Wednesday, December 27, 2017

Gadis Taksub Kepada Bintang K-Pop Kim Jong-hyun Yang Dah ...


 BINTANG K-POP, KIM JONG-HYUN 
SEORANG gadis dilihat terlalu taksub dengan insiden pemergian bintang sehingga mengeluarkan status yang tidak masuk akal. 
Berdasarkan sebuah petikan skrin menerusi aplikasi Wechat, gadis yang dikenali dengan nama Mieya itu dilihat seolah-olah masih belum dapat menerima kematian mendiang.penyanyi kumpulan K-Pop SHINee, Kim Jong-hyun pada 18 Disember lalu akibat bunuh diri. 
Penyanyi itu dilaporkan mati akibat keracunan karbon monoksida dengan menyalakan briket arang batu di dapur rumahnya. Untuk pengetahuan umum, kaedah penyalaan briket arang batu adalah suatu kebiasaan yang dilakukan oleh masyarakat di Korea apabila seseorang ingin membunuh diri.
Ternyata pemergian bintang itu tidak dapat diterima para peminat sehinggakan terdapat segelintir individu yang sanggup bertindak di luar kotak minda! Kisah ini bermula apabila gadis tersebut mengadu domba dalam aplikasi berkenaan dengan memberitahu bahawa tiada lelaki yang sudi menerima dirinya kerana sikapnya yang taksub akan fenomena K-Pop.
Kemudiannya dalam satu lagi posting yang berlainan, dia berkata pula dirinya rindu akan mendiang Jonghyun yang telah pergi beberapa hari lalu.
Berikut adalah perkongsian melucukan berkenaan :
“Tak tahu la, tengok sahaja mendiang Jonghyun confirm air mata keluar. Sumpah aku cakap aku tak boleh lupa dekat oppa Jonghyun ni.
“Oppa, mieya nak cakap ni oppa pergilah jumpa bapak mertua oppa dekat syurga dulu ye. Nanti mieya menyusul daripada belakang,” tulisnya.
‘Hiba’ sungguh!
Ketaksuban Mieya itu telah menjadi bahan ketawa netizen di media sosial, dengan ada yang mempersoalkan mengapa gadis itu mahu terlalu emosi terhadap seseorang yang tidak mengenali dirinya langsung semasa dia masih hidup.
Minat yang mendalam terhadap seseorang selebriti itu perlulah berpada-pada, jangan terlalu obses sehingga tersasar jauh daripada landasan pemikiran yang normal sudah lah!
Sila lihat..


5 comments:

Anonymous said...

Obsessi (obsession) adalah tanda penyakit mental jika seseorang gagal mengawal tingkah laku yang melampau.

Anonymous said...

Alahai Ibnu Hasyim cerita karut marut macam ni pun engkau nak hebohkan,carilah cerita bagus sikit.Cerita bomoh Mah kah,Zahid Komidi kah,Lanun Bugis kah baru ada power.Atau cerita Haji Hadi yang malu2 kucing dengan jawatan PM.kah...kah...kah....

Anonymous said...

Tindakan artis kpop membunuh diri jelas membuktikan hiburan nafsu serakah (hedonisme) telah gagal memberikan kesejahteraan dan ketenangan hati kepada manusia.

Sebenarnya telah ramai artis kafir telah membunuh diri kerana hiburan hedonistik telah gagal memberi ketenangan dan kedamaian kepada artis itu sendiri dan pengikut mereka di timur, barat, utara dan selatan.

Anonymous said...

Sebilangan manusia jahil bersedih, meratapi dan merintih dan menangisi kematian artis kpop yang telah membunuh diri.

Malangnya mereka tidak menangisi atau bersedih setiap umat Islam ditindas, disiksa atau dibunuh di Myanmar, Palestin, China dll.

Bukankah kita sepatutnya bersimpati dengan umat Islam tersebut?

Paul Baggio said...

Bodoh nak mamposs punyer betina garit melayup!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails