Wednesday, June 27, 2018

Mengapa Hapus Bazar Jalan TAR KL.. PH Cuba Padam Imej Melayu?




SATU demi satu imej Melayu dan Islam di negara ini mula terhakis secara perlahan-lahan sejak Pakatan Harapan (PH) mendapat kuasa untuk mentadbir kerajaan Malaysia.

Malah, pentadbiran PH juga semakin berani mula menerapkan nilai-nilai liberal dalam segala keputusan biarpun belum sampai 100 hari pun mereka ‘menakluki’ Putrajaya.
Isu terbaharu yang mengejutkan ramai rakyat Malaysia tentunya mengenai penutupan bazar perayaan sempena Hari Raya Aidilfitri diadakan setiap tahun di Jalan Masjid India serta Lorong Tuanku Abdul Rahman di ibu kota.
Semalam, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mohd Amin Nordin Abd Aziz mengumumkan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memutuskan untuk menghentikan bazar perayaan itu.
Jelasnya, ini selepas beberapa isu yang berbangkit sejak bertahun-tahun lamanya di kawasan berkenaan menjelang hari raya konon masih tidak dapat diselesaikan.
Tindakan ini dilihat tidak masuk akal memandangkan ia menunjukkan seolah-olah pihak yang bertanggungjawab itu mengambil pendekatan ‘lepas tangan’.
Sekiranya perkara tersebut merupakan masalah pengurusan, apa yang perlu dilakukan adalah mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menangani masalah tersebut.
Bukannya ambil tindakan menghentikan langsung bazar jalanan yang sememangnya ikonik dan dekat di hati pengunjung setiap kali bulan Ramadan menjelang Syawal itu.
Secara tidak langsung, bazar di kawasan tersebut telah menjadi identiti Kuala Lumpur setiap tahun yang menyaksikan pengunjung dari seluruh negara hadir ke situ berbelanja untuk hari raya.
Malah, bazar di Jalan TAR ini sendiri boleh juga dikatakan sebagai salah satu imej Melayu Islam yang terdapat di pusat bandar raya Kuala Lumpur.
Secara tidak langsung juga, bazar ini juga menimbulkan suasana untuk berhari raya kepada setiap pengunjungi yang membeli-belah di kawasan itu merasai kemeriahannya.
Jadi tindakan pihak berkuasa yang dengan senang hati ingin hapus salah satu kawasan yang menghidupkan suasana hari raya di bandar hanya kerana masalah yang tidak dapat diselesaikan seperti ‘melepaskan batok di tangga’.
Kini jelas dapat dilihat bahawa satu demi satu imej iknoik Melayu dan Islam kini mula tumbang sejak proses peralihan kuasa yang berlaku tempoh hari.
Walaupun isu seperti menghapuskan bazar perayaan di salah satu kawasan di Kuala Lumpur ini dilihat seperti satu isu kecil dan remeh-temeh, ia menunjukkan satu perubahan besar buat bandar berkenaan.
Maklumlah, bazar perayaan di Jalan TAR itu mula diwujudkan pada tahun 2003 dan selepas 15 tahun beroperasi dan dikunjungi rakyat, tahun ini menjadi tahun terakhir ia diadakan.
Dalam pada itu, pengumuman penutupan bazar tersebut dibuat oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, persoalannya di sini adalah beliau bertindak daripada arahan atasan dari pihak mana?
Sudahlah negara baru sahaja dilanda isu penggunaan bahasa Cina dalam kenyataan rasmi selain isu kajian semula Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kini kawasan ikonik yang menjadi imej Melayu dan Islam pula ditutup.
Secara perlahan-lahan, imej kononnya ‘Malaysia Baharu’ yang dibawa penyokong PH kini kelihatan seperti ke arah ‘Malaysia Liberal’. – MYNEWSHUB.CC

11 comments:

Anonymous said...

pakatan dah mula ikut setan
apa guna jadi rakyat negara ni kalau tak paham bm
dah 60 tahun medekkka
jangan bagi muka kat penditang
ini tm ingat tu
tm tetap tm
humban pakatan pru15

Anonymous said...

Ye betul..kita korek lubang besar..humban bakar je orang2 pas..dato' bandar mp mn?bodoh mukarrab tu jangan ditunjuk sangat..ibnu hasyim iblis yg ko ikot btpe?

Anonymous said...

Tutup je..buka kt lain..bikin sesak da..

Anonymous said...


Rejim pakatan terdiri dari MP kafir sebagai majoriti dan MP Melayu sebagai minoriti maka jelaslah puak kafir boleh menentukan dasar-dasar rejim pakatan. Ini juga bererti puak kafir paling berkuasa dalam rejim pakatan dan pemimpin-pemimpin Melayu terpaksa mengikut telunjuk pauk kafir. Ini juga bererti pemimpin Melayu menjadi boneka puak kafir.

Maka kita tidak terkejut jika rejim pakatan bersikap rasis terhadap agama Islam dan umat Islam termasuklah kaum Melayu Islam walaupun kedudukan agama Islam dan hak umat Islam termasuk kaum Melayu telah dijamin dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. Parti kafir harbi biaDAP telah menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam sejak sebelum PRU14 lagi dan parti kafir harbi in mendapat sokong dari pemimpin-pemimpin parti dan NGO sekular liberal. Bukti:

DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee
Published on Aug 5, 2017

https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/dap-hina-islam-kenapa-pakatan-diam-ridhuan-tee/

Apakah jenis kaum Melayu yang mengundi pakatan dan akhirnya mereka ditipu oleh rejim pakatan yang telah memungkiri semua janji dalam manifesto pakatan?

Anonymous said...

Penutupan bazaar bukan untuk hari raya je tapi untuk bazaar deepavali jugak.Pandai2 kau edit.kalau dah menipu tu tetap sampai bila2 nak menipu.

Anonymous said...


Wah barua-barua rasis ternakan biaDAP seperti barua 6:54 PM menulis Tutup je..buka kt lain..bikin sesak da.. yang ditujukan kepada bazar Melayu di jalan TAR KL.

Barua-barua rasis ini tidak pula berkata Tutup je..buka kt lain..bikin sesak da.. kepada bazar China di KL. Ada berani kah?

Padan muka orang Melayu yang undi pakatan !

Anonymous said...


imej melayu jual tapak ke yg dimaksudkan admin... ke imej mat indon tukar jd melayu... ke imej melayu yg sibuk siang malam pagi petang sepanjang ramadhan cari duit je...

bunbinban said...

fitnah lagi. Kebal sungguh puak lebai ni dek dosa2 fitnah. X reti dah camne nak nasihat lebai2 suci berdebu berlumpur nih. Kahkahkah. Dah tu bila dah jelas fitnah bkn nak minta maaf plak. Di spin cite sana sini nak menghalalkan fitnah dia. Xsabor plak nunggu berita gempa nih. Kahkahkah. Cagu di jari tetap dlm ingatan...kahkahkah

Anonymous said...

Pegi buat repot polis, mana yang fitnah. Bodoh, penakut, cakap kosong. Bagitau bos-bos awak balaci musuh Allah itu! Allah Maha Besar, lain semua kecil atas muka bumi. Peegi mampus!

Anonymous said...

petaling street tutup aja buat sesak jalan jugak
dah nampak dah puak tu mula besar keplaaa

Anonymous said...

PH mana berani dengan tok Kong.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails