Sementara itu, Ustaz Mohd Nor dalam ucapan balasnya menganggap Kelantan sebagai abang untuk Terengganu belajar dari pengalaman mereka memerintah selama 28 tahun.
“Pelbagai masalah agama wujud ketika ini, bagaimana kita ingin menyelesaikan masalah ini?
"Saya berharap pertemuan ini akan memberikan manfaat kepada kita semua dalam bertukar pendapat dan meneruskannya lagi dalam pertemuan yang akan datang,” kata beliau.
Turut hadir timbalan masing-masing, iaitu Dr Md Yusnan Yusof dari Kelantan. manakala dari Terengganu, Ustaz Ridzuan Hashim.
Selain itu, mufti dan wakil agensi-agensi kedua-dua kerajaan dibawah portfolio yang berkaitan turut bersama dalam pertemuan pertama kali diadakan selepas PRU 14.
Rombongan kemudiannya dibawa melawat ke Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) yang ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan pemikir-pemikir agama di Kelantan yang mana Dato' Dr Johari Mat menjadi pengarahnya. -HARAKAHDAILY 6/8/2018


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Terengganu dan Kelantan, benteng pertahan Islam. Bahkan akan menyinari negeri-negeri lain lagi. Kebangkitan Islam sedang makin terserlah, menyinari alam maya ini. Insya Allah!

10 comments:

Anonymous said...

ye bagus..islam ada 2 perintah.. amar maaruf dn nahi mungkar.

bermula dgn diri sendiri dulu...
kemaskini pentadbiran dn tangani masalah rakyat dgn adil...biar jd contoh. tk canang benteng pun tkpe. rakyat nk melihat beza pentadbiran benteng dn yg bukan benteng...

sebelum bergelar benteng

Anonymous said...

kah kah kah...adeehhh deh dehhh...lawak la kau anak pak asyim...bila nak tulis cerita pasal sex lagi...?

Kinko Hyo said...

admin mohon masuk bloglist....

blogger baru :
https://kinkohyo.blogspot.com

Anonymous said...

IB, sila buat rujukan dgn KKM. Tnya berapa byk kes baru HIV d Klantan tahun lepas

Anonymous said...

astaga.. jgn dibenteng kes2 hiv di serambi mekah tu.. malu agama kita.

bunbinban said...

aku setuju terengganu dan kelantan jadi benteng Islam. Tapi sebelum tu, pastikan ahklak, budi bahasa mencerminkan keperibadian muslim yg sejati. Bukan maki hamun, caci maki, sindiran, gelar mengelar musuh dgn panggilan yg jelek. Dan jgn jadi pengedar gambar2 lucah dan tak senonoh mcm sorang pakcik tu, apa nama..apa nama...kahkahkah...dan haramkan bikini di Terengganu. Kalau di tempat dorang di negara dorang, dorang boleh je haramkan burqa dan sesetengah negara pakai tudung pun tak boleh maka kenapa mesti di sini kita mengalah?. Demi duit?. Dan kalau boleh Kelantan dan Terengganu sekat laman2 web porno dan lucah...kang ada yg stim unlimited...kahkahkah...bukan boleh kira gak lebai2 ni...kahkahkah..

Anonymous said...

ye betul setuju sgt...takat ckp nak islam nak islam.. semua org blh ckp. yg blh dibuat dulu buatlah. napa nyalahkn dap semuanya. masjid2 diklantan tgnu..subuh berjemaah dh melimpah ruah ke?

Anonymous said...

Pemimpin anak derhaka tak percayai ciptaan allah , hina airmani bapak dia si nik abduh..hadi awang yg mengakui syiah adlah mazhab islam ko kata nk jd benteng umat islam. Hak puihhh

Anonymous said...

Betoi tu...baik kita harapkan Si G-String merah jaga islam...yg penting dia tak curi duit rakyat dan tak beli bunglow murah...

abu bakar said...

Tanah kosong banyak tiada tanaman
Kedai kopi penuh
Ramai penyakit kencing Manis
Ramai penagih dadah Dan HIV
Kebersihan?
Masalah air
Kita bercakap Islam hebat?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails