Thursday, November 30, 2017

RM4J, Anak Saudara Pemimpin PKR, Ditahan SPRM..




KUALA LUMPUR: Anak saudara Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid dan 2 lagi ahli perniagaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya No.35 Jalan Desa Pandan Kuala Lumpur kira-kira 1 tengahari tadi bagi siasatan kes rasuah projek lombong pasir dan pelbagai projek di Selangor yang dianugerahkan oleh Menteri Besar Selangor.
Dalam serbuan itu sejumlah lebih RM 4 juta ditemui dan akaun dibekukan. Dijangka esok Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan membuat penahanan reman di mahkamah mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM.
Nurul Fadli 34 tahun tidak bekerja namun dipercayai kaya-raya hasil rasuah di negeri Selangor menggunakan kedudukannya sebagai anak saudara Menteri Besar Selangor.
Semakan menunjukkan Nurul Fadli sentiasa menyertai program Azmin Ali, menyertai segala mesyuarat, memiliki kenderaan mewah, kediaman serta sentiasa bercuti di luar negara walaupun tidak mempunyai pekerjaan.
SPRM akan membuat kenyataan media esok.
Lihat sebelum ini..




1 comment:

Anonymous said...

Tahniah dan syabas SPRM. Sebenarnya telah berlaku banyak salah guna kuasa , pecah amanah , rasuah dll di kalangan pemimpin Pakatan Tiada Harapan pimpinan LGE. Tahniah dan syabas kepada pemimpin-pemimpin PAS kerana bersih dari rasuah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails