Monday, June 25, 2018

Penyamun Tua Menyamun Pusingan Ke2, ECRL Milik Kroni, Harga Meningkat.



PROJEK ECRL KINI MILIK KRONI

■ HARGA MENINGKAT MENDADAK RM15BILIUN

■ PENYAMUN TUA MENYAMUN PUSINGAN KE DUA.

Alhamdulillah….

Projek ECRL akan diteruskan.

Menteri Kewangan telah mengumumkan berkenaan perkara ini hari ini.

Walaupun pada asalnya ia telah dibatalkan oleh kerajaan, akhirnya ia diteruskan juga mungkin kerana kerajaan menyedari kepentingan dan manfaat besar projek ini terutamanya bagi membawa pembangunan ke negeri-negeri Pantai Timur.
Kita berharap projek HSR juga akan diteruskan. Tukarlah namanya. Rebrand. Ubah sejarah dengan mengatakan Mahathir dan Pakatan Harapan yang ilhamkan projek ini. Kami tak kisah. Yang penting negara dan rakyat mendapat manfaatnya.
Cuma agak pelik apabila LGE mengatakan kos projek ECRL adalah sebanyak RM 70 billion!

Sedangkan kerajaan BN sebelum ini mengatakan kosnya adalah RM 55 billion.

Ada tambahan RM 15 billion secara tiba-tiba.

Rupa-rupanya ada sebab musababnya kos ini meningkat secara ajaib.
Salah sebuah syarikat yang dianugerahkan kontrak projek ECRL oleh Kerajaan Terengganu yang bakal memiliki antara jajaran terpanjang ECRL ini adalah Syarikat T7 Global.
PH menang PRU dan Tun umumkan pembatalan serta merta projek ECRL setelah kemenangan beliau.
Namun pada 16 Mei 2018, Vincent Tan telah membeli dan menjadi pemegang saham penting Syarikat T7 Global. 
Kroni Tun ini telah membeli saham syarikat yang akan membina ECRL walau ‘tahu’ ECRL akan DIBATALKAN.
Dan hari ini, Menteri Kewangan buat pengumuman projek ECRL diteruskan. 
Dah boleh agak rasanya kenapa projek ini diteruskan dan kos telah bertambah secara misteri.
Ok la tu… dari bagi pada Negara China, elok bagi pada kroni. Jimat banyak….

15 billion jimat. 

Rujukan:



14 comments:

Anonymous said...


Isu Perogol Dalam Undang-undang Islam: Jawapan Kepada Tun Mahathir

http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/isu-perogol-dalam-undang-undang-islam.html

Anonymous said...


Tun Dr Mahathir menghina Hukum Allah

https://www.youtube.com/watch?v=jyW5FuIE-cs

Anonymous said...

Tq. maklumat anda

Anonymous said...

Undang-undang Islam Vs Undang-undang Sekular Liberal Buatan Manusia

Sesungguhnya undang-undang Islam adalah undang-undang yang terbaik untuk semua manusia kerana Allah telah mencipta manusia maka Allah Maha Mengetahui undang-undang yang adil dan sesuai untuk diguna pakai oleh manusia untuk menegakkan keadilan.

Malangnya puak munafik dan puak kafir harbi sibuk mempertikai, menentang, menfitnah dan memburuk-burukkan undang-undang Islam walaupun undang-undang Islam belum dilaksanakan sepenuhnya di negara ini dan undang-undang sekular liberal telah gagal menjamin keadilan dan keselamatan untuk semua manusia di mana hanya orang kaya mampu membayar peguam untuk membela mereka sedangkan orang miskin didakwa di mahkamah tanpa peguam bela.

Bukankah ini bererti sistem keadilan sekular liberal tidak adil kepada orang miskin kerana mereka tidak mampu mengupah peguam untuk membela mereka atau untuk menegakkan keadilan ?

Bahkan selama ini, sistem keadilan sekular liberal telah gagal mengurangkan kadar jenayah yang melibatkan blue-collar crime dan white-collar crime dan rakyat hidup dalam ketakutan kerana setiap hari manusia ditipu, diperas ugut, dirogol, disiksa, dibunuh, dirompak dll tanpa belas kasihan seolah-olah manusia yang terhasil dari sistem sekular liberal telah kehilangan suara hati (conscience) dan tidak mempunyai sebarang perasaan di waktu mereka melakukan jenayah.

Penjenayah seolah-olah tidak takut pada undang-undang sekular liberal kerana mereka menganggap masuk dan keluar penjara adalah perkara biasa atau keluar masuk 'hotel'. Bahkan penjenayah amateur berpeluang berguru dengan penjenayah professional dalam penjara. Dari pencuri amateur menjadi perompak !

Bahkan sebilangan di antara mereka merasa bangga dapat melakukan jenayah seolah-olah mereka tidak boleh membezakan antara buruk dan baik dan antara pahala dan dosa besar. Inilah akibat dari pemerintahan kerajaan sekular yang amat mementingkan hedonisme dan kehidupan dunia sahaja dan meremehkan agama Islam dan menolak ajaran Islam dan undang-undang Islam.

Sebilangan rakyat menjadi buta hati dan jahil murakkab kerana hati mereka telah menjadi hitam berkarat kerana sistem pendidikan sekular liberal mementingkan kecemerlangan dalam akademik mengabaikan pendidikan Islam dan akhlak Islam.

Sebenarnya manusia sesat lagi menyesatkan menentang dan menghina undang-undang Islam seperti Hudud kerana sama ada mereka adalah munafik atau jahil murakkab atau mereka suka melakukan kemungkaran dan kesesatan seolah-olah kemungkaran dan kesesatan seperti arak, judi, zina, bunuh, murtad dll telah menjadi sebahagian dari darah daging mereka sendiri. Pendosa-pendosa ini ini amat takut pada hukuman berat yang terdapat dalam Hudud dll.

Apakah hukum ke atas orang-orang yang sengaja menentang, menghina, mempertikai, memburuk-burukkan, menfitnah atau mempermain-mainkan Hudud yang berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah?

Jawapan:

Allah telah berfirman yang bermaksud dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

(Al-Maaidah 5:44)



Ini bererti undang-undang Islam mampu mencegah jenayah kerana undang-undang Islam ditakuti oleh kepala bapak penjenayah dan kuncu-kuncu mereka. Orang yang bermoral tinggi dan orang-orang yang beriman tidak perlu takut pada Hudud dll kerana hukuman Hudud adalah untuk pesalah-pesalah sahaja !

Oleh sebab itu, marilah kita semua umat Islam kembali kepada ajaran Islam dan bersatu padu menyokong parti Islam PAS pimpinan ulama Islam untuk menubuhkan kerajaan Islam dan berjuang menegakkan ajaran Islam dan membela hak umat Islam dan menentang kemungkaran dan kesesatan.

Anonymous said...

Sahih ke ni ada pertambahan 15 billion? Mana bukti? Mustahil arrangement Pakatan akan lebih membazir drpd Barisan. Klu lebih jimat drpd harga yg BN announce itu logik dan boleh dipercayai sbb kebiasaannya BN sure akan markup gila2 dlm semua projek waima buat pagar sekolah pun. Ini jelas fitnah. Takkanlah Pakatan markup lagi berganda?

Anonymous said...

Vincent Tan ni bukan ke dulu PKR cemuh? Makin pelik politik Malaysia

Anonymous said...

Kalau kos tinggi melambung disebabkan 2 kali markup oleh bn dan ph, maka nak dpatkan ROI sure harga caj perkhidmatan kena tinggi. Hope rakyat waktu tu jgn complain. Tapi dalam masa yg sama jgn la tak support pulak ecrl disebabkan tambang mahal. Nnt terbengkalai. Dh pulak satu hal nnt govmnt nak bail-out.

Anonymous said...


Jawapan untuk Anon 1:37 AM:

Anon 1:37 AM adalah sangat naif kerana mempercayai rejim pakatan secara membabi buta seolah-olah rejim pakatan adalah 'suci'. Lihatlah lge sendiri yang telah didakwa di mahkamah kerana kes rasuah. Sucikah dia?

KUALA LUMPUR: The total cost of the East Coast Rail Link (ECRL) project, previously announced as RM55 billion, is inaccurate, Tun Daim Zainuddin said.

The chairman of Malaysia’s special economic council said RM55 billion is only the first phase of the project. The second phase would cost another RM11 billion.

“If you take into account interest rates and all, it would probably be much more,” he said at a press conference here.


Source: https://www.nst.com.my/business/2018/05/370832/ecrl-total-cost-more-rm55b-daim

Anonymous said...


Apa lah yang di sibuk kan oleh pembangkang ? UNNO kita faham sebab kena lantik ketua samada nak kekal kan yang ada atau ganti yang baru.

Tapi yang PAS ...

Jangan bila dah buat perjanjian yang sah baru nak bangkit.

Apa pun PH tidak sorokkan jumlah kos tersebut. Ini mungkin kerana ada beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Wallahualam.

Anonymous said...

Padan muka penyokong PH...yang kaya kroni PH..hangpa merempat anak beranak duk rumah flat Sewa..hahaha

Anonymous said...

Betul2...bila kena jamu rumah terbuka makan free..penyokong PH angkut anak beranak dapat makan free..kesian..sebab apa jimat duit belanja...yang billion2 kroni..sebab hangpa pilih..tu pun Masih ego..

Anonymous said...

George Soros dulu mungkin ramai yg masih ingat. Kambing hitam mahathir masa zaman gelap ekonomi msia. Kejujuran nya baiki msia tak pernah luntur dr keraguan. Dpt kuasa lg utk selesaikan agenda dulu yg belum selesai. Anak muda mana ingat kemunafiqan yg lalu. Jenis oppotunist sejak dulu, skrang guna pentas PKR lalu menyamar sebagai penyelamat. Tema Bersatu Jahanamkan Malaysia.

Anonymous said...

Kalau k'jaan PH buat semua betol...kalau org lain semua salah...tambah 15 bilion kerana faktor tak dpt elak kepala bapak ko....bukan 15 juta atau 150 juta ye...

Anonymous said...

Masalah nye bang...yg tak sokong PH ni pun kono sekali bala ni akibat si bangang yg salah undi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails