Saturday, December 30, 2017

Siasat! Kroni Mahathir Jadi Pemaju Tanah Felda Digadai?


Pemaju Tanah Felda Digadai Kroni Mahathir?

TERBONGKAR!… Dakwaan bahawa pemilik Synergy Promenade Sdn. Bhd. (Synergy Promenade), ada hubungan rapat dengan keluarga Tun Dr. Mahathir Mohamad, perlu disiasat pihak polis.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi ketika membuat pendedahan itu berkata, siasatan rapi perlu dilakukan apatah lagi jika terdapat unsur hubungan politik antara pihak berkenaan sendiri tanpa diketahui.
Synergy Promenade merupakan syarikat yang terbabit dalam isu pemindahan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak di ibu negara untuk pembangunan projek mewah Kuala Lumpur Vertical City (KLVC).
Mohd. Puad berkata, pihak terbabit penukaran hak milik tanah Felda di Jalan Semarak dan kewujudan unsur penipuan seperti didakwa Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad, perlu dikenakan tindakan undang-undang.
“Pendedahan itu juga secara tidak langsung menafikan dakwaan liar oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan) bahawa konon warga asing mendapat hak pemilikan ke atas tanah Felda.
“Dakwaan Khairuddin ini hanya dibuat berdasarkan andaian nombor kad pengenalan dua beradik berkenaan (Noraini Soltan dan Abd. Rahman Soltan), yang ada angka 71, sehingga satu laporan polis dibuat oleh beliau.
“Walhal, ramai tokoh PKR seperti (Presiden PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, (Setiausaha Agung PKR) Datuk Saifuddin Nasution dan (Ahli Parlimen Ampang) Zuraida Kamaruddin, juga ada angka 71,” katanya.
Beliau mengulas dakwaan blogger, Lim Sian See, yang dibuat menerusi akaun Facebook miliknya, bahawa pemilik Synergy Promenade, Noraini dan Abd. Rahman, mempunyai hubungan baik dengan keluarga Mahathir.
Sian See mendakwa bahawa Noraini merupakan usahawan berjaya yang menerima pembiayaan dan latihan daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB), untuk membangunkan syarikat Spiro Plastics pada 1992 lepas.
Ketika itu, Pengerusi PNB ialah Tun Ismail Mohd Ali, yang juga abang ipar Mahathir, Pengerusi Pakatan Harapan yang belum didaftarkan sah. Ismail kebetulan juga abang kepada isteri Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.
“Dengan bantuan PNB, syarikat itu berkembang maju menjadikan Noraini dikenali sebagai vendor Proton, malah beliau sering berperanan sebagai pengerusi penganjur beberapa Persatuan Vendor Proton (PVA),” dakwanya.
Mahathir, 92, juga didakwa rapat dengan PVA termasuk menghadiri program mereka dan kerap membincangkan isu persatuan tersebut, malah anak beliau sendiri, Datuk Seri Mukhriz juga didakwa ada kaitan dengan Noraini.
Justeru, Mohd. Puad berkata, pihak pembangkang tidak seharusnya cuba mempolitikkan isu tanah Felda berkenaan konon cuba digadai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pihak luar kerana ia tiada kaitan pun.
“Apa yang penting, Perdana Menteri sendiri sudah mengarahkan audit forensik dibuat terhadap kes berkenaan,” katanya yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

4 comments:

mahligaiseni said...

SIASATLAH. SILA. SANGAT DIALU-ALUKAN. JANGAN KIRA SIAPA, SIASAT. YANG TAK BAGUSNYA TAK SIASAT. YANG TAK BAGUSNYA JUGA, SIASAT TU KERANA ORANG YANG DISYAKI ITU ADA KAITAN DENGAN PIHAK LAWAN. SEPATUTNYA CEPAT SIASAT. HASIL SIASATAN ITU TERJUMPALAH BAHAWA ORANG ITU DAN ORANG INI BERSALAH. JANGAN PULA, DAH SYAK ORANG ITU DAN ORANG INI ADA KAITAN (PIHAK LAWAN), MAKA BARU NAK SIASAT. ITU MENYALAHI AJARAN AGAMA. ITU MEMALUKAN ISLAM.

Puaka Rimba said...

Tetiba je abg Lobai seolah olah mengakui yg TUN M punyai kuasa dalam Felda. Boleh beri arahan sesuka hati. Come on ! A bang Lobai. Jangan terlebih DNA UMNO nya. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Abang lobai tidak mempunyai DNA sekular atau liberal yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Yang jelas ialah 'puaka' ternakan dedak mempunyai DNA liberalisme dan ultra kiasu yang menentang Islam. Maka tidak hairanlah 'puaka' suka mencipta dan menjaja fitnah untuk memburuk-burukkan ulama Islam dan parti Islam semata-mata kerana ulama Islam dan parti Islam membela agama Islam dan hak umat Islam.

Jika Nabi Muhammad s.a.w. memuliakan ulama Islam sebagai Pewaris Nabi, 'puaka' dedak roket pula menghina ulama Islam. Maka jelas 'puaka' adalah sesat dan menyesatkan.

Anonymous said...



Nujum Pak Belalang, Perompak @ Penyamun Kira Duit:

https://www.youtube.com/watch?v=T2dK4ES-vQk

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails