Sunday, June 24, 2018

Perlembagaan Iktiraf Hak, Kuasa Agong Pertahan Maruah Islam.


GAMBAR fail, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V (dua, kanan) berkenan melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-244 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara. - Foto BERNAMA

Islam ialah urusan negeri dan hal berkaitan Islam berada di bawah ruang lingkup kuasa dan bidang kuasa negeri di bawah naungan Raja-Raja bagi negeri-negeri.

Hal ini jelas disebut di bawah Perkara 3(2) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 3(2) ini, antara lain, menyatakan dengan jelas sekali bahawa, "Di dalam tiap-tiap negeri, selain negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai ketua agama Islam di negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan negeri itu, dan tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat."
Seperti dinyatakan juga dalam Perkara 3(2) di atas, bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Agama bagi negeri-negeri itu. Empat buah negeri yang tidak mempunyai Raja ialah Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Oleh itu, bagi negeri ini dinyatakan di bawah Perkara 3(3) Perlembagaan Persekutuan bahawa: "(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu".
Ketua Agama Islam
Sementara itu, bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Agama Islam. Hal ini dinyatakan dalam Perkara 3(5): "Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya;..."
Wilayah Persekutuan ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia dan tidak ditadbir oleh negeri. Wilayah Persekutuan bukan negeri seperti dalam maksud Perkara 1(2) yang menyatakan, "Negeri-Negeri Persekutuan terdiri daripada Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu."
Sementara itu, Perkara 1(4) pula menyatakan, "Wilayah bagi negeri Selangor tidaklah termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang ditubuhkan di bawah Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1973 (Akta A206) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang ditubuhkan di bawah Akta Perlembagaan (Pindaan) 2001 (Akta A1095) dan wilayah bagi Negeri Sabah tidaklah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan yang ditubuhkan di bawah Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1984 (Akta A585), dan semua Wilayah Persekutuan tersebut hendaklah menjadi wilayah-wilayah Persekutuan".
Pentadbiran Wilayah Persekutuan dikendalikan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak ditadbir oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah Yang di-Pertuan Agong.
Oleh kerana Wilayah Persekutuan itu bukan sebuah negeri, ia tidak mempunyai Dewan Undangan Negeri. Segala undang-undang bagi Wilayah Persekutuan adalah dibuat oleh Parlimen dan Parlimen bertindak sebagai badan perundangan bagi Wilayah Persekutuan.
Undang-undang berkaitan Islam
Kuasa dan bidang kuasa Parlimen berkaitan Wilayah Persekutuan, termasuklah dalam hal gubalan undang-undang berkaitan Islam.
Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 3(5) menyatakan, antara lain, "...dan bagi maksud ini (iaitu bagi maksud Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam) Parlimen boleh menerusi undang-undang membuat peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam".
Justeru, adalah jelas dalam Perkara 3(5) Perlembagaan Persekutuan ini bahawa Kerajaan Persekutuan juga mempunyai peranan tertentu yang perlu dimainkan dalam hal berkaitan Islam bagi maksud Wilayah Persekutuan. Parlimen menggubal akta berkaitan Islam, dari segi perundangan dan pentadbirannya Islam di Wilayah Persekutuan adalah di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong.
Bagi maksud gubalan undang-undang, hal berkaitan Islam bagi tujuan Wilayah Persekutuan ada disenaraikan dalam Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan pada Seksyen 4(k), yang menyatakan, bahawa Parlimen mempunyai kuasa perundangan berkaitan "Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan, termasuk (k) Penentuan hukum syarak dan undang-undang diri yang lain bagi maksud undang-undang Persekutuan;"
Dalam hal ini, Pejabat Peguam Negara juga perlu memainkan peranan dalam hal berkaitan gubalan perundangan mengenai Islam di peringkat Persekutuan. Ia seumpama Pejabat Penasihat Undang-Undang pada peringkat negeri.
Dalam keadaan ini, bagi urusan berkaitan pentadbiran dan perundangan Islam, termasuk juga kemajuan dan pendidikan Islam dalam Wilayah Persekutuan adalah di bawah Yang di-Pertuan Agong.
Dalam pelaksanaan peranan dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong, Wilayah Persekutuan mempunyai susunan pentadbiran seumpama di negeri-negeri. Sebuah Majlis Agama Islam, seperti yang dinyatakan dalam Perkara 3(5), perlu diwujudkan bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong.
Lantikan mufti
Untuk pelaksanaan tanggungjawab berkaitan Islam, Akta Pentadbiran Agama Islam ialah akta utama. Akta ini memperuntukkan, antara lain, penubuhan Majlis Agama Islam, lantikan mufti dan pelbagai perkara lain berkaitan pentadbiran dan pelaksanaan undang-undang Islam.
Jelas daripada peruntukan Perlembagaan Persekutuan Kerajaan Persekutuan juga tidak kurang peranannya dalam pelaksanaan hal berkaitan Islam, terutama berkaitan perundangan Islam, dengan Parlimen sebagai badan perundangan bagi Wilayah Persekutuan.
Kerajaan Persekutuan hendaklah juga, sebagaimana diharapkan daripada kerajaan negeri, untuk memastikan dasar pentadbiran pada peringkat Persekutuan bersifat memudahkan, sekali gus memastikan segala tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong dalam hal berkaitan perundangan Islam dihayati.
Bagi Yang di-Pertuan Agong pula, amanah yang digalas oleh baginda pada peringkat Wilayah Persekutuan juga seumpama amanah yang baginda galas di negeri baginda sendiri.
Sementara itu, kerajaan bagi negeri-negeri tanpa Raja, sebagaimana dinyatakan di atas, hendaklah juga sentiasa mengambil perhatian bahawa, segala urusan berkaitan Islam, termasuk pentadbiran, perundangan, pendidikan serta apa jua hal tidak boleh mengetepikan peranan Yang di-Pertuan Agong.
Agensi agensi Islam di negeri terbabit perlulah membuat tindakan wajar untuk merealisasikan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam bagi negeri berkenaan.
Oleh
Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz

Penulis adalah Pensyarah Fakulti Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


Untuk pembersihan aqidah ku hadiahkan 2 syarahan ini..
Video: Lebih Baik Pemimpin KAFIR tapi JUJUR...!!!! 
Hati-hati pendakalan Aqidah

Video: Pemimpin Kafir Yang Adil vs Pemimpin Islam Yang Zalim - Ustaz Azhar Idrus
Dari Ibnu Hasyim..

7 comments:

Anonymous said...

PAS dah kuat, malaikat bantu turun mengundi ! Adakah malaikat itamakan PAS berbanding serangan Israel di Palestin? Adakah PAS ini satu pertubuhan seperti HAMAS? Atau sekadar parti politik dunia?

Anonymous said...

Ya betollll...PAS dah kuat...KUAT MERAPU!

Anonymous said...

Ha ha ha barua PH dah meroyan gila babi pagi-pagi

Anonymous said...

Barua-barua pakatan mabuk todi daun ketum suka menfitnah dan menghina PAS sebab PAS berjuang menegakkan Islam tetapi abang besar biaDAP benci Islam dan umat Islam.

Itulah sebab mengapa barua pakatan suka menjilat kaki bapa dan ibu ayam, towkay arak, towkay judi dll.

Anonymous said...

Barua ternakan pakatan menfitnah PAS sebab PAS membela rakyat Palestin di waktu pemimpin-pemimpin biaDAP sibuk menjilat kaki pengganas Yahudi Zionis.

Dasar hamba abdi rejim pengganas Israhell.

Anonymous said...

Walaupun Perlembagaan Persekutuan telah menjamin hak keistimewaan Yang DiPertuan Agong, kita telah melihat puak sekular liberal dan puak kafir harbi menjadi semakin biadap dan kurang ajar menghina Agong sejak rejim pakatan berkuasa seolah-olah rejim pakatan merestui tindakan puak zaman batu ini yang tidak bertamadun.

Anonymous said...

Bukankah yang biadap dan menghina kuasa Raja2 Melayu itu Umno? Secara terang2 Shahidan Kassim hina Raja Perlis dan mempersendakannya. Kenapa Shahidan dan Umno tak termasuk dalam pertikaian ini?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails