Sunday, December 24, 2017

Anak Singa Ini, 'Palestin', 'Baitulmaqdis', 'Erdogan' Untuk Dijual..


GAZA: Pemilik zoo persendirian di Semenanjung Gaza mengiklankan tiga anak singa untuk dijual kerana sudah tidak mampu memberi makan kepada mereka.
Mohammad Ahmad Jumaa menggunakan media sosial untuk mengiklankan haiwan berkenaan pada harga AS$5,000 (RM20,000) setiap seekor.
"Disebabkan keadaan ekonomi yang teruk dan kesukaran mendapatkan makanan dan minuman untuk mereka, saya terpaksa menjual tiga anak singa yang dilahirkan sebulan lalu," katanya.
Jumaa berkata, beliau memerlukan wang untuk membayar kos pemeliharaan haiwan kesayangannya iaitu dua singa jantan dan tiga singa betina.
Jumaa, yang memiliki zoo di Rafah yang bersempadan dengan Mesir selama 23 tahun, berkata memberi makan kepada haiwannya menelan belanja AS$345 (RM1,407) sebulan.
Beliau menamakan tiga anak singa itu sebagai Palestin, Baitulmaqdis dan Erdogan, sempena Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Jumaa menerima panggilan mengenai iklan di Facebook itu tetapi setakat ini tidak berjaya menjual anak singa berkenaan. - AFP
Lihat sebelum ini..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails