Monday, August 06, 2018

Anwar Menang, Giliran Tun M Pula Umum Alih Kuasa.




TTF: Dato’ Seri Azmin Ali nampaknya telah mengambil keputusan untuk tidak bertanding menetang Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam pemilihan jawatan presiden PKR.
Setakat ini, kami tidak dapat mengenalpasti sebab sebenar Azmin mengambil keputusan tersebut walaupun Dr Mahathir Mohamad sendiri inginkan beliau bertanding kerusi presiden.
Walau apapun, TTF mengucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Anwar atas kejayaan beliau dan berharap agar Dr Mahathir akan mengumumkan dalam masa yang terdekat satu pelan peralihan kuasa yang selaras dengan janjinya untuk menjadikan Anwar Perdana Menteri.
Pengumuman tersebut bakal membantu Anwar megatur strateginya memandangkan beliau sendiri perlu menjadi seorang ahli Parlimen sebelum mampu menerajui tampuk pimpinan negara.
…..
KUALA LUMPUR: Pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi PKR 2018 menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden.Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Ismail Yusof, berkata keputusan tidak rasmi itu akan disahkan dalam satu mesyuarat, Rabu ini.

Katanya, ibu pejabat parti akan mempamerkan nama semua calon yang layak bertanding, selain memperuntukkan tempoh tiga hari untuk sebarang rayuan atau bantahan dikemukakan.
“Selepas tamat masa tiga hari, senarai calon akan dimuktamadkan dan proses cabutan nombor calon bakal diadakan pada 19 Ogos ini.
“Gambar dan nombor calon akan tertera dalam ‘tablet’ yang digunakan pada proses pemilihan parti berteraskan pelaksanaan e-undi,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Jawatan Timbalan Presiden PKR menyaksikan pertembungan antara Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Kerusi Naib Presiden PKR yang hanya memperuntukkan empat kekosongan pula bakal direbut 12 pesaing, termasuk empat penyandang jawatan berkenaan. Tiga tempat bagi jawatan sama akan dibuat secara lantikan.
Penyandang jawatan itu adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Samsul Iskandar Mohd Akin; Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr A Xavier Jeyakumar dan bekas Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang.
Antara muka baharu bagi merebut jawatan berkenaan ialah Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen; Ahli PKR Cabang Puchong, Michael Tamil; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan; Ahli PKR Cabang Padang Serai, Prof Datuk Dr G Balasubramaniam dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin.
Jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang hanya memperuntukkan 20 kekosongan pula menyaksikan saingan membabitkan 86 orang apabila proses pencalonan ditutup pada jam 5 petang tadi.
Gelanggang persaingan bagi Ketua Wanita PKR menyaksikan senario berbeza apabila Naib Presidennya, Dr Fuziah Salleh mengambil keputusan ‘turun pangkat’ untuk bertanding jawatan berkenaan dan bakal berdepan lawan Haniza Talha yang juga Timbalan Ketua Wanita PKR.
Jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dijangka sengit apaibla merekodkan pertembungan tiga penjuru, antara Ahli Parlimen Johor Bharu, Akmal Nasir; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi dan ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin.
Saingan bagi jawatan EXCO AMK dan Wanita PKR, masing-masing menyaksikan 49 dan 45 pencalonan.
Mengulas lanjut, Ismail berkata, tempoh tiga hari, iaitu dari 8 hingga 11 Ogos juga akan digunakan untuk proses saringan yang dikendalikan juruaudit.
“Jika kita terima maklumat berbentuk bantahan terhadap sebarang jawatan, sama ada daripada ahli atau akses data yang PKR peroleh, ia akan dipertimbang dalam tempoh tiga hari ini,” katanya.

8 comments:

Anonymous said...

ayam

Anonymous said...

OO Ted Ayam?
Mana dia?
Tak nampak meroyan pun?

Anonymous said...

Itik

Anonymous said...

nxt anwar kena tanding parlimen prk. mungkin tun akn lantik dia tpm ganti dswa. sama2 kita doakn yg terbaik utk negara. pembngkang nk marah pun ph dh mnguasai putrajaya.. jgn bakar kelambu sebb kalah tu. politik matang kn.

bunbinban said...

Jgn haraplah PAS yg amal politik matang. Di sg kandis, PAS bentang karpet merah utk umno bertanding, di seri setia PAS bertanding atas arahan umno. Di balakong PAS takut lawan kapir. Kahkahkah...

Anonymous said...

bila tun umum anwar ambil alih pm.. maka 2 perkara telah tun balas balik..

1. tun penjarakn anwar...tun bebaskn anwar
2. tun jatuhkn anwar tpm...tun naikkn anwar tpm semula atau pm

najib juga penjarakn anwar... apa cara nk najib nk pulihkn jenayah dia? mungkin dgn anwar penjarakn najib pula...melihat kpd kes 1mdb dll yg mkn masa panjang.

hj hadi kena buanglah kemarahan atau apa saja perasan buruk pd anwar. rasanya anwar tkde salah apa2 pd hj hadi.

rakyat menilai.. tun pun dh buang ego dn seolah2 tarik balik kesalahan dia pd anwar.

anwar pula seolah memaafkn tun atas apa yg ditimpakn pdnya yg bukan calang2 ujian. jamal pun dh tabik kt anwar.

rasanya tkde sehelai pun bulu roma hadi jatuh kerana anwar.

mngerat silaturrahim itu jihad yg besar. klu masa berdamai itu mati..insyaallah syahid akhirat.

aamiin.

Anonymous said...

IBNU HASYIM adalah nama samaran bagi Hj Mohd Hashim. Pernah menulis dibeberapa akhbar tempatan. Mantan Pengarang Majalah Al-Ummah dan pernah menghasilkan beberapa buah buku politik, sejarah dan agama. Menjadi ahli bisnes separuh jalan..

Anonymous said...

Kenapa nama Yang Walak TGHA x naik utk PM inwaiting yea. Konpius nih . Kata King Maker .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails