Tuesday, December 26, 2017

Perayaan 'perang' Bunga Api, Adakah Ianya Baik? 22 Melecur..

22 orang melecur dalam 'perang' bunga api Perayaan itu melibatkan perang bunga api antara dua bandar berjiran dan diadakan setiap malam sebelum Krismas (foto: APTN Video)

REMEDIOS, CUBA: 22 orang melecur akibat terkena letupan bunga api di sambutan perayaan Parrandas di Remedios, Cuba. Insiden itu turut mengakibatkan 2 cedera parah.

Enam kanak-kanak berumur 11 ke 15 tahun adalah antara yang cedera, dari serius ke kritikal, dalam insiden tersebut. Semua mangsa adalah warga Cuba.
Detik-detik ketika berlaku letupan bunga api yang mengakibatkan kecederaan di sambutan perayaan Parrandas di Remedios, Cuba (foto: APTN VIDEO) Detik-detik ketika berlaku letupan bunga api yang mengakibatkan kecederaan di sambutan perayaan Parrandas di Remedios, Cuba (foto: APTN VIDEO)

Perayaan Parrandas melibatkan ‘perang’ bunga api antara dua bandar berjiran dan diadakan setiap malam sebelum Krismas. Saban tahun perayaan Parrandas menarik pelancong dari dalam dan luar negara. Pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian.

Baikkah cara menyambut perayaan begini?

Lihat sebelum ini..

2 comments:

Anonymous said...

Selepas berbalas tembakan bunga api antara bandar di Cuba, eloklah Cuba dan Amerika berbalas peluru berpandu untukmenghasilkan kepala bapak bunga api yang lebih besar untuk memeriahkan lagi perayaan mereka.

Harez said...

Teringat zaman kanak2 bila baca berita budak2 kudung tangan atau meninggal sbb bermain meriam buluh utk sambut aidilfitri

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails