Thursday, December 28, 2017

4 Juta Lebih Wanita Saudi Jadi Anak Dara Tua. Mengapa?



Eramuslim - Jumlah wanita Arab Saudi yang kini melewati usia berumah tangga mencapai empat juta orang pada tahun 2015, dan dalam laporan terbarunya menunjukkan jumlah ini semakin meningkat.

Antara masalah yang paling membimbangkan dan merisaukan untuk banyak keluarga ketika memikirkan masa depan anak perempuan mereka.

Imam sebuah masjid di Bandar Al-Ahsa, Dr Ahmed Albo Ali berkata, jumlah wanita Saudi yang melewati usia berumah tangga pada 2005 adalah 1.5 juta tetapi melonjak empat juta pada tahun 2015. Ini bermakna dua pertiga wanita Saudi berusia lebih 30 tahun gagal bertemu jodoh sejak 10 tahun yang lalu, tulis Saudi Gazette.

Aktivis sosial, Ahmed Al-Otafi berkata, keadaan berlaku kerana kebanyakan wanita Arab Saudi kini lebih berminat meneruskan pengajian dan ada juga kerana keluarga masing-masing tidak membenarkan mereka berkahwin.

Di samping itu, lebihan wanita kerana lebar janda kematian suami, atau kerana kes perceraian.

Menurut Ahmed, para janda enggan berkahwin lagi atas alasan utama, lelaki negara memilih memilih pasangan yang belum pernah berkahwin.

Pengarah Pembangunan Keluarga di Bandar Al-Oyun, Muhammad Al-Saleem berkata, wanita yang sudah bercerai selama dipandang serong oleh masyarakat Saudi, menyebabkan mereka juga enggan berkahwin lagi.

Sebelum ini, kajian tahun 2015 yang dilakukan oleh penyelidik di Universiti Islam, Ali Al-Zahrani, mendedahkan jumlah dara tua di Arab Saudi kala itu kira-kira 4 juta meningkat 1.5 juta dari tahun 2010. Ertinya ada penambahan 1.369 jomblo dalam setiap harinya.

Menurut pakar masalah sosial Arab Saudi ini, selain masalah perceraian, penyebab utama tingginya angka dara tua di negaranya adalah kerana tingginya mas kawin (mahar) yang biasa diminta pihak perempuan atau keluarganya. (PM / Ram)


Lihat sebelum ini..

1 comment:

Anonymous said...

4 juta anak dara Arab tua? Wah saya dengan sukarela mahu menjadi suami mereka. Sudikah tuan Ibnu Hasyim membantu saya yang mempunyai darah keturunan Arab-Melayu?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails