Friday, October 06, 2017

Akhirnya Azmin Mengaku Sokong Pesta Arak S'ngor.


AIDCNews -04/10/17-Walaupun sebelum ini Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia di atas muka depan akhbar itu mendakwa beliau menyokong pesta arak di negeri itu, namun kenyataan beliau hari ini mengesahkan sikap dan pendirian sebenarnya berkaitan isu tersebut.
Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata penganjuran festival arak tidak harus dijadikan isu memandangkan acara berkenaan sudah beberapa tahun dilaksanakan tanpa sebarang masalah.
“Ia bukan satu isu langsung di Selangor. Tahun-tahun sebelum ini pun kita berikan kebenaran tetapi penganjur kenalah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Itu amalam biasa,” kata Azmin ketika ditemui pemberita di pelancaran Institut Wanita Berdaya di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini.
“Kebenaran tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan pihak berkuasa tempatan,” tambahnya.
Kenyataan terbaharu Azmin itu dilihat sebagai memperteguhkan semula solidariti 18 orang Ahli-Ahli Majlis PKR dan DAP dalam Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang mula berpecah belah akibat ditentang oleh 5 Ahli Majlis daripada PAS.
Semalam AIDCNews melaporkan kenyataan Ahli Majlis MPK daripada PAS, Mohd. Prasad Hanif yang mendedahkan Ahli-Ahli Majlis PKR dan DAP mula berpecah belah apabila isu sokongan mereka terhadap pesta arak mula diketahui rakyat Selangor.
“Dalam mesyuarat MPK, bukan main Ahli Majlis DAP kata mereka yang bantah “otak udang” dan “otak kurang upaya”.
“Bila rakyat tahu mereka menyokong, nak u-turn pula. Politik longkang,”kata Mohd Prasad.
Pada 25 Sept lalu, Azmin melalui pegawainya, Yin Shao Loong menafikan laporan muka depan Utusan bertajuk “Azmin benar pesta arak.
Yin selaku Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor mendakwa Azmin telah mengarahkan peguamnya mengeluarkan notis tuntutan undang-undang terhadap Utusan.
“Beliau (Azmin) menuntut penarikan tanpa syarat, permohonan maaf secara terbuka dan ganti rugi daripada Utusan,” katanya.
Walau bagaimanapun sehingga kini, tiada permohonan saman dikemukakan terhadap Utusan meskipun akhbar itu tidak memohon maaf secara terbuka sebagaimana yang dituntutnya.

1 comment:

Anonymous said...

Alamak ni punya bahalol, dah lulus ke permit arak ni? Kan dah bagitau MPK akan luluskan, jika polis beri kebenaran. Apa punya bahalol dan dunggu, kalau polis tak bagi kebenaran maknanya tiadalah kelulusan. Kenapa tak bising kat Melaka dan Johor yang terang-terang dah luluskan permit?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails