Wednesday, December 27, 2017

K/Puteri UMNO Tawau Nafi Beliau Terlibat Seludup Dadah..




TAWAU – Ketua Puteri UMNO Tawau Nazliah Ali hari ini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau berhubung kenyataan fitnah terhadap dirinya oleh tiga akaun Facebook.
Beliau berkata fitnah yang turut tular di aplikasi WhatsApp itu kononnya beliau merupakan wanita yang ditangkap oleh pihak berkuasa Indonesia kerana menyeludup dadah ke republik itu merupakan satu pembohongan, tuduhan jahat dan tidak berasas terhadap dirinya dan parti UMNO.
“Tuduhan itu mengaibkan serta menjatuhkan maruah saya sebagai ketua Puteri UMNO Bahagian Tawau dan secara tidak langsung mencemarkan imej baik Puteri UMNO Sabah serta Puteri UMNO Malaysia.
“Tidak ada mana-mana anggota UMNO Tawau terlibat dengan tuduhan berat sedemikian,” tegasnya dan meminta pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat dan mengambil tindakan terhadap individu yang memfitnah serta menularkan perkara tidak betul itu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di IPD Tawau di sini selepas membuar laporan itu, Turut hadir Naib Ketua Puteri UMNO Sabah Zakiah Kalipunya dan kira-kira 20 anggota Puteri UMNO Tawau.
Sejak semalam tiga akaun Facebook berkenaan memuat naik kenyataan berbaur fitnah itu terhadap Ketua Puteri UMNO Tawau di laman sosial masing masing dan kenyataan tersebut turut tular di WhatsApp.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat rasmi daripada pihak berkuasa Indonesia berkaitan penahanan wanita Malaysia itu yang dikatakan dari Tawau.
Pada Jumaat lalu, portal Tribunes News melaporkan pihak berkuasa Indonesia menggagalkan usaha seorang wanita Malaysia menyeludup masuk kira-kira dua kilogram dadah jenis syabu melalui pelabuhan Nusantara Parepare Sulawesi Selatan (Sulsel), Indonesia. – BERNAMA

  

Lihat sebelum ini..

2 comments:

Anonymous said...

http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/anak-husam-musa-ditahan-miliki-200-biji-pil-kuda/

Anak Husam Musa Ditahan Miliki 200 Biji Pil Kuda

KUALA LUMPUR – Anak lelaki Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa telah ditahan kerana memiliki 200 biji pil kuda, petang Sabtu (semalam).
Bagaimanapun, Husam mengatakan bahawa beliau hanya mengetahui perkara tersebut daripada rakannya kerana polis belum memaklumkan kepada beliau bahawa anaknya Ahmad Syafi telah ditahan.



“Saya hanya mendapat tahu anak saya, Ahmad Syafi direman di Mahkamah Kota Bharu atas tuduhan memiliki pil kuda jam 5.22 petang tadi, apabila seseorang menghantar imej laporan Malaysiakini melalui WhatsApp.

“Sehingga kini, tiada pemakluman rasmi oleh polis dibuat kepada saya mengenai penahanan itu.

“Juga tiada pemakluman polis bahawa beliau akan dibawa ke mahkamah untuk tahanan reman pagi tadi. Saya juga tidak diberitahu sehingga kini di mana anak saya ditahan,” katanya dalam catatan di Facebooknya kira-kira sejam yang lalu.

Kata ADUN Salor itu lagi, penahanan anaknya oleh beberapa orang lelaki itu dimaklumkan oleh jirannya.

Tambah Husam lagi, beliau akan mengeluarkan satu lagi kenyataan rasmi setelah maklumat dan butiran penuh didapati daripada pihak polis.

Dalam pada itu. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Ismail Mat Sidik memetik laporan Harian Metro mengesahkan suspek berusia 29 tahun itu ditahan jam 3.30 petang tadi kerana memiliki 200 biji pil kuda.

Katanya, lelaki itu ditahan di depan sebuah rumah di Jalan Pasir Mas-Salor, Kota Bharu, semalam.

Beliau berkata, berlaku pergelutan antara sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu dengan suspek sebelum dia ditahan.

“Suspek dibawa ke Mahkamah Kota Bharu untuk mendapatkan perintah tahanan reman selama 4 hari bermula hari ini sehingga Rabu ini.

“Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya kepada akhbar itu. – MYNEWSHUB.CC

Anonymous said...

Minta maaf, saya kena buka Aib PAN kerana siber terompah PAN dah tahap gaban menfitnah orang pengedar dadah. Inilah PAN, perbuatan fitnah adalah halal asalkan DAP bahagia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails