Wednesday, August 08, 2018

Jom Susuri Sg T'ganu, ‘Water Taxi’ RM5/3 Sahaja..

Payang ‘Water Taxi’ Tawar Pakej Susuri Sungai Terengganu


KUALA TERENGGANU – Orang ramai kini boleh mengelilingi bandar raya pesisir air Kuala Terengganu menggunakan perkhidmatan teksi air atau ‘water taxi’ pada harga berpatutan.

Hanya dengan bayaran RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak, orang ramai berpeluang menelusuri Sungai Terengganu untuk menikmati pemandangan indah bandar raya pesisir air ini dan melihat sendiri pembangunan Kuala Terengganu City Centre (KTCC) dari jarak dekat.
Itu pakej istimewa yang disediakan Cas Ligas Sdn Bhd iaitu anak syarikat Kumpulan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) bertujuan melonjakkan lagi sektor pelancongan Terengganu.
Pengurus Besarnya Mohamad Yusof berkata khidmat Payang Water Taxi itu sudah dimulakan sejak awal Julai lalu dan sehingga kini sambutan yang diterima amat menggalakkan terutama kalangan pelancong asing.
“Pelancong dari seluruh dunia seperti Itali, Slovenia dan negara Eropah sangat menghargai keindahan alam semula jadi yang masih terpelihara di sepanjang Sungai Terengganu ini.
“Mereka sangat berminat untuk menyelami kehidupan masyarakat nelayan di Seberang Takir, pembuatan bot tradisional di Pulau Duyong dan melihat sendiri keunikan 22 monumen binaan Islam zaman silam di Taman Tamadun Islam,” katanya kepada Bernama hari ini.
Ketika ini, syarikat itu menyediakan dua buah bot dengan kapasiti 42 penumpang untuk dibawa menelusuri Sungai Terengganu dengan kelajuan 10 hingga 12 knot yang mengambil masa antara 20 hingga 30 minit perjalanan.
Mohamad berkata operasi syarikat mereka berjalan setiap hari kecuali Selasa dan ditutup sementara pada tengah hari Jumaat.
“Bermula di jeti Pulau Warisan, pelancong akan dibawa melihat puluhan bot mewah milik persendirian di Pulau Duyong, tapak projek KTCC, perkampungan nelayan Seberang Takir dan lokasi membaik pulih kapal milik penduduk tempatan.
“Kami juga sedang merancang menyediakan pakej ke beberapa lagi tempat menarik di sekitar Sungai Terengganu termasuk pakej makan tengah hari di restoran yang berlatar belakangkan keindahan sungai ini,” katanya.
Mereka yang berminat mahu merasai pengalaman menelusuri Sungai Terengganu boleh menghubungi talian 014-6055454 untuk tempahan Payang Water Taxi. – BERNAMA

7 comments:

Anonymous said...

pasni kita guna taxi air equanimity.. tambang murah2.

jgn risau tuan2.. pas mesti sokong sebb puas hati

Sayed Noordin said...

Sokong dengan ikhlas hati.. tidak untuk perli.

Sayed Noordin said...

Sokong dengan ikhlas hati.. tidak untuk perli.

ted manoff said...

Fake taxi..

Anonymous said...

Bas `amfebia` tu ari dah jadi apa ibnu? Elok klu dijadikan rumah ikan / tukun dlm sungai trengganu tu utk industri pelancongan bawah air! Nih ana tolong bagi idea asas nih utk kjaan pas tganu! ok kan ibnu?

Anonymous said...

Jabatan apa yg meluluskan pengubahsuaian tu lolelelabi? Dah dpt ke? Apa jenis lesennya? Suka2 lelabi je ubah ubah kan!!!

Anonymous said...

Mahal la..kerajaan ape ni

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails