Saturday, December 30, 2017

Masalah Artis Hijrah, Tak Mahu Dedah Aurat Lamanya Diulang Siar.


Norkhiriah berharap agar drama lakonannya ketika dia belum menutup aurat tidak lagi disiarkan. Foto Insgtam @noorkhiriah
HALAMAN HIBURAN

PELAKON Norkhiriah berharap permintaan dia agar drama lakonannya sebelum menutup aurat tidak lagi diulang siar tidak disalahertikan.

Norkhiriah atau Norkhiriah Ahmad Shafie, 40, sebaliknya berkata, permintaan itu dibuat kerana dia berasa takut akan dosa yang perlu ditanggung apabila orang lain melihatnya dalam keadaan tidak menutup aurat.


"Maafkan saya andai kata permintaan itu di luar kemampuan yang tidak sepatutnya dan andai ada terasa hati.
"Itu aurat saya, dosa saya... Saya mungkin tiada hak untuk menyekat tetapi dengarlah suara hati saya.

"Saya belum sempurna namun saya takut akan murka Allah daripada murka manusia," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Terdahulu, Norkhiriah menerusi Instagram miliknya ada meninggalkan komen meminta stesen televisyen tidak lagi mengulang siar drama lakonannya selain perkara berkaitan ketika dia belum menutup aurat.


Bagaimanapun pelakon drama Bedah Tong Gas ini memadam komen kerana ingin mengelakkan salah faham dalam kalangan pengikutnya. Dalam pada itu, Norkhiriah berkata, dia sendiri berasa malu melihat penampilannya sebelum ini namun sedar ia adalah satu proses pembelajaran.

"Saya sendiri tengok aurat saya, Masya-Allah kenapalah begitu rupanya tapi bila difikirkan tiada salah tak datang betulnya.
"Ketika rambut saya mengerbang, maafkan saya. Saya jahil lagi hina, saya pendosa yang ingin ke syurga.
"Kata orang yang lama jangan dikenang maka harap tiada lagi yang diulang tayang selepas ini," ujarnya.


Sementara itu, Norkhiriah yang pernah mengeluarkan kenyataan ingin meninggalkan dunia seni memberitahu kenyataan dibuatnya itu satu kesilapan. Ini kerana kata Norkhiriah, lakonan masih tersemat dalam jiwanya dan apa diluahkan sebelum ini adalah datang daripada perasaan kecewa.

 Norkhiriah bersama keluarga.

"Saya belajar satu perkara jangan buat keputusan ketika dalam keadaan marah dan apabila saya cakap nak berhenti berlakon ia adalah satu kesilapan.
"Lakonan sudah sebati dalam diri saya selepas 20 tahun bergelar pelakon dan perasaan rindu hendak kembali ke set penggambaran itu sentiasa ada," katanya.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebenarnya, masalah artis berhijrah, tidak mahu dedah aurat lamanya diulang siar itu bukan masalah baru, sudah lama tetapi tidak diambil berat oleh pihak berwajib. Mereka memandang remeh dalam hal ini, tidak pedulikan pahala dosa dalam kehidupan rakyat. 

Apakah masih tidak bertemu lagi jalan selesainya? Masih belum cukup cerdikkah kerajaan Malaysia dalam mengatasi masalah ini? (IH)


Lihat sebelum ini..


3 comments:

Anonymous said...

Dajal, syaitan dan iblis tidak suka manusia kembali kepada ajaran Islam. Mereka mahu manusia melakukan maksiat dan kesesatan supaya pendosa boleh menemani mereka di dalam neraka.

Contoh syaitan ialah puak liberal dan kafir harbi.

Anonymous said...

Lebai pun boleh "tergelincir" inikan pula orang biasa..
he5..

Anonymous said...

Lebai pun boleh "tergelincir" inkan pula orang biasa..
he5..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails