Friday, December 29, 2017

Rasuah: PAS Cabar Izinkan Semua Pihak Siasat. -Abd. Hadi.



Terengganu: “PAS mengizinkan semua pihak untuk menyiasat kalau ada yang melakukan rasuah dalam kerajaannya mengikut cara yang adil tanpa fitnah semata-mata,” demikian kata Presiden PAS Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang dalam laman twitternya.

Menurut Dato’ Seri Haji Abdul Hadi, rasuah termasuk dalam dosa besar yang dilaknat Allah dan boleh merosakkan seluruh kehidupan manusia kerana ia mempengaruhi segala keputusan dan kelulusan. 

“Besarnya dosa rasuah kerana merosakkan seluruh kehidupan manusia, kerana merosakkan pentadbiran, pengurusan, kehakiman, membawa kesan negatif dalam kegiatan politik, ekonomi sehinggalah alam sekitar dan lain-lain. Ini disebabkan rasuah mempengaruhi segala keputusan dan kelulusan.”

Tambah Ahli Parlimen Marang ini lagi, kejatuhan kerajaan pimpinan PAS bukan kerana rasuah sebaliknya PAS berjaya menegakkan kerajaan yang bersih daripada rasuah di semua negeri khususnya Kelantan. 

“PAS yang berusaha menghayati Islam berjaya menegakkan kerajaan yang bersih daripada rasuah di semua negeri yang diperintahnya khususnya Kelantan sehingga kini, kejatuhan kerajaannya bukan kerana rasuah.” 

Beliau juga berkata, PAS tidak melindungi dan mempertahankan individu yang terlibat dengan dosa rasuah dalam kerajaan parti itu dan mengalu-alukan siasatan dan tindakan diambil ke atas mereka yang terlibat. 

“PAS sentiasa membuka pintu sepanjang masa kepada semua pihak kalau ada terpandang berlakunya dosa besar ini untuk disiasat dan diambil tindakan. PAS tidak melindungi dan mempertahankan sesiapa yang melakukan dosa ini dalam kerajaannya.”

Demikian sumber lapor menara.my/


Lihat sebelum ini..

1 comment:

Anonymous said...

http://www.pisau.net/mengapa-harga-banglo-terlajak-murah-dan-lim-guan-eng-seorang-yang-cemerlang/

Mengapa Harga Banglo Terlajak Murah Dan Lim Guan Eng Seorang Yang Cemerlang

1.Entah kenapa sejak kantoi banglo terlajak murah ,jawapan jawapan Dap untuk membela tokong amat melucukan..

Mungkin hanya penganut dan penyembah Tokong Dap sahaja akan percaya dengan jawapan dan alasan ini.

2.Berapa banyak Dap jual tanah demi kesejahteraan pemaju?

Kampung melayu diroboh demi membina perumahan mampu tengok.. pukul canang seantero malaya kononnya hasil kerajaan negeri Surplus walhal hasil daripada jual tanah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails