Saturday, June 30, 2018

Mungkin Tun M Mahu Tutup PPBM Untuk Ambilalih UMNO?


Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak menolak kemungkinan untuk membatalkan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), jika masih gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) dalam tempoh ditetapkan.

Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim, berkata parti itu berdepan kemungkinan dibubarkan pendaftarannya oleh RoS, ekoran parti itu tidak mengadakan AGM walaupun sudah melepasi tempoh sepatutnya pada September lalu.

Beliau berkata, kelemahan struktur organisasi PPBM yang menyebabkan parti itu gagal mengadakan AGM seperti dikatakan Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, ia adalah tanggungjawab parti itu untuk diselesaikan.

“Memang ada kebarangkalian untuk dibubarkan sekiranya mereka tidak menunaikan tanggungjawab iaitu adakan AGM dalam tempoh ditetapkan dan kita akan lihat apa usaha serta tindakan mereka sebelum kita boleh bubarkan.

“Kalau dibaca perlembagaan PPBM, peringkat cawangan perlu mengadakan mesyuarat dalam tempoh 14 hari sebelum peringkat bahagian mengadakan mesyuarat perwakilan, manakala peringkat bahagian pula perlu mengadakan mesyuarat perwakilan dalam tempoh 60 hari sebelum AGM.

“Justeru kalau mahu sertai PRU14 dan elak dibubarkan, PPBM perlu ambil tanggungjawab selesaikan masalah dengan segera sebab yang melanggar perlembagaan mereka ialah anggota dan kepemimpinan parti itu, bukan RoS,” katanya selepas merasmikan Kursus Pengukuhan Pertubuhan Berkualiti dan Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah RoS bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini.

Yang turut hadir Pengarah RoS negeri, Mohd Mufsi Lat dan Pengarah SPRM Terengganu, Mohd Zaki Hassan.

PPBM lambat ambil tindakan

Surayati juga mempersoalkan mengapa PPBM lambat mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah parti itu yang menyebabkannya gagal mengadakan AGM sehingga hari ini.

Malah beliau berkata, PPBM hanya mengemukakan rayuan untuk melanjutkan tempoh mengadakan AGM yang sudah melepasi tempoh setahun pada November lalu selepas parti itu berdepan pelbagai isu yang menyebabkan ahlinya rasa ditipu dan hilang kepercayaan.

“Memang RoS ada terima permohonan untuk buat penangguhan AGM, tetapi penangguhan itu juga tertakluk kepada perlembagaan PPBM sendiri iaitu setahun selepas penubuhan.

“Jadi RoS kena pastikan mereka adakan AGM dalam masa terdekat ini dan mereka kena bersedialah, jangan beri alasan supaya kita selesaikan masalah dalaman itu dan akhirnya boleh buat AGM dan sertai PRU-14,” katanya.

Beliau berkata, Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang sudah dipanggil memberi keterangan kepada RoS kelmarin ada memohon untuk berjumpanya pada 30 November nanti untuk berbincang secara terperinci dan melanjutkan lagi tempoh penangguhan AGM.

Mengenai desakan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Pahang supaya ROS membatalkan pendaftaran PPBM selepas mendakwa ditipu kepimpinan parti itu, Surayati berkata, tindakan itu tidak boleh diambil selagi siasatan mengenai isu pelanggaran Akta Pertubuhan 1966 berhubung penggunaan istilah Armada belum selesai.

Beliau turut tidak menolak akan memanggil beberapa pihak lagi dalam PPBM untuk siasatan kes penggunaan istilah Armada yang tiada dalam perlembagaan PPBM sekiranya perlu.

FB Biswardi

6 comments:

Anonymous said...

Ini blog tong sampah ek! Main sumbat je dari mana2 sumber, janji dpt kutok PH kan?

Woi admin itu berita dah basi la woi! Apa daaaaaaaaaaaaa........podah!

Anonymous said...

Dah mula nak meroyan tu.. nak jawab isu tak tahu, bukan cerdik sanyat..

bunbinban said...

ni berita zaman najib ngan hadi pakai baju sedondon nih. Ni berita time hadi rasa mcm king maker dan najib money is king.kahkahkah...both tot they r kings. Kahkahkah. Sebenarnya artikel nih menunjukkan bahawa tuan blog x move on lgi, masih di alam sebelum Pru14. Tapi mmg x nafikan, cukup pedih tengok org yg di hina di keji dah jadi menteri dan timbalan menteri...kahkahkah..klau la PAS x kuar dari PR tu ari dan bersabar dgn dugaan, rasanya PAS punya MP antara yg terbanyak di parlimen dan hadi sekurang-kurangnya menteri di JPM sebagai menteri agama. nik abduh menteri KDN(sbb dia kamcing dgn CIA)kahkahkah...sabor je la. Jeng jeng jeng...x lama lgi dlm seseminggu paling cpat, maka gegaran yg mengoncangkan sel2 otak akan berlaku. Gegaran yg juga akan mengugurkan cagu2 di jari..kahkahkah.

Anonymous said...

bunbinban dah meracau!
ha ha ha . tk ajak gang mencarut lagi?

Anonymous said...

Kami penyokong tegar Pas tak rsai kekesalan tdk brsama pakatan hasutan bahkn brsyukur krn dielakkn dr brkompromi kuasa dgn kumpulan yg sgt hina di sisi islam apabila ph brtindak sedikit demi sedikit utk menghakis syiar islam di negara ini cntohnya sudah ada cadangan utk menghapuskn jakim.bhs melayu pula diturunkan martabatnya dr bhs resmi negara disamaratakan dgn bhs cina. Tak lama lagi ph akan claim negara ini bukan negara org melayu ia adalah hak org cina. Penyokong ph dr kalangan org melayu akan terus dicucuk hidung menerima apa saja yg dicadangkb dap asalkan bagi pgkat menteri dan jwtan2 yg ada dedak2 sudah memadai. Tda lagi jiwa patriotik kemelayuan dan keislaman dlm diri. Klu lge nk jual negara ini sekalipun penyokong ph dr org melayu ini akan ikut saja... malang sungguh negara ini mempunyai warga melayu dan islam spt kalian...

Anonymous said...

Bunbinban seronok jugak baca komen dia lag banyak dia komen lagi nampak puak ph cuma nak burukkan pas bukan umno betullah kalau dari baka sekuler libral islam musuh utama dia. Umno mereks tak marah sangat sebab tun m dna umno.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails