Tuesday, December 26, 2017

100 Remaja Muslim Ratap-tangis Kematian Bunuh Diri K-Pop, Di KL.


KEMATIAN vokalis kumpulan K-Pop popular Shinee, Jonghyun akibat bunuh diri nampaknya memberikan impak kepada peminat tegar artis K-Pop di negara ini.

Jumaat lalu, satu majlis memperingati kematian mendiang Kim Jong Hyun yang dihadiri seramai 100 peminat telah diadakan di tepi Sungai Klang berdekatan Masjid Jamek. Namun, yang menjadi perhatian ketika itu ialah remaja-remaja Muslim yang menangis teresak-esak meratapi pemergian penyanyi tersebut. 

Fenomena K-pop sememangnya menular sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan menjadi ketaksubab para peminatnya di seluruh dunia, sehingga mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk ‘mendekati’ artis kegemaran mereka itu.

Selain menunggu artis pujaan mereka berjam-jam di lapangan terbang sewaktu baru tiba ke Malaysia ataupun beratur panjang di lokasi persembahan, ada juga peminat yang sanggup ‘menggadai’ maruah dengan membenarkan tubuh mereka dipeluk oleh artis K-pop!

Ingat lagi isu remaja perempuan yang dipeluk artis Korea semasa kumpulan B1A4 membuat konsert di Malaysia dua tahun lalu? Khabarnya, remaja tersebut turut serta dalam majlis meratapi Jonghyun di Masjid Jamek itu!

Namun, para netizen dilihat tidak terkejut langsung dengan kehadiran remaja berkenaan di dalam majlis itu. Dalam pada itu, ada juga yang mempersoalkan tindakan remaja Islam yang turut terlibat dengan dengan aktiviti berkabung itu.

“Dah macam kurang didikan agama saja. Aku tak adalah pandai sangat bab agama ini, tapi tak adalah sampai nak mengikut agama lain pergi meratapi kematian yang bukan Islam,” tulis Tok Bomoh.

Hanafe pula berkata “K-Pop mati pun engkau hendak nangis bagai, bukannya dia mati ikut ajaran Islam. Saudara kita dekat Palestin yang kena seksa sampai mati syahid itu tak nak pula sedih.”



Dalam pada itu, Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria menjelaskan perbuatan peminat-peminat yang berkumpul sebagai penghormatan buat Jong-hyun adalah bertentangan dengan Islam.

“Tidak boleh. Haram kalau buat kerja macam itu. Kalau artis atau individu itu orang Islam, kita hadiahkan al-Fatihah.
“Kalau bukan Islam, takkan hendak doakan syurga pula?
“Sudahlah dia bunuh diri, kenapa hendak ikut budaya kafir? Buat apa?” katanya dipetik Astro Awani.

18 November lalu, Kim Jong Hyun disahkan meninggal dunia akibat kemurungan yang sekaligus bertindak membunuh diri. Ekoran itu, peminat-peminat K-Pop Malaysia dilihat berkumpul sambil membawa bunga, lilin, belon serta potret penyanyi 27 tahun itu sebagai memperingati Jonghyun.  (Kedahnews.com)


Lihat sebelum ini..

6 comments:

Anonymous said...

Di dunia akhir zaman ini, puak jahiliah yang bersikap bodoh sombong melanggar bahkan menentang ajaran Islam dan menghina ulama Islam semata-mata kerana puak jahiliah bodoh bertingkat mahu membela dan meneruskan kemungkaran dan kesesatan mereka.

Mereka mendakwa mereka beragama Islam tetapi mentaliti, sikap dan perbuatan mereka bertentangan dengan ajaran Islam.

Bahkan mereka menyembah hawa nafsu serakah (hedonisme) mereka sendiri dan mereka menjadi pengikut 'nabi' palsu yang telah dididik oleh kepala bapak liberal dan Zionis di Amerika dll untuk menyesatkan umat Islam.

Membawa lilin meratapi kematian atauberkabung merupakan ajaran agama kafir bukan ajaran Islam.

Agama Islam melarang bunuh diri maka mendewa-dewakan orang kafir yang membunuh diri adalah perbuatan sesat yang bertentangan dengan Islam.

Islam melarang kita dari mendoakan kebaikan untuk orang kafir,mengapa puak jahiliah tersebut sengaja berdoa untuk penyayi kpop kafir tersebut?

Mengapa puak jahiliah sibuk mendewa-dewakan penyanyi kafir kpop tetapi pada waktu yang sama mereka melupakan umat Islam yang telah dan sedang ditindas dan dibunuh di seluruh dunia?

Mengapa puak jahiliah ini lebih mengutamakan penyanyi kafir kpop dan tidak mempedulikan Rasulullah? Sepatutnya kita mencintai Rasulullah melebihi cinta kita padamanusia lain.

Meratapi kematian penyanyi kafir kpop itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Bukankah Islam melarang manusia meratapi kematian?

Yang ialah puak jahiliah tidak mempunyai ilmu Islam dan tidak bermoral maka mereka mudah disesatkan oleh manusia sesat.

zamani said...

puak2 hamno jer yang suka buat kerja macam tu.

Anonymous said...

Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali oran-orang yang beriman, beramal soleh dan bertaqwa.

Puak remaja yang meratapi kematian penyanyi kafir k-pop yang telah membunuh diri dan mendoakan kebaikan untuk si kafir itu adalah manusia jahiliah bodoh sombong yang masih berfikir dalam kotak jahiliah pimpinan pemimpin liberal @ 'nabi' palsu didikan Amerika, IsraHell dll.

Anonymous said...

Apakah jenis perempuan yang bertudung tetapi membiarkan jantan keparat memeluknya?

Perempuan tersebut seolah-olah tidak mempedulikan maruah dirinya sebagai seorang wanita Islam. Adakah ibubapanya telah gagal memdidik anak mereka?

Ini bererti perempuan tersebut jahil tentang ajaran Islam dan tidak memahami tujuan menutup aurat dalam Islam.

Anonymous said...

Jangan bimbang kerana neraka itu sangat besar maka bukan setakat 100 orang remaja, 100 bilion orang pun boleh masuk untuk menemani syaitan, iblis, puak munafik dan musuh Islam.

Neraka itu penuh dengan siksaan bukan tempat berkelah. Bertaubatlah sebelum terlambat.

Anonymous said...

Mengapa artis kpop bunuh diri jika kpop memberi kebahagiaan kepada artis dan peminat mereka?

Hiburan yang melalaikan adalah seperti arak dan dadah yang tidak memberikan kebahagiaan dan ketenangan kepada artis dan peminat mereka.

Seperti arak dan dadah, hiburan yang berlandaskan nafsu serakah boleh memusnah artis dan peminat mereka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails