Thursday, December 28, 2017

Bisnes Baru, Lelaki Untuk Disewa. Kerana Ramai Wanita Bujang.

lelaki disewa


INI suatu bisnes baru di China? Bukan sahaja produk-produk berbentuk material boleh disewa, malah kekasih-kekasih lelaki juga boleh disewa. Mungkin juga hal ini berlaku kerana terlalu banyak wanita bujang di China.

Kekasih untuk disewa ini mendapat permintaan yang tinggi daripada kaum wanita yang masih bujang, yang mahu menyewa lelaki untuk dijadikan peneman.
Perkhidmatan sewa lelaki ini telah disediakan di sebuah pusat beli belah di Haikou, China. Lelaki kacak boleh disewa pada kadar 11 yuan sejam.
Menurut pusat beli-belah itu, pelanggan boleh menyewa lelaki untuk dijadikan kekasih sementara dan bagi tujuan itu, enam lelaki telah disediakan.
Kesemua lelaki itu bujang dengan ketinggian enam kaki. Lelaki kacak ini dimasukkan ke dalam kotak dan wanita yang mahu menyewa mereka perlu menggunakan imbasan pada kod QR di luar kotak.
Tiada deposit dikenakan. Seorang wanita dibenarkan menyewa seorang lelaki sehingga sejam dengan syarat penyewaan itu hanya boleh dilakukan di dalam kompleks beli belah, tidak dibenarkan keluar.
Menurut pekerja di jabatan perancangan pusat beli belah itu, Stacy Tian, perkhidmatan terbabit disediakan selepas mereka mendapat idea di mana budaya berkongsi semakin popular di China. Maka mereka mereka perkhidmatan untuk membantu kaum wanita meraikan perayaan walaupun pada tempoh singkat.
“Terlalu banyak wanita bujang di China,” katanya. (IH)

  

Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails