Monday, June 18, 2018

Beri Keutamaan Bina Gereja Baru Di Batu Kawan -CM Penang.




KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri Pulau Pinang berjanji akan memberikan keutamaan terhadap permohonan Gereja Katolik Pulau Pinang untuk membina gereja baru di Batu Kawan.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata demikian sebagai maklumbalas terhadap permohonan yang dikemukakan oleh Bishop Datuk Sebastian Francis.
“Saya akan berbincang dengan Penang Development Corporation (PDC) sekiranya terdapat sebarang tanah rizab untuk tujuan keagamaan di Batu Kawan.
“Permohonan sebidang tanah (untuk membina gereja) di Batu Kawan (ini) akan diberikan keutamaan,” katanya ketika berucap sempena Majlis Makan Malam Amal di di Permatang Tinggi malam tadi.
Majlis tersebut bertujuan untuk mengutip dana bagi pembinaan Gereja Holy Name of Mary.
Pembinaan gereja baru itu bertujuan untuk menampung keperluan penduduk setempat yang dikatakan semakin meningkat.
Projek pembinaan gereja tersebut dijangka menelan kos sebanyak RM6 juta dan sehingga kini sebanyak RM2.1 juta telah berjaya dikumpulkan.
Kon Yeow turut menzahirkan penghargaan terhadap pihak gereja yang tidak berhenti berdoa bagi memastikan kemenangan Pakatan Harapan dalam pilihanraya umum yang lalu.
“Kami menghargai doa anda (gereja katolik) untuk membawa perubahan dan kelahiran Malaysia yang baru.
“Kami turut berharap agar kerajaan baru ini (PH) akan mendengar aspirasi rakyat, tampil dengan dasar yang baik bagi membantu Malaysia memulihkan kegemilangannya, menghilangkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan memastikan kita dapat menikmati hasil pembangunan di sini,” katanya lagi.
Terdahulu Bishop Sebastian mengucapkan terima kasih atas sumbangan kewangan sebanyak RM20,000 yang diberikan kerajaan negeri bagi menguruskan gereja tersebut.
Pihaknya turut mengumumkan gereja katolik Pulau Pinang, Johor-Melaka, Kuala Lumpur di 5 buah negeri akan menyumbangkan semua derma yang diterima pada hari Ahad minggu ini kepada Tabung Harapan bagi membantu kerajaan menyelesaikan hutang negara. – SuaraTV

4 comments:

Anonymous said...

PAN mesti sokong tu.

Anonymous said...

aku dgn agamaku.... kau dgn agama yg kau anuti
kenapa perlu takut kalau kita punya iman & akidah yg kukuh???

Anonymous said...

Janji sehidup semato...

Anonymous said...

Pas bagi peruntukkan buat kuil buddha, sama tak?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails