Monday, March 13, 2017

Gelombang Kedua, 182 Akar Umbi DAP Melaka Keluar Parti..



DAP Melaka hari ini mengalami gelombang kedua melibatkan anggotanya yang keluar parti selepas ahli veteran dan Ahli Parlimennya, Sim Tong Him bersama tiga ADUN lain berbuat demikian bulan lalu.
Seramai 182 anggota akar umbi DAP yang diketuai tujuh bekas anggota jawatankuasa DAP negeri, keluar parti kerana 'kecewa' dengan parti itu.
Antara lain mereka berkata, parti itu menyimpang daripada prinsip "Malaysian Malaysia", kata bekas Setiausaha DAP Melaka, Liou Chen Kuang.

Selain Liou, enam bekas anggota jawatankuasa negeri lain yang meletakkan jawatan ialah N Ghandi, Low Chew Lim, Henry Kang, Kenny Tam, Kng Tuan Hock dan Tee Ai Yen.

Liou juga mengkritik DAP kerana "menjual maruah Cina" demi meraih undi untuk mendapat kuasa, dengan mendakwa gagal menghapuskan rasuah dalaman serta dakwaan campur tangan kepimpinan pusat dalam hal berkaitan DAP negeri.

"Kami memutuskan untuk mengambil keputusan ini selepas sebulan pertimbangan dan berunding dengan penyokong tempatan dan ahli-ahli.

"182 ahli memilih untuk keluar daripada parti kerana DAP telah menyimpang dari perjuangannya," kata Liou yang menyertai DAP 18 tahun lalu kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, Setiausaha DAP Negeri, Khoo Poay Tiong menafikan parti itu telah menyimpang daripada prinsip "Malaysian Malaysia" dan menggesa anggotanya mempertimbangkan semula keputusan mereka.

"Saya difahamkan, mereka (anggota yang tidak berpuas hati) akan hantar surat peletakan jawatan mereka kepada kepimpinan pusat.

"Jika mereka belum menghantar (surat itu), saya gesa mereka agar bertenang dan mempertimbangkannya semula," kata ADUN Ayer Keroh itu ketika dihubungi. (TKO)

4 comments:

mahligaiseni said...

Baguslah. Kita doakan lebih ramai ahli DAP keluar parti dan menyertai BN. Jika hal itu berlaku maka mudahlah BN menguasai sekurang-kurangnya 2/3 parlimen. Ditambah dengan kekuatan PAS, tentu lebih 9/10 parlimen (lebih 90%) dapat dikuasai. Dengan cara itu, BN tiada apa-apa halangan lagi melaksanakan amal makruf dan nahi mungkar. Bagus. Lebih elok jika ahli PKR pun keluar parti dan serta BN (campur PAS juga). Tambah lebih elok jika ahli parti PPBM pun kembali kepada UMNO (sekali gus kembali kepada BN). Pada masa itu parlimen Malaysia mungkin hanya ada dua tiga orang ahli parlimen pembangkang. Hidup UMNO (BN) dan PAS. Saya yakin negara kita SANGAT makmur jika itu berlaku. Betul tak? Amin.

mahligaiseni said...

PEMBETULAN (TATABAHASA)

Baguslah. Kita doakan lebih ramai ahli DAP keluar parti dan menyertai BN. Jika hal itu berlaku maka mudahlah BN menguasai sekurang-kurangnya 2/3 parlimen. Ditambah dengan kekuatan PAS, tentu lebih 9/10 parlimen (lebih 90%) dapat dikuasai. Dengan cara itu, BN tiada apa-apa halangan lagi melaksanakan amal makruf dan nahi mungkar. Bagus. Lebih elok jika ahli PKR pun keluar parti, kemudiannya menyertai BN (campur PAS juga). Tambah lebih elok sekiranya ahli parti PPBM pun kembali kepada UMNO (sekali gus kembali kepada BN). Pada masa itu parlimen Malaysia mungkin hanya ada dua tiga orang ahli parlimen pembangkang daripada Amanah dan DAP. Malaysia akan makmur tanpa pembangkang. Betul kan? Hidup UMNO (BN) dan PAS. Saya yakin negara kita SANGAT makmur, sejahtera, aman damai jika perkara itu berlaku. Betul tak? Amin.

IrWrWs said...

Sekejap kata tinggal PAN dan DAP shj jadi pembangkang, sekejap kata Malaysia makmur tanpa pembangkang!

Apalah lu.. tak payah nak sensitif sangat.. pada PAS tak menang PRU14 pun tidak mengapa. Asalkan Kelantan dan Terengganu dapat melaksanakan sebahagian hukum jenayah syariah yg dah tertangguh sejak sekian lama. Bagi org2 selain Islam (kafir dan munafik) memang tak kesah pun hukum jenayah syariah tu dibekukan buat selamanya.

mahligaiseni said...

Assalamualaikum wbt. Jika saudara (bukannya lu) baca baik-baik tulisan saya, insya-Allah saudara akan menemukan inti tulisan tersebut. Wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails