Sunday, August 05, 2018

Amaran Kuasa Tak Seimbang Dr M-Khazanah -Ideas



PETALING JAYA: Sebuah badan pemikir menyuarakan keraguan berhubung keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempengerusikan dana kekayaan negara, Khazanah Nasional Berhad.
Penyelaras Unit Demokrasi dan Tadbir Urus di Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Aira Azhari berkata, kuasa “besar” perdana menteri mungkin menyebabkan ahli lembaga pengarah tidak berani membantah keputusan penting yang dibuatnya.

“Wujud ketidakseimbangan kuasa dengan adanya perdana menteri. Sebagai alternatif, mungkin seorang penjawat awam seperti wakil dari Jabatan Perdana Menteri boleh berada dalam lembaga pengarah.”

Semalam, Dr Mahathir mempertahankan pelantikannya sebagai pengerusi Khazanah dengan berkata, ia adalah tanggungjawabnya untuk mengembalikan dana kekayaan negara itu kembali ke landasan betul.

Tetapi, Aira berkata, semak dan imbang Parlimen untuk badan seperti Khazanah akan memastikan ketelusan dan akauntabiliti di tahap tinggi.

Beliau memberi contoh dana pencen kerajaan Norway yang dikenali sebagai “Dana Minyak” dan diuruskan Kementerian Kewangan yang perlu bertanggungjawab kepada Parlimen Norway.

“Di bawah Dana Minyak, semua orang boleh melihat dan meneliti setiap pelaburannya di laman webnya.
“Semuanya didedahkan, seperti mandat yang diberikan selaku dana untuk kepentingan rakyat Norway. Malaysia patut cuba mencontohinya.”

Pensyarah Universiti Malaya, Prof Edmund Terence Gomez bagaimanapun berkata, kebiasaannya, menteri kewangan dan perdana menteri perlu menganggotai lembaga pengarah Khazanah.

Pakar mengenai politik dan korporat Malaysia itu menyifatkan pelantikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah adalah janggal, tetapi “tidak salah sama sekali” kerana Khazanah berurusan dengan perkara berkaitan ekonomi.

Katanya, Khazanah boleh dikeluarkan daripada Menteri Kewangan Diperbadankan dan diletakkan dalam kementerian lain.

“Ketika ini, Khazanah masih di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan. Jika menteri kewangan tidak berada dalam lembaga pengarah Khazanah, kemungkinan besar beliau tidak tahu apa yang dilakukan lembaga pengarah Khazanah.”

Sebelum ini, Gomez membantah ahli politik mengetuai badan berkanun dan yarikat berkaitan kerajaan (GLC), kecuali mereka berbuat demikian dalam kapasiti menteri atau kerajaan.

Centre for a Better Tommorrow (Cenbet) berkata, walaupun ahli lembaga pengarah Khazanah yang baru adalah “orang berkaliber”, mereka tidak sepatutnya terdiri daripada ahli politik atau Kabinet kerana mereka akan terdedah kepada liabiliti yang boleh ditangani pemimpin korporat dengan cara lebih baik.

“Dana kekayaan negara patut dikendalikan seperti syarikat lain dan ini bermakna pertimbangan politik perlu dikecualikan daripada lembaga pengarah,” kata Cenbet dalam satu kenyataan kepada FMT.

Menurutnya, jika ada tujuan politik khas untuk dana itu, ia perlu dinyatakan dengan jelas sebagai sebahagian misi untuk diketahui dan dilaksanakan pihak pengurusan, serta bertanggungjawab kepada rakyat.

“Dengan adanya profesional dalam lembaga pengarah, kerajaan boleh mengkritik lembaga pengarah jika berlaku salah urus.”

Katanya, demokrasi matang di seluruh dunia mengelakkan amalan melantik ahli politik menguruskan pelaburan dibiayai awam dan Malaysia perlu mengelakkan satu lagi kegagalan atau misi menyelamat disebabkan campur tangan politik.

“Ini juga sejajar pembaharuan institusi yang disokong kerajaan baru.”

Isnin lalu, Jabatan Perdana Menteri mengumumkan pelantikan 5 ahli lembaga pengarah baru, iaitu Dr Mahathir sebagai pengerusi, menggantikan Datuk Seri Najib Razak yang meletak jawatan pada 31 Mei lalu.

Azmin bersama ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Mohd Hassan Marican, bekas timbalan gabenor Bank Negara, Dr Sukhdave Singh dan bekas pengarah eksekutif Suruhanjaya Sekuriti, Goh Ching Yin pula dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Khazanah.
MR : Politik matang mana-mana didunia tidak melantik ahli politik mengurus pelaburan tapi Mahathir buat apa yang selama ini BN buat. TAK ADA BEZA.....
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

29 comments:

Kejora Bapuk Bodo said...

Pengundi2 pas di sungai kandis sudah bagi isyarat jelas tak suka lobai Pas berkerjasama dgn umno prompak ...kalo lobai masih bodoo pas akan kalah teruk di sri setia dan pru 15...

Slogan ABAH pas yg direka oleh tontowi alporno maakan diri PAS...Pas kena ketepikan dulu tontowi alporno yg sebabkan pas kalah teruk di sg kandis..

Anonymous said...

Hahhahaha

Anonymous said...

Fungsi khazanah hanyelah menguruskan pelaboran wang kerajaan dlm syarikat2 GLC...operasi GLC terletak kpd pengurusan syarikat GLC ....pengerusi dan ahli lembaga pengarah khazanah bertanggongjawab nenilai prestasi GLC supaya pelaboran khazanah menguntungkan..
Tak ada konflik kepentingan.

Anonymous said...

Tak de ke ulasan Ibnu Hasyim pasal ulasan PRK Sg Kandis.....walau apapun saya masih nak ucap tahniah pada geng umno dan pas kerana masih 'menang'...buktinya majoriti pkr merosot.....he he he

cik siti said...

August 5, 2018 at 7:26 AM
'PKR merosot', bukan PH merosot?
Ini, antara agenda menghasut oleh puak anti Islam, puak liberal, sosialis, komunis dalam PH, yang ingn menjatuhkan Islam. Wahai ahli PH, sama-sama lah kita jaga!

Anonymous said...

ya, aku setuju pandangan cik siti. Teruskan perjuangan!

ted manoff said...

cik siti penipu!

Anonymous said...

Ibnu hasyim tak berani ulas jauh sekali nak kritik cara lobai pas berpolitik dengan prompak..nanti tutup kedai..

Anonymous said...

PH ato PKR merosot tak seteruk umno dan pas merosot..umno dan pas hilang undi lebih dari separuh berbanding PKR yg masih dapat undi lebih dari separuh berbanding pru lepas...

Isyarat jelas pas dan umno sudah ditolak..

Kejora Bapuk Bodo said...

Cik siti tak bijak tengok bilangan undi yg diperolehi oleh umno dan pas berbanding pru lepas...jauh merosot...

Berpasangan kalah ditangan single dgn undi yg merudum..memalukan dan membesarkan kemaluan cik siti..

Kejora Bapuk Bodo said...

Badan pemikir tak sebijak tun madey...ahli lembaga pengarah bukan kerjanye membantah...bermuafakat bantu pengerusi...pebgerusi lah ade kuasa pemutus...kalo ahli tak setuju boleh letak jawatan...ape punye bodooh pendapat Ideas yg tak beridea..

Kejora Bapuk Bodo said...

AMALAN ZIKIR YANG LEBIH TINGGI NILAINYA DI SISI ALLAH SWT
July 10, 2018 Berita Semasa Video One comment
SUBHANALLAH!!! INILAH AMALAN ZIKIR YANG LEBIH TINGGI NILAINYA DI SISI ALLAH SWT | Banyak orang muslim belum mengetahui amalan yang tinggi ini, selama ini mereka hanya mengerjakan hal-hal yang biasa dilakukan turun-temurun dan yang di Ajarkan di dayah atau madrasah, namun melupakan inti pati Islam Yang Hakiki.

Didalam hadis yang direkodkan pada kitab Sunan At Tirmidzi hadis ke 30, Abu Sa’id Al Khudri menjelaskan sabda Rasulullah tentang golongan paling utama di sisi Allah. Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah, “Golongan siapakah yang paling utama di sisi Allah pada hari kiamat nanti?”

Rasulullah saw. menjawab, “Orang-orang yang banyak berzikir kepada Allah.”

Mendengar itu, Abu Sa’id Al Khudri r.a. bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan para pejuang di jalan Allah?”

Rasulullah saw. menjawab, “Walaupun dia behasil menghujamkan pedangnya kepada orang-orang kafir dan musyrik sehingga mereka terluka dan berlumuran darah, tetap saja orang-orang yang berzikir kepada Allah lebih utama dari dirinya (pejuang di jalan Allah).”

Kemudian Selanjutnya Hadits 31 Memperkukuhkan lagi :

Dalam Sunan Ibnu Majah, Abu Ad Darda` r.a. menjelaskan keutamaan zikir sebagaimana dalam sabda Rasulullah saw., “Mahukah aku beri tahu kalian tentang suatu amal yang paling baik, paling suci dalam pandangan Allah,

Paling tinggi tingkatannya, walaupun amal itu lebih baik dari sedekah kalian yang berupa emas ataupun perak dan lebih baik daripada masa kalian bertemu dengan musuh sehingga kemudian kalian memenggal kepalanya (jihad di jalan Allah)? ”

Para sahabat menjawab, “Tentu kami bersedia, wahai Rasulullah.” Rasulullah saw. melanjutkan, “Amal itu adalah zikir kepada Allah.” Al Hakim Abu Abdullah dalam kitab Mustadrak mengatakan, “Sanad hadits ini Shahih.”

Anonymous said...

Penipu selemanya tetap penipu

Anonymous said...

Puak tonggang agama selalu label yg anti tonggang agama sebagai anti islam....aku anti lobai yg nak jilat semula DAP kapir harbi laknatuulah...

PAS parti penipu Agama Se Malaysia..

Anonymous said...

Bapok nak cuba mnipu lg, beribu kali cubaan untuk mnipu takde sesiapa akan terpedaya

cik siti said...

Kejora Pondan Bodo sekepala dengan ted manoff, sama-sama memperjuangkan anti Islam dalam PH. Tuan-tuan semua, demi Islam, mari kita menghapuskan pengaruh mereka..
Hidup PH
Hidup PH.

Anonymous said...

Sama2 bodooh..

Kejora Bapuk Bodo said...

Poorah...anti Pas bukan anti islam..puak penipu putarbelit tonggang islam...

Kejora Bapuk Bodo said...

Umno sudah rasa keperitan di sg kandis...umno izinkan pas plak bertanding di sri setia...beranikah pas bertanding dgn isyarat jelas pengundi pas marah lobai bersama umno?...adekah penyokong pas pon jugak anti islam?...

Cik siti dan cai boleh kompem pas berani bertanding?...kalo tulur besar bertanding laa....hihihi..

Anonymous said...

Bagus bapok, anti pas tak salah, dalam islam dilarang menipu, org yg suka mnipu bukn org islam yg baik

Anonymous said...

Pembelit kauni, nk cuba lg mnipu, yg anti islam jelas siapa, pyookong pas takde busuk hati mcm kauni, tkde sbb penyokong pas marah pd umno sekirany umno telah berubah,suatu masa dahulu pas mmg marah pd umno disebabkan pmimpinnya yg zalim

Anonymous said...

Ya, ya 1 masa dulu umno makan sorang hasil rompakan, memang lah zalim kan! Harini umno makan cara sunah berjemaah , makan bersama pas hasil rompakan tu! Dah berubah , sekrng umno tak zalimii pas, sebab dah kongsi hasil rompakan dari rakyat kan! tak gitu cik siti!

Anonymous said...

Cik siti, u PhD bidang apa ek?

Kejora Bapuk Bodo said...

Post mortem kekalahan umno dan pas mudah sangat

Rakyat tolak umno dan pas

Undi merosot kurang dari separuh berbanding pru14

Rakyat boleh terima penjelasan beban hutang najib sangat besar sehingga janji manipesto PH ade yg blm boleh dilasanakan...rakyat puashati gst sifar dan harga minyak kekal...6 janji dlm proses...janji terbesar najib ditangkap dlm 100 hari..
rakyat hargai gaji menteti dan exco ph di potong berbanding exco pas dan umno.

Hasutan lokeman adam umno dan pas melayu dan islam terjejas dibawah PH hanye retorik...rekaan pembangang semata2..

Pengyokong pas marah kerjasama lobai pas dan prompak...lobai bersungguh kempen untuk umno..

Penyokong pas tak kisah di label anti islam oleh puak tonggang islam ...

Anonymous said...

Penyokong pas boikot prk sg kandis...ingkar seruan lobai pangkah umno..ini sebabkan undi umno dan pas kurang dari separuh berbandong pru14..

Kejora Bapuk Bodo said...

Najib kenakan gst ..penyokong pas di kecualikan...PH buang gst tapi penyokong pas kena bayar gst..

Anonymous said...

Wahai ahli2 pas, sedar lah kamu semua bahawa kamu semua telah ditipu oleh ulama su` yg hanya mementingkan diri utk kemewahan diri hidup dunia yg sementara ini!

Realitinya, lihat lah betepa ramai lagi ahli2 pas yg hidup kais pagi tak makan petang, kais petang tak makan paginya sbb mmg dibiarkan miskin selamanya agar mudah pemimpin2 kamu dtg dgn mercedes, vellfire, porche, ranger dan segala kemewahan mereka dihulurkan kpd kamu sbg pengikat kewalakan kamu semua kpd mereka. Sedangkan mereka hidup dgn segala kemewahan di rumah yg tersergam indah berhawa dingin yg harganya berjuta ringgit.

Hamburan ayat quran dan hadith fasih tak lekang dibibir pemimpin kamu, tetapi sayang, itu hanyalah barang dagangan mereka utk mepastikan kemewahan mereka semakin melimpah ruah hasil sokongan kamu semua menjadikan mereka ahli parlimen pasu bunga yg tidak memberi untung kpd kamu semua.

Wahai ahli2 pas, Berhijrahlah kpd parti AMANAH Negara ( AMANAH ) dlm PAKATAN HARAPAN yg akan sedaya upaya mengangkat martabat ummat Islam di Malaysia tercinta ini dgn cara yg BIJAKSANA, IN SYAA ALLAH.

Anonymous said...

Lebai2 sekelian, tak lama lagi kapal mewah Equanimity Jo lo akan dipulangkan kpd Kerajaan PH Malaysia! Boleh la lelabi2 semua sewa utk pegi joli2, harga sewa boleh runding ye.... Lelabi2 semua PUASHATI tak, Kerajaan PH Malaysia dpt bawa balik kapal mewah hasil wang haram 1MDB tu?

Anonymous said...

Apa kene mengena dgn lebai, bodohnya, bawa balik dulu jgn cakap aja,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails