Thursday, August 09, 2018

Negara Tidak Perlukan GST Dan SST. Zakat Model Terbaik. - Dr Mohd Khairuddin'




SAMA ada GST atau SST, sifatnya sama sahaja pada sudut implikasi terhadap pengguna akhir iaitu perlu menanggung kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang dibeli atau dilanggan.
Islam telah menggariskan kaedah yang lebih adil berkenaan pengambilan harta daripada orang lain supaya tidak mengambilnya tanpa hak dan menyerahkannya pula kepada yang tidak berhak.
Zakat adalah model terbaik berkenaan perkara ini; bukan sahaja merupakan ibadah bagi umat Islam, bahkan merupakan kaedah pengagihan kekayaan yang saksama dalam kalangan manusia.
Mereka yang dikurniakan Allah dengan lebihan pendapatan diwajibkan mengeluarkan sebahagian harta yang dimiliki kepada golongan yang tidak berkemampuan bagi mencukupkan keperluan asasnya. Mereka yang memberi dan menerima kedua-duanya diberkati Allah.
Sistem percukaian yang mahu dilaksanakan sepatutnya merujuk kaedah ini sebagai dasar yang penting.
Betapa Islam sangat teliti dan berhati-hati tentang permasalahan mengambil harta daripada orang lain, keharusan memungut cukai tidak dibiarkan bebas; sebaliknya diikat dengan syarat-syarat tertentu.
Cukai selain daripada cukai terhadap hasil dan pendapatan hanya wajar dikenakan kepada golongan kaya, pada waktu bertempoh, untuk memenuhi keperluan mendesak yang berkaitan maslahah umum pentadbiran negara dalam keadaan pendapatan negara pula tidak mencukupi.
Pada masa sama Kerajaan tetap berkewajipan mengikhtiarkan sumber pendapatan lain dan mestilah tidak boros berbelanja serta mengelak berlaku ketirisan.
Berbeza dengan struktur ekonomi moden, cukai dijadikan penyumbang utama kepada pendapatan negara.
Jika dibelek khazanah ilmu Islam, selain zakat, adanya cukai seperti kharaj, jizyah dan 'usyur yang menepati syarat-syarat ini, dikutip untuk mencukupkan perbelanjaan negara bagi memenuhi dan menjaga maslahah rakyat.
Persoalannya, GST dan SST yang mahu dimansuhkan atau dilaksanakan ini sebenarnya untuk kepentingan siapa? Kerajaan, korporat atau rakyat?
Jika benar demi rakyat, tidak sepatutnya cukai diganti dengan cukai kerana ia tetap menjadikan rakyat sebagai penanggung beban.
Kerajaan sepatutnya lebih kreatif dan inovatif melakukan 'ijtihad' meneroka pelbagai sumber bagi menambah pendapatan negara; bukannya mengambil jalan mudah dan singkat dengan mengenakan cukai kepenggunaan kepada rakyat.
Bahkan, sebenarnya negara bukannya tidak mempunyai cukup pendapatan, tetapi kerana kelemahan dalam mengurus pendapatan dan perbelanjaan menyebabkan berlaku ketidakcukupan.
Justeru, adalah lebih utama Kerajaan menumpukan usaha kepada perkara-perkara berikut terlebih dahulu tanpa perlu tergesa-gesa melaksanakan cukai kepenggunaan:
pertama, membasmi ketirisan perbelanjaan yang dilaporkan mencecah sehingga 30% daripada dana Kerajaan.
kedua, meningkatkan kecekapan sistem percukaian sedia ada terutamanya menyelesaikan isu mengelak pembayaran cukai. Contohnya, pada 2015 sahaja, seramai 791,239 pembayar cukai pendapatan individu dan 65,545 pembayar cukai pendapatan syarikat tidak menjelaskan cukai pendapatan kepada LHDN melibatkan pembayaran berjumlah RM8.2 bilion.
ketiga, menangani aktiviti penyeludupan yang menyebabkan kerugian. Sebelum ini ada dilaporkan Kerajaan kerugian RM4 bilion dalam bentuk hasil cukai tidak berbayar akibat sindiket rokok seludup, RM540 juta setahun akibat aktiviti penyeludupan minyak masak dan RM200 juta sebulan akibat penyeludupan wang ke sebuah negara jiran.
PAS bukannya anti cukai atau menafikan kepentingan cukai. Cumanya, terlalu jelas bahawa GST 'merompak' terang-terangan dan SST pula 'mencuri' diam-diam duit rakyat. Oleh itu, PAS menolak kedua-dua cukai kepenggunaan ini.
Saya telah berulang kali menegaskan dan menjelaskan berkenaan cadangan cukai alternatif terhadap pemilikan harta orang kaya yang patuh syariah dan adil untuk semua berasaskan model zakat iaitu cukai atas simpanan korporat dan cukai atas pegangan saham sepertimana dikemukakan oleh PAS menerusi Dokumen Hijau.
Simpanan korporat dianggarkan sekitar RM500 bilion. Ia boleh mendatangkan hasil kepada Kerajaan sebanyak RM12.5 bilion sekiranya diambil dengan kadar 2.5% apabila cukup tempoh setahun.
Begitu juga pegangan saham di Bursa Malaysia yang data terakhir menunjukkan bernilai sekitar RM1.9 trilion. Ia berupaya menyumbang sebanyak RM47.5 bilion jika dikenakan cukai dengan kadar 2.5% setahun.
Sebanyak RM60 bilion telah gagal dimanfaatkan untuk kantung Kerajaan kerana kekayaan mereka ini tidak dikenakan cukai. Malangnya, Kerajaan mengenepikan penyelesaian Islam ini dan masih teraba-raba dengan penyelesaian cukai manusia yang tidak pernah adil.
Jika tiga (3) langkah ini dilaksanakan dan cukai patuh syariah ini diperkenalkan, negara tidak memerlukan pun sama ada GST atau SST. Barulah rakyat pun tidak terbeban.
“Sejahtera Bersama Islam”
Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
8 Ogos 2018 | 26 Zulkaedah 1439 – HARAKAHDAILY 8/8/2018


8 comments:

ted manoff said...

Pungkoq dia..ckp sng kenapa xjual idea nii pada klntan dn terengganu..tak lyk ckp psl ekonomi mamat nii..kalau ckp soal kawin 5 bolehlah..pi mamposlah dgn mamat nii..

Mohammad Azren said...

Kalau lah kerajaan Negeri Kelantan ikut teori Osta4d Ekonomi ni, Sudah tentu Kerajaan Negeri Kelantan tiada bermasalah untuk bayar gaji kakitangan Kerajaan Neger Kelantan . Patut lah Ibni bangang macam Lokman Noor Adam. Spesis berfikir guna kepala butoh. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Ko layak ke? Kerja pun takde

cik siti said...

Pagi-pagi dah mencarut. Ya zikir puak jahiliah. Tak boleh jadi panduan langsung. Buat busuk nama PH.

Anonymous said...

Orang cerita ttg konsep zakat ko ckp tu spesis kepala butoh. Abih yg ko keje carut ni dah tentu2 lah jauh lebih hina drpd najis khinzir klu nk dibuat comparison

Anonymous said...

sokong... secara asasnya memang mudah berbicara. amat baik klu lobai mendraf kertas cadangan bagaimana utk dilaksanakn.

kertas kerja jg mesti mngambil kira aspek undang2 dn logistik. sbb hukum agama ni bukan hnya kata2 kosong..perlaksanaan nya penting dikaji hingga berjaya.

buat kertas kerja...jumpa pihak zakat dn kewangan...dn seterusnya bentang diparlimen.. dimulai dgn dun klntan tganu.

Anonymous said...

Cerita konsep zakat. Ekonomi islam. Tapi dr ni masih bertuhankan undi dn sistem yahudi parlimen. Menipu lebih. Hak tuihh

leeman said...

Betul2..buat draf

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails