Tuesday, December 26, 2017

Inikah Bukti ADUN PAS Lompat Parti ..




AIDCNews -25/12/17 –PKR diingat supaya tidak terlalu teruja dengan khabar angin yang mendakwa sebilangan ADUN PAS Selangor yang akan melompat parti menyertai parti Keadilan menjelang PRU 14.
Menyifatkan isu itu sekadar politik murahan, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir berkata PKR tidak perlu bimbang kerana pada PRU 14 nanti PAS akan menuntut balik beberapa kerusi yang dipinjamkan kepada PKR sebelum ini termasuk di DUN Sementa yang diwakili Timbalan Ketua Wanita PKR Selangor, Dr Daroyah Alwi.
“Cukup-cukuplah politik murahan begini.
“YB Dorayah patut pastikan DUN Sementa tu selamat buat beliau kerana PAS akan menuntut balik kerusi tradisi PAS ini dalam PRU ke 14 ini.
“Jentera kami sudah bersedia dan tak sabar memberikan hak dan keadilan kepada rakyat di Sementa yang selama ini dahagakan khidmat wakil yang memahami jiwa mereka.
“Tunggulah sampai entah bila orang PAS melompat ke riba YB, sementara itu kami fokus PRU 14 ini untuk menawan Sementa,”katanya dalam Facebook.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk keterujaan Timbalan Ketua Wanita PKR Selangor terhadap isu 10 ADUN PAS di Selangor yang dijangka menyertai PKR.
“Memang semalam (kelmarin) Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad memberitahu dakwaan itu sebagai khabar angin dan hanya perang siber.
“Itu pendapat beliau saja, terserah. Namun jika ada yang berminat, kita tiada halangan dan menyambutnya dengan berlapang dada,” kata Daroyah ketika ditemui pada perasmian Karnival Himpunan Anak Muda Smart Selangor 2017 di tapak skateboard Taman Seri Andalas, semalam.
Sebelum ini, Roslan berkata PAS Selangor tidak terkesan dengan khabar angin yang sengaja ditiupkan oleh sebuah portal The Malaysian Insight.
“Ustaz Sallehen Mukhyi Pesuruhjaya PAS Selangor dalam ucapannya menutup program Simulasi Pilihanraya peringkat Selangor semalam menyatakan ia satu fitnah malah jika pun benar ada yang sungguh-sungguh mahu keluar, PAS tiada masalah dan mereka dipersilakan berbuat begitu.
“Perjuangan PAS ini tidak mengemis jawatan dan kedudukan. Ianya perjuangan berjemaah dalam satu gerakan Islam yang cukup berdisiplin dan dikawal oleh tarbiyah dan pemahaman Islam yang tinggi.
“Di saat bekas rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat bersilat dan bergelut menghadapi pelbagai pertuduhan rasuah dan salah-guna kuasa, PAS terbit sebagai parti yang paling bersih dan berintegriti.
“Semoga yang girang dengan khabar fitnah seumpama ini terus gembira. PAS sedikit pun tidak tercalar malah sedang fokus dan berkerja kuat memastikan PRU 14 ini. PAS Menerajui Kesejahteraan Selangor,” katanya.
Dua hari lalu, The Malaysian Insight melaporkan jentera pilihan raya PKR Selangor diminta bersedia untuk menerima gelombang kemasukan kedua pemimpin dan ahli PAS di negeri itu dan bertanding atas tiket parti itu dalam PRU14.
Sumber yang tidak dinamakan memberitahu portal itu mendakwa gelombang ini akan melibatkan wakil rakyat dari Selangor yang tidak berpuas hati dengan hala tuju PAS sekarang yang mahu bersendiri dalam PRU14 sedangkan mereka mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).
Bagaimanapun Iskandar yang juga exco Selangor menafikan khabar angin berkenaan.
Lihat sebelum ini..


3 comments:

Puaka Rimba said...

Sekiranya berita ini benar~benar terjadi,akan menunjukkan bahawa sebilangan Ahli tidak dapat menerima hala tuju " hubungan songsang" yg dibawa oleh kaki Tuang punya Presiden. Lebih baik pakat pakat dgn ahli semua buat solat hajat di tengah padang atau bendang.
Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Perkataan 'sekiranya' menunjukkan puaka ternakan parti kafir harbi roket sendiri tidak yakin dengan khabar angin ciptaan Parti Kencing Rakyat. Oleh sebab puak dibayar dedak cap roket, maka puaka menambah khabar angin dengan cerita dongeng penglipur lara sifu roket banglo terlajak murah yang sedang terketar lutut.

Anonymous said...

Hubungan songsang antara abuya roket dan macai-macai dedaknya seperti puaka, kluangay, mahligai dll menghasilkan pelbagai cerita dongeng untuk memfitnah ulama Islam dan parti Islam.

Abuya roket telah menjanjikan 'kerajaan langit' yang dahulunya dimiliki oleh ayapin untuk macai yang hebat kencing rakyat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails