Monday, June 25, 2018

Bahasa, Ini LGE Jawab Sembunyi Balik PH..



Ini Malaysia Barulah, Lim Guan Eng Pertahan Guna Bahasa Cina Dalam Kenyataan Rasmi Kerajaan

PETALING JAYA – Menteri Kewangan,Lim Guan Eng hari ini merujuk Perlembagaan Persekutuan bagi mempertahankan penggunaan bahasa Mandarin dalam kenyataan rasmi kementerian beliau selepas didakwa tidak menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Dalam satu kenyataan berbahasa Mandarin, setiausaha agung DAP itu berkata, penggunaan bahasa berkenaan melambangkan pengiktirafan kerajaan Pakatan Harapan (PH) terhadap aspek kepelbagaian bahasa dan globalisasi.

“Menurut Perlembagaan Persekutuan, tiada mana-mana orang boleh dihalang daripada bertutur, mengajar atau belajar bahasa lain. Atas semangat perlembagaan, apa salahnya mengeluarkan kenyataan media yang diterjemahkan ke dalam bahasa Cina dan bahasa lain?”, tanya beliau.

Menyifatkan para pengkritiknya bersikap “perkauman”, Lim berkata beliau tidak akan tunduk kepada mereka.

“Kenyataan menteri kewangan akan terus dikeluarkan dalam bahasa Mandarin dan Inggeris,” katanya.
“Malaysia baru merupakan sebuah negara yang inklusif, saling menghormati dan pelbagai. Pada saat kita memelihara kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, kita juga perlu menguasai bahasa lain bagi meningkatkan kebolehsaingan kita,” katanya.

Antara kenyataan rasmi kerajaan PH dari Kementerian Kewangan menggunakan kepala surat Kerajaan Malaysia yang menggunakan Bahasa Cina Mandarin dalam urusan rasmi dan mengundang kritikan ramai pihak. ,

Walaupun ada pembaca Facebook yang menyokong beliau, tetapi ramai yang menyifatkan pemimpin DAP itu telah melampaui batas.
“Mesej anda mensasarkan penutur bahasa Mandarin, tetapi anda adalah menteri kewangan sekarang, yang mewakili semua rakyat di negara ini. Rakyat menyaksikan perkembangan ini dan mereka yang tidak memahami mesej tersebut berasa terhina dan tertinggal.
“Orang yang tidak menyukai anda hanya menunggu peluang untuk menjatuhkan anda,” kata pengguna Facebook, Lee Hann Min.
“Kita rakyat Malaysia, jadi untuk kenyataan rasmi, bahasa Melayu adalah bahasa pertama, diikuti bahasa Inggeris.
Pandangan itu turut disokong oleh Ameer Ali Mydin, pemilik rangkaian pasar raya Mydin.

“Semua kenyataan yang dikeluarkan di Malaysia mestilah dibuat dalam bahasa Melayu, diikuti bahasa Inggeris dan bahasa lain jika perlu.
“Jika anda berada di London, saya percaya ia akan dikeluarkan dalam bahasa Inggeris dahulu, kemudian diterjemahkan ke bahasa lain, sama ada Melayu, Mandarin atau Perancis dan sebagainya. Jika anda di China, dalam sidang media, ia akan dikeluarkan dalam bahasa Mandarin terlebih dahulu, kemudian Inggeris,” kata usahawan runcit itu. – Fmt

14 comments:

Anonymous said...


Oleh sebab bilangan MP kafir melebihi MP Melayu dalam rejim pakatan, maka puak kafir boleh mempengaruhi dasar-dasar rejim pakatan dan pemimpin-pemimpin Melayu termasuk PM terpaksa mengikut telunjuk puak kafir ini.

Maka kita tidak merasa hairan atau terkejut jika puak kafir menggantikan bahasa Melayu dengan bahasa China sebagai bahasa kebangsaan bahkan menchinakan negara ini. Sekarang pun puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi telah berani menghina agama Islam, ulama Islam, institusi Islam, Agong dan umat Islam secara terbuka.

Bahkan puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi telah berani mendesak rejim pakatan untuk menghapuskan institusi Islam seperti JAKIM, jabatan agama Islam, mahkamah syariah dll dan peruntukan untuk program Islam walaupun kita tahu Perlembagaan Persekutuan menjamin status dan hak keistimewaan agama Islam, institusi Islam, Agong, peruntukan untuk program Islam dan hak agama Islam.

Inilah akibat sebilangan Melayu bodo menyokong dan mengundi pakatan kerana mereka terpengaruh dengan pelbagai fitnah dan janji palsu yang dicipta oleh barua dan pemimpin pakatan.

Dan sekarang rejim pakatan telah memungkiri semua janji dalam manifesto pakatan maka penyokong, barua dan pengundi pakatan hanya mampu menelan kahak sahaja.

Kasihan melihat manusia bodo di'kencing hancing' oleh rejim pakatan.

Anonymous said...


Tindakan abang besar biaDAP telah menjolok mata dan mencolok mata dan menyakitkan hati rakyat dengan mengutamakan bahasa China dan meremehkan bahasa Melayu dalam urusan kerajaan telah menyebabkan rejim pakatan dikecam hebat oleh rakyat.

Tindakan abang besar biaDAP ini bererti abang besar biaDAP telah menghina:

(1) penggunaan bahasa Kebangsaan untuk kenyataan rasmi kerajaan, selaras dengan Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan.

(2) penggunaan bahasa Kebangsaan sebagai medium untuk kenyataan rasmi kerajaan juga termaktub dalam undang-undang negara.

(3) Seksyen 2 Akta Bahasa Kebangsaan, ‘Bahasa Kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi’.

Tindakan pengundi bodo mengundi parti biaDAP telah menjadikan pemimpin-pemimpin biaDAP seperti kera mendapat bunga.

Kasihan barua, penyokong dan pengundi pakatan hanya mampu menelan kahak sahaja setelah semua janji pakatan dibuang ke laut dalam dan bahasa Melayu dilayan seperti bahasa kelas 3!

Anonymous said...


Apakah jenis orang Melayu yang mengundi parti ultra kiasu biaDAP untuk menghina bahasa Melayu dan agama Islam dan menafikan hak umat Islam?

Jawapan: Bodoh sombong dan jahil murakkab!

Anonymous said...

Maka kita tidak terkejut melihat barua-barua rasis ternakan biaDAP telah menulis pelbagai komen biaDAP berunsur fitnah, maki hamun dan sumpah seranah untuk menghina agama Islam, perjuangan Islam dan umat Islam !

Mahligay, ikangay, tard manoffik dll adalah contoh barua-barua yang mempunyai otak mati kerana mencipta dan menyebarkan pelbagai fitnah dan dakwaan karut tanpa sebarang bukti untuk menghina dan memburuk-burukkan ajaran Islam, perjuangan Islam, parti Islam, ulama Islam dan umat Islam.

Anonymous said...


Orang-orang Melayu hendak lah menguasai 3 bahasa selain BM. BI.... satu bahasa lain iaitu Mandarin supaya orang cina DAP tidak boleh memperdayakan orang Melayu seperti sangkaan PAS.

Yang paling penting orang Melayu mesti berani menegur pemimpin yang amalkan rasuah dan kleptokrasi bukan sekadar seronok menegur LGE yang cuma silap tidak mengubah BM dalam urusan resmi.

Jika sifat Melayu berani menegur sejak dahulu dan tidak mementingkan diri bersangkol dengan Raja Penyamun, LGE tak berada di Kementerian Kewangan.


Anonymous said...

dah bilanag ni cina memang amau ubah tm jadi caca marbe
baru mp cina ramai di parlimen dah besar kepala
aawas bahya puak ni
ada lagi mau pbt adakan pilihan raya

Anonymous said...

Anon 6:01 PM menulis LGE yang cuma silap tidak mengubah BM dalam urusan resmi

Jawapan kita:

(1) Ejaan 'resmi' adalah salah. Yang betul ialah 'rasmi'.

(2) Adakah LGE yang cuma silap (mata?) atau sengaja membuat kesilapan untuk menunjukkan kononnya bahasa china lebih superior dari Bahasa Kebangsaan (B. Melayu) atau untuk menghina bahasa kebangsaan? Siapa keluar arahan menggunakan bahasa china dalam urusan rasmi kerajaan tersebut?

Urusan kerajaan adalah urusan rasmi yang menggunakan Bahasa Kebangsaan maka kita yakin arahan menggunakan bahasa china dalam urusan rasmi kerajaan oleh seorang menteri berbangsa China seolah-olah untuk menafikan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi kerajaan yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (ABK) serta pekeliling kerajaan persekutuan.

Anonymous said...

Anon 6:01 PM menulis LGE yang cuma silap tidak mengubah BM dalam urusan resmi

Jawapan kita:

(3) Adakah Anon 6:01 PM menulis LGE yang cuma silap tidak mengubah BM dalam urusan resmi sahaja? Bagaimana pula tentang LGE didakwa di mahkamah kerana kes rasuah? Adakah LGE 'suci' ?

Anonymous said...


Tanpa disedari oleh kaum Melayu Islam, pemimpin-pemimpin biaDAP yang bersikap rasis sedang melaksanakan Malaysian Malaysia untuk menghapuskan hak keistimewaan agama Islam, bahasa Melayu dan umat Islam termasuk kaum Melayu Islam yang menjadi penduduk asal negara ini.

Akhirnya kaum Melayu Islam menang sorak kampung tergadai setelah menyokong dan mengundi parti kafir harbi biaDAP !

Anonymous said...


Wah di waktu abang besar biaDAP bermaharajalela, parti bunga, parti mata iluminati dan parti PANdir menjadi pasu bunga diam membisu seperti syaitan bisu kerana takut pada abang besar.

Pada tahun 2050, anak, cuc dan cicit akan meludah kubur-kubur pemimpin-pemimpin yang menjadi pasu bunga kerana mengkhianati agama Islam dan
kaum Melayu Islam!

Alshams said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Habah dia tu.. I'm not Chinese. I'm Malaysian tapi bahasa rasmi Malaysia pun dia letak tepi. Cakap bangang kang, korang marah cai2 PH..

Anonymous said...


Seorang lagi peguam tempelak Lim Guan Eng soal Bahasa

PETALING JAYA: Peguam dan aktivis Azhar Harun antara yang mengkritik Lim Guan Eng, selepas menteri kewangan itu mempertahankan penggunaan bahasa Mandarin dalam kenyataan rasmi kementeriannya.

Azhar yang lebih dikenali sebagai Art Harun, berkata Lim yang mempertahankan kenyataannya bahawa beliau mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan bahasa selain bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, bersifat angkuh.

“Sebaliknya, wahai menteri,” tulisnya di Facebooknya. “Di bawah Perlembagaan Persekutuan, bahasa rasmi ialah Bahasa Malaysia.”

Beliau juga mempersoalkan Lim menggunakan bahasa Mandarin, bukannya bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan ketika menjalankan tugas rasmi.

“Janganlah angkuh dan acuh tak acuh dalam hal ini. Anda benar-benar menolaknya. Ada hadnya dalam ‘Malaysia baharu’, “katanya.

Artikel penuh boleh dibaca di:

http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/seorang-lagi-peguam-tempelak-lim-guan.html?showComment=1529922528315

Anonymous said...

Janganlah marah kami 5.39. Apa boleh buat dah silap pilih. Semua orang buat silap. Hopefully sementara nak tunggu pru15 saki baki orang melayu dalam mp dapat pertahankan apa yang perlu dipertahankan...dulu memang ada dengar dap matlamat dia nak jadikan bhs cina sebagai bahasa rasmi negara. Ingatkan dap dah buang matlamat tu lepas diterima ramai melayu. Tapi nmpknya jangkaan itu yang silap. Dap tetap dap. Matlamatnya utk menjadi 2nd pap memang takkan berubah...ramai dah kesal.. Pas dah ada depan mata as the best alternative..xpelah we learn

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails