Wednesday, December 27, 2017

Pas S'gor Ambil Balik Kerusi Dipinjam.. Tanding 42 Dun, 20 Parlimen?


Foto PAS Selangor.
AIDCNews -26/12/17 –Bagi menghadapi PRU 14 yang bakal diadakan tidak lama lagi, PAS Selangor telah membayangkan akan mengambil kembali kerusi Parlimen dan DUN yang pernah dipinjamkan kepada PKR pada PRU sebelum ini.
Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir berkata partinya bersedia untuk bertanding di 42 kerusi DUN dan 20 kerusi Parlimen di peringkat negeri.
Sedangkan pada PRU 13, PAS Selangor bertanding 20 kerusi DUN dan 7 kerusi Parlimen sahaja.
Ini bermaksud pada PRU 14 nanti, PAS Selangor bukan sahaja bakal mengekalkan calon di tempat yang pernah ditandingi sebelum ini, malah bakal bertanding di kerusi-kerusi DUN dan Parlimen yang telah dipinjamkan kepada PKR sebelum ini.
“Contoh kerusi DUN Sementa yang sekarang diwakili (ADUN PKR) Dr Daroyah, dahulunya kerusi PAS.
“Sekarang dalam keadaan kita (PAS) tidak ada hubungan politik (dengan PKR), PAS (Selangor) telah membuat keputusan yang telah diumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri (Ustaz Sallehen Mukhyi) bahawa PAS akan bertanding 42 kerusi DUN dan sekurang-kurangnya 20 kerusi Parlimen, “kata Roslan Shahir.

Lihat sebelum ini..


10 comments:

Anonymous said...

Kami PAN mendapat redha DAP tauuu. PAN menang DAP senang.

ikan said...

jangan lupa din ayam tau.

mahligaiseni said...

Silakan, PAS. Pertandingan sangat dialu-alukan. Sila...

Anonymous said...

Kita umat Islam sokong parti Islam PAS bertanding menentang PH dan BN di seluruh negara dan kita akan menyokong dan mengundi parti PAS supaya PAS boleh menubuhkan kerajaan Islam yang boleh melindungi dan membela hak agama Islam dan umat Islam di negara ini.

Umat Islam adalah rakyat majoriti (65%) di negara ini. Jika semua umat Islam bersatu, kerajaan Islam boleh dibentuk.

Parti sekular, liberal dan kafir harbi telah gagak membela hak agama Islam, umat Islam dan rakyat.

Anonymous said...

Pembetulan:

Parti sekular, liberal dan kafir harbi telah GAGAL membela hak agama Islam, umat Islam dan rakyat.

Anonymous said...

Kami pas pun kalau bn menang kami dapat numpang tuah mic mca gerakan pbs. Kami oun nak juga rasa senang nikmay duniawi.

Anonymous said...

Betul2 sesanagat. Tengoklah negeribyg kami perintah sekarang. Makmur indah n negeri terbeesih di msia. Peluang oekerjaan melimpah ruah n rakyat hidup senang n bahgai. Tiada yg miskin.

Anonymous said...

Wah negeri yang diperintah oleh rejim ultra kiasu roket yang paling hebat:

Berpuluh kampung kampung Melayu @ umat Islam dan gerai perniagaan Melayu Islam dirobohkan oleh rejim roket untuk menghalau kaum Melayu Islam keluar dari negeri yang diperintah oleh rejim roket.

Malangnya orang Melayu tidak mampu membeli rumah berharga RM 1 juta ke atas maka orang Melayu Islam terpaksa keluar dari negeri jajahan rejim roket.

Hanya kepala bapak roket yang mampu membeli banglo terlajak diskaun dari amoi kroni roket. Rakyat biasa tidak ditawarkan banglo terlajak murah. Mengapa? Kesian juga melihat kepala bapak roket terketar lutut sejak keluar masuk mahkamah.

Pemimpin parti liberal Melayu berlagak seperti lembu kekenyangan yang dicucuk hidung selepas makan dedak cap roket. Mereka tidak peduli rejim roket menindas kaum Melayu Islam.

Anonymous said...

Pemimpin-pemimpin PAS mempunyai rekod yang bersih dari rasuah dll.

Bagaimana pula rekod pemimpin ultra kiasu roket? Skandal tanah, skandal banglo terlajak murah, skandal kertas kerja RM300 juta, skandal projek mega dll?

Anonymous said...

Barua dedak roket 11:10am bodoh bertingkat kerana cuba menyamar menjadi ahli pas. Woi kayu...simpanlah sikit bodoh kamu itu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails