Thursday, November 30, 2017

Saya bawa bantuan naik lori, bukan memamdu lori. -YB Zailah.


Malang bertimpa buat Zailah lepas berkecuali pandu lori tanpa kunci pula (Gambar) MALAYSIA DATELINE Selepas teruk diserang dengan aksi berkecuali ketika Bajet KPDNKK, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusof sekali lagi menjadi sasaran. 

Kali ini dengan aksi memandu lori kononnya mahu menghantar barangan bantuan kepada mangsa banjir di kawasannya. Ia terkantol apabila didapati beliau hanya berlakon sahaja kerana lori itu tidak mempunyai kunci pun pada tempatnya. “Mana kunci lori tu. Kantoi,” kata netizen kepada gambar Zailah. Gambar beliau yang mulanya ditularkan oleh para penyokong Pas kerana kehebatan beliau memandu lori kemudiannya disebarkan pula oleh pengkritik beliau kerana kehebatan berlakun dan kantoi. 

Zailah sebelum ini diserang hebat kerana mengambil sikap berkecuali dalam pengundian bajet KPDNKK itu sehingga menyebabkan BN selamat dengan satu undi. Dalam pengundian belah bahagi itu BN mendapat 52 undi, pembangkang 51 undi dan 2 berkecuali. Turut berkecuali bersama Zailah adalah naib presiden Pas, Idris Ahmad (Bukit Gantang). Keratan paparan komen netizen yang disiarkan Sinar Harian online Siti Zailah beraksi memandu lori. Dalam laporan Sinar Harian online Zailah terpaksa berdalih. 

“Saya bawa bantuan dengan menaiki lori, bukannya bawa bantuan dengan memandu lori,” kata Zailah selepas gambarnya memegang stereng lori tanpa kunci tular di laman sosial, semalam. 

Zailah dipetik berkata, gambar berkenaan diambil oleh anaknya selepas mengetahui minatnya untuk mempelajari cara pemanduan lori. Malah katanya, gambar berkenaan diambil sebagai kenangannya bersama keluarga meredah banjir dengan menaiki lori ke pusat-pusat pemindahan sementara sekitar Rantau Panjang. Beliau berkata, lori yang dinaiki merupakan milik anaknya digunakan sebagai salah satu kemudahan menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir di sini. 

“Pihak berkenaan memutar belitkan kenyataan dengan hanya berpandukan gambar swafoto tanpa merujuk kepada saya terlebih dahulu,” katanya, selepas menyampaikan bekalan makanan kepada mangsa banjir di sembilan pusat pemindahan sementara dekat sini. Semalam tular gambar Zailah menaiki lori tanpa kunci dan menganggap pemimpin Pas berkenaan sengaja menipu memandu lori untuk menghantar bekalan bantuan kepada mangsa banjir. at 11/30/2017 12:41:00 PG 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa pun Zailah adalah wakil rakyat yang baik, prihatin dan menjiwai rakyat, bukan seperti sebahagian pemimpin-pemimpin DAP yang kelamkabut menyambut banjir, PAN yang banyak cakap tapi tak turun padang, apalagi PPBM, ahli pun tak ada..


Lihat sebelum ini..

8 comments:

Anonymous said...

Kerajaan PAS Kelantan sibuk membantu mangsa banjir. Sebaliknya, rejim kafir harbi LGE pula gagal membantu mangsa banjir di negeri yang diperintah oleh rejim LGE. Rakyat berterima kasih kepada parti PAS dan kerajaan pusat kerana membantu mangsa banjir di negeri yang diperintah oleh LGE. Semua ahli parti roket menghilangkan diri di waktu banjir. Amat memalukan!

Anonymous said...

Puak Pakatan Tiada Harapan sibuk mengutuk dan memfitnah Zailah kerana Zailah sibuk membantu mangsa banjir . Mereka juga berdendam sebab Zailah tidak sokong Pakatan Tiada Harapan . Puak Pakatan pimpinan kafir harbi mempunyai hasad dengki terhafap Zailah dan PAS yang mengambil berat tentang kebajikan rakyat. Pakatan Tiada Harapan sendiri tidak berminat untuk membantu mangsa banjir di Penang menyebabkan parti PAS dan kerajaan PAS dan kerajaan pusat terpaksa bantu rakyat Penang semasa banjir kilat. LGE seperti ayam yang berkokok bising tetapi ekor penuh dengan tahi.

Anonymous said...

Kalau naik lori, sebelah pemandu. Ini pegang stering lori. Tentu lah orang kata sedang memandu lori.
Nak bawa lori, tapi...kunci tak ada...besar punya auta. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Masa p.pinang banjir, kerajaan kelantan umum bantuan 50k. Bila kelantan pula banjir, kerajaan p.pinang umum bantuan 100k.lagi geng abang Lobai nak putar belit kononya tiada bantuan yg diterima. Ini bala tuhan atau ujian tuhan. Hehehekikikihahahakahkahkah

Mat Bon said...

Bila banjir di negeri pesaing, ia adalah 'balasan Allah'.
Bila banjir di negeri kita, ia adalah 'ujian Allah'.
Bila pemimpin pesaing menangis dalam hujan pukul 3 pagi, beliau 'gelabah, berkokok' dsbnya
Bila pemimpin kita berlakon membawa lori tak ada kunci, beliau 'sibuk membantu'

KITA adalah penyebab orang memerli kita parti suci

Anonymous said...

Woi macai bangang 7:04 am ternakan LGE, YB tersebut telah membuat penjelasan bahawa dia tidak memandu lori tersebut. Macai dedak roket bodoh bertingkat tidak memahami artikel di atas.

Anonymous said...

Ini seekor lagi macai 7:08 am ternakan LGE yang suka putarbelit fakta. Mana bukti konon lobai kata tiada bantuan?

Anonymous said...

Parti kafir harbi DA-Pig telah menghina dan menentang ajaran Islam maka balasan Allah seperti banjir dan tanah runtuh dan kematian manusia menimpa negeri yang diperintah oleh DA-Pig. Sebaliknya kerajaan Kelantan diperintah oleh parti PAS yang sentiasa berusaha menjadikan Islam sebagai cara hidup umat Islam maka Allah menguji kerajaan PAS dan umat Islam dgn banjir dll untuk meningkatkan kualiti keimanan mereka. Mengapa badut dedak 7:11am masih menjadi khadam DA-Pig yang menentang Allah dan RasulNya? Adakah kamu masih menunggu bala menimpa kamu kerana menjadi penjilat LGE? Hanya puak munafik dan kafir menyokong musuh Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails