Thursday, August 09, 2018

Kerajaan Perlu Tolak Cadangan Iktiraf Komunis -Mufti Perak.


IPOH, 9 Ogos : Kerajaan wajib menolak cadangan pihak tertentu supaya mengkaji semula buku teks sejarah bagi mengiktiraf peranan komunis dalam perjuangan mencapai kemerdekaan negara kerana langkah itu akan menafikan sumbangan ulama, rakyat dan perajurit mempertahankan tanah air, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata mengiktiraf komunis adalah seperti menggalakkan kezaliman dan fahaman ekstrem dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Adalah tidak perlu memperkenalkan komunis kepada generasi akan datang sebaliknya memperkenalkan sumbangan alim ulama dan pejuang-pejuang kemerdekaan untuk memupuk nilai kesetiaan kepada raja dan negara yang merupakan salah satu Rukun Negara.

“Pelajar-pelajar sekolah perlu disemai nilai-nilai murni yang holistik bukannya mendedahkan mereka kepada keganasan dan kezaliman,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata negara turut terhutang budi dengan alim ulama bagi sumbangan mereka dalam menggerakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat bagi mencapai kemerdekaan.

“Ulama menentang komunis kerana mempertahankan akidah umat Islam dan menghalang komunis daripada menjajah tanah air. Komunis telah menangkap dan membunuh alim ulama…. komunis juga telah membunuh ramai penduduk Tanah Melayu termasuk orang tua, wanita dan kanak-kanak,” katanya.

Harussani turut menegaskan komunis tidak memberi apa-apa sumbangan dalam kemerdekaan Malaysia malah telah menyebabkan negara ini diisytiharkan darurat selama 12 tahun bermula 7 Julai 1948 hingga 31 Julai 1960.

Beliau turut menasihatkan umat Islam agar mengelakkan diri daripada pemikiran dan fahaman komunis seperti ateis, tolak tuhan, tolak agama, ‘free thinker’, matlamat menghalalkan cara mengikut aliran Machiavelli dan agama adalah candu​​​​​​​.(frontdesk.com.my)

18 comments:

ted manoff said...

Tuan ibnu..yg nii saya setuju..harussana harussini..๐Ÿค—๐Ÿค—

ted manoff said...

♥♡♠♤♣♧★♘♞♔♔♚◇◇◆☆♟♙♛♛♕♕♝♝█⇦⇦■█☏☎☎⇨⇧▓♩♀♂♂●•♬♬♬▣▥╮╰♩♪▓◈■▨▦▩↓▲↘↙←✘▲◁←๐Ÿง๐Ÿšฎ๐Ÿšฐ๐Ÿšฐ♿๐Ÿšน๐Ÿšบ⚠⚠๐Ÿšฑ๐Ÿšฑ๐Ÿšฏ๐Ÿšญ๐Ÿ›„๐Ÿšณ๐Ÿšณ๐Ÿšซ๐Ÿ›‚๐Ÿšซ⛔๐Ÿšธ๐Ÿšผ๐Ÿšธ⛔๐Ÿšซ๐Ÿšณ๐Ÿšญ๐Ÿšญ๐Ÿšฏ๐Ÿšฑ๐Ÿšฑ↗⬆☣☢๐Ÿ”ž๐Ÿ“ต๐Ÿšท➡⬇↙⬅↖↖↕๐Ÿ”„๐Ÿ”ƒ⤵⤴↪↩↔๐Ÿ”™๐Ÿ”›๐Ÿ”œ๐Ÿ”๐Ÿ›⚛⚛☪☦☦☯☸✡✡๐Ÿ•‰♋♊♊♈♈๐Ÿ”ฏ๐Ÿ•Ž☮⏩▶๐Ÿ”๐Ÿ”€๐Ÿ”€⛎♓

ted manoff said...

IBNU HASYIM adalah nama samaran bagi Hj Mohd Hashim. Pernah menulis dibeberapa akhbar tempatan. Mantan Pengarang Majalah Al-Ummah dan pernah menghasilkan beberapa buah buku politik, sejarah dan agama. Menjadi ahli bisnes separuh jalan..

ted manoff said...

Boringgggg......1234567891011121314@517...๏uฯ„..

Anonymous said...

Agak2 lah Mufti Bisu ni baru nak bersuara, Najib dah sembah bagi mcm2 ufti kat Tanahbesar Cina Komunis. Parti Komunis China hadir Mesyuarat Agung Umno dan Umno hadir mesyuarat Agung Parti Komunis China. Kemudian dah buat latihan bersama.

Inilah yang anak Najib kata golongan yg tidak tahu berbudi selepas byk dedak disuap selama ini. Bila Najib hilang kuasa, baru Mufti Bisu keluar suara hentam Najib.

Biasanya, 2 ekor Mufti kapal yg sama akan keluar timing yg sama. Apakah Mufti Casino akan turut menghentam Najib?

Anonymous said...

British yang bawa komunis ke Malaya dan komunis bebaskan Malaya dari British? Gaban tahap apa ini? Wakahkahkah!

Anonymous said...

kominis cuba nak rampas tm
nasibbaik tak dapat
dapat kat britis tukang bawa masuk pendatang
bial nak bagi medeka britis suruh bagi hak kat pendatang
cilako britis
tapi lagi cilaka ada melayu sanggup bagi
asai senang dapat kuasa
lani duk urut misai menyesai akibat perbuatan sekelompok melayu dulukala
nasi dah nak jadi bubur
sorang sorang dah dimasuk dalam kuburrrr
sejarah tm

Puaka Rimba said...

Setakat isu remeh temeh macam ini boleh lah Mufti ni bersuara. Bila melibatkan Pemimpin Negara RASUAH. DIAM SERIBU BAHASA. Yang tak boleh blah..bila keluar fatwa "Bughah" Penderhaka boleh dihukum bunuh. Macamana lah Islam mahu dimartabatkan kalau Mufti boleh dibeli macam geng Lobai Auta 90J dari langit.. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Ibarat melepaskan anjing tersepit dan lawan tauke, itulah diibaratkan pertembungan fizikal antara Penjajah Barat dan buruh lombong yang diimport masuk ke TM. Ini sejarah.

Anonymous said...

Memang tak sama otak komunis dengan otak Islam. Pemikiran Islam Mufti dengan babi tunggangan LGE. Termasuk Ted Monot penjilat juboq LGE.

Ha ha ha

Anonymous said...

wah colorful cantikla

Anonymous said...

mufti sejarah

Anonymous said...

apa komen mufti pasal 1mdb dn equanimity... takkn nk minta 4 saksi jg. komunis tu ko label superman pun xjd apa..dh sejarah

Anonymous said...

La. Sayang sangat depa kat jubuq guan eng. Mufti pun depa sanggup tak hormat. Depa hormat guan eng lebih drpd tok mufti. Cina tak hormat mufti sebab ada yg bangang pi kutuk mufti. Kasi hancur sama macai dap. Jgn layan mereka yg kutuk institusi agama dan sejarah tanah melayu.

Penat2 merdekakan tanah melayu, alih2 komunis pulak jadi pejuang. Memang bengong sialan macai dap. DAP jadi dalang sebab komunis adalah cina dan sedikit melayu, dap ramai cina dan sedikit melayu.

Sabu khadam dap pun sama, komunis itu pahlawan. Pandai sabu sembunyi kekhadamannya kpd dap. Tertipu pengundi. Layak dipilih sabu sebagai pelakon terbaik, mulut penuh jenaka,tp gadai maruah bangsa. Memang pengkhianat mat sabu, sama macam raja mendeliar yg khianat kpd kesultanan melaka.

Anonymous said...

Komunism: Beza Harimau Malaya dan IRI.

HM berdepan satu sama satu dengan PKM berlandaskan sebab dan justifikasi.

Pun begitu HM tidak gunakan proksi untuk berdepan dengan kebangkitan Chinoni.

IRI tidak berdepan satu sama satu dengan PKM. Proksi pula dilatih untuk berdepan dengan Chinoni.

Bukan untuk menang-menang, untuk lindungi hegmoni dan ego penjajah yang kian tercalar.

Anonymous said...

Pengkhianat memang susah nak cari, tapi kat sini ada ramai. Mereka sekongkol dengan parti makan daging babi.

Anonymous said...

tokey daging

Anonymous said...

Ingatkan dunia sudah merdeka. Ropa2nya masih ada penjajah: NWO. Paling tak boleh lupa ialah ada juga yang tergamak memangut dedak2 NWO. Yeak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails