Sunday, June 24, 2018

G/Eng Hampir Menangis, Gagal Pujuk Mahathir Lantik Sepupu Jadi Menteri


IPOH – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dikatakan hampir menangis apabila gagal mengotakan janjinya untuk memastikan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menganggotai jemaah menteri dalam kerajaan baru Pakatan Harapan (PH).

Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP memaklumkan perkara itu kepada Nga sebelum mempengerusikan mesyuarat tergempar parti semalam.

“Beliau (Lim) hampir menitiskan air mata disebabkan gagal memujuk ‘orang lama’ itu melantik Nga sebagai menteri,” kata sumber akhbar Malay Mail yang merujuk kepada Dr Mahathir.

Sumber tersebut turut mendedahkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak untuk melantik Nga yang juga merupakan sepupu kepada Guan Eng kerana dikatakan pernah mengeluarkan komen yang berbaur rasis. 

Ketika kempen pilihanraya yang lalu, Nga memaklumkan kepada pengundi bahawa DAP akan mempergunakan Mahathir bagi mengalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum Pengerusi PPBM itu meninggal dunia. DAP dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan Dr Mahathir itu.

“DAP tidak wajar dilayan begitu kerana sudah menyumbang banyak kerusi membolehkan PH memenangi pilihan raya lepas,” kata sumber itu lagi.

Pilihan raya umum (PRU) lepas DAP menyumbang 42 kerusi parlimen, manakala PKR yang menang sebanyak 50 kerusi berbanding PPBM yang hanya mampu meraih 12 kerusi.

DAP juga turut berjaya menyapu bersih 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berbanding Parti Amanah Negara (6), PKR (4) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (1).

DAP Perak sebelum ini didakwa mempunyai dua kem; satu diketuai Kulasegaran dan ahli parlimen Kampar Thomas Su dan satu lagi diketuai Nga dan sepupunya Penasihat DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham.

“Pihak sana menang,” kata sumber tersebut merujuk kepada ahli parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran yang dilantik menjadi menteri sumber manusia. (Suara Tv)

7 comments:

Anonymous said...


Wah wayang opera biaDAP sudah bermula. Buaya menangis menitiskan air mata buaya untuk menangkap mangsa. Penyakit dinasti biaDAP sudah mula merebak ke rejim pakatan.

Anonymous said...

Aduh Ibnu, hang semua tau....nujum dunia kot....tahi lalat kat telur guan eng pun hang tau ada 5 kah kah kah....meroyan PAS kalah...sapa nak undi PAS kalau pemimpin PAS kelakuan macam Yahudi...termasuk penulis blog ni...tak de adab kelakukan, oakai memaki, membarua, memunafik kan orang dan gunakan bahasa kesat yg tak cerminkan peribadi Islam. Hanya orang bangang yg masih undi PAS !

Anonymous said...

Dah memg munafik nak buat mcmana.

Anonymous said...

G eng menangis pun puak fitnah pas dah dasar ph musuh utama mereka pas bukan sebab pas kuat tapi sebab pas perjuangkan islam.

Anonymous said...

kepada June 24, 2018 at 7:10 AM

Aku setuju itu, "musuh utama mereka pas, bukan sebab pas kuat tapi sebab pas perjuangkan islam."
Itu kuncinya. Allahu Akbar.

Anonymous said...

Wah barua pakatan bodoh berganda-ganda sibuk menfitnah PAS di waktu rejim pakatan membuat dakwaan karut terhadap parti lawan selepas itu barulah rejim pakatan terhegeh-hegeh mencari bukti. Bangang.

Anonymous said...

Kenapa ambil cerita dongeng dan jadikan sebagai fakta? Islam ajar begini caranya? Bagaimana pula kalau ada orang buat cerita 'Hadi dan Kerajaan Terengganu merayu pada PM agar tidak pinggirkan Terengganu' atau 'Hadi melutu pada Kerajaan Pusat', bolehkah begitu?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails