Thursday, October 05, 2017

Menentang Pesta Arak, 'Otak Udang'. Kini A/Majlis PKR &DAP Pecah Pula.


AIDCNews -03/10/17-Lima Ahli Majlis PAS yang menentang penganjuran pesta arak dituduh sebagai “otak udang” dan “otak kurang upaya”, dedah salah seorang Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) dari parti Islam, Mohd. Prasad Hanif.
Beliau merupakan salah seorang Ahli Majlis PAS yang menentang pesta itu, selain daripada empat lagi wakil PAS,Kahar Muzakkir Munawir, Azimah Binti Muda, Mohamad Baseri Mohd Taib dan Deepakaran A/L Karuppiah.
Namun, kata Mohd. Prasad apabila majoriti rakyat mengetahui Ahli Majlis DAP dan PKR menyokong pesta arak itu, dan menimbulkan bantahan umum, kesemua Ahli Majlis daripada kedua-dua parti telah melakukan ‘pusingan u’.
“Dalam mesyuarat MPK, bukan main Ahli Majlis DAP kata mereka yang bantah “otak udang” dan “otak kurang upaya”.
“Bila rakyat tahu mereka menyokong, nak u-turn pula. Politik longkang,”kata Mohd Prasad dalam Facebook.
Baru-baru ini, Yang Dipertua (YDP) MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin mengesahkan penganjuran pesta arak telah diluluskan meskipun dibantah oleh Ahli Majlis daripada PAS.
Pesta Arak yang nama asalnya “Oktoberfest” telah ditukar nama kepada pesta makanan dan minuman Jerman, di samping perlu mematuhi beberapa syarat, termasuk melarang kemasukan umat Islam ke kawasan penganjuran acara itu dan mendapat permit atau kelulusan dari pihak lain seperti pejabat tanah, Jabatan Kastam dan polis.
Mohd Prasad menambah, akibat bantahan Ahli PAS, isu itu menjadi kontraversi dan Ahli Majlis PKR dan DAP telah berpecah belah.
“Ini list of arguments dari Ahli PKR dan DAP bila berdepan dgn amarah rakyat:
1. Takde undi pun. (Habis tu, macamana kertas boleh lulus?)
2. YDP buat kuasa veto (YDP pemudahcara sahaja – itu tugas Pengerusi)
3. Ketua Whip berucap bagi pihak diri sendiri. (Buat apa kamu ada ketua whip kalau mcm tu?)
Yang paling bengong:
1. Kertas kerja tidak lulus – PKR
2. Kertas kerja lulus – DAP
“Kan mudah join PAS. Konsisten and sepakat,”katanya lagi.


1 comment:

Anonymous said...

PAS pergilah Melaka dan Johor, disana pun ada orang Islam. Kat Selangor ni permit pun tak lulus lagi, kan dah diberi syarat kena dapatkan kebenaran polis. Kalau polis benar baru boleh lulus. Kita tunggu apa kata polis. Tapi kat Melaka dan Johor terang-terang dah lulus kenapa PAS tak mahu serang habis-habisan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails