Friday, November 18, 2016

Usaha Satukan PAS/UMNO, Mustafa Ali Cabar Datuk Husam Musa..



KUALA TERENGGANU – Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali mengajak Adun Salor, Datuk Husam Musa bersemuka dalam satu majlis terbuka bagi mendedahkan kebenaran mengenai cerita lama dibangkitkan bekas Naib Presiden itu.
Beliau turut mencadangkan pertemuan itu perlulah melibatkan penyertaan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang turut dikaitkan Husam sebagai salah seorang pemimpin Pas yang berjumpa dengan pemimpin Umno sebagai usaha menyatukan Pas dengan Umno beberapa tahun dulu.

“Oleh kerana nama-nama yang disebut itu, Nasharudin (Mat Isa), saya dan Khalid, saya cadangkan supaya diadakan satu majlis terbuka yang menampilkan tiga orang (iaitu) Husam, saya dan Khalid. Nasharudin tidak perlulah, dia tidak duduk dalam kepimpinan Pas sudah lama dah.

"Kita semuka tiga orang ini supaya Husam boleh kemukakan apa yang dia tahu dan saya boleh memberitahu apa yang sebenarnya kalau hendak cakap tentang perjumpaan 2008 itu,” katanya.

Mustafa mencadangkan majlis tersebut diadakan di Kota Bharu dan mana-mana pihak boleh bertindak sebagai penganjur serta moderator dalam program terbabit.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu, di sini, semalam.

Beliau berkata, intipati pertemuan tersebut turut berkait dengan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil memberitahu bersedia untuk menceritakan secara terperinci sekiranya Husam dan Khalid bersemuka bersama-sama.

Beliau turut memberitahu, perkara didakwa Husam sebagaimana disiarkan Sinar Harian sebelum ini tidak tepat, antaranya melibatkan kehadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menjelaskan pertemuan itu bukan di hotel sebaliknya di salah satu kediaman Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu selepas PRU12.

Bagaimanapun beliau mengakui, pertemuan dengan Abdullah dan juga bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo itu melibatkan tiga pemimpin Pas iaitu beliau sendiri, Nasharudin dan Khalid.

“Husam cerita ambil daripada mana saya tidak tahu. Saya tidak fikir dia ambil daripada Khalid sebab kalau tanya Khalid ceritanya bukan macam itu,” katanya.

Beliau memberitahu, sekiranya beliau memberi kenyataan balas dari jauh, ia tidak akan memberi apa-apa hasil terutama dalam menyelesaikan isu berbangkit.

“Saya sayang semua kawan-kawan saya dan sebab itu kalau dia terus buat kenyataan bohong, kenyataan fitnah, dalam Islam, bohong ini berdosa, fitnah ini berdosa. Jadi saya sayang dia (Husam), jangan terus melakukan dosa kerana buat benda-benda macam ini. Tugas saya supaya jangan perkara ini berlaku, mana-mana pihak sekalipun,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, tindakan Husam yang lantang membangkitkan isu-isu lama secara terbuka turut menimbulkan persoalan seolah-olah menggambarkan wujudnya pakatan antara Husam dengan DAP untuk menjatuhkan Presiden Pas.

Mustafa turut mempersoalkan sikap Husam yang dikenalinya secara peribadi sebelum ini merupakan seorang yang begitu berhati-hati dalam memberi kenyataan, berbeza dengan personaliti ketika ini.

“Husam serang Pas dari dalam. Luar (DAP) serang, dalam (Husam) serang. Ada pakatan ke Husam dan DAP? Semacam (ada pakatan),” katanya. (TKO)

Khalid Samad BONGKAR Kisah Pengkhianatan PAS Di Selangor TAK BOLEH DIAM DAH!!

13 comments:

Anonymous said...

Cadangan yang bagus...kita lihat sapa yang kenaa...

Anonymous said...

Hujah tok uban ni tak dak lain...sikit sikit dap. Maklumlah anak didik dan walaunta Tuang Presideng yang bebal. Poodahhhhh Parti Islam apa nii.

Anonymous said...

Alhamdulillah, hampir semua pengkhianat telah keluar dari parti Islam dan menubuhkan parti kuali yang bernaung di bawah parti kafir harbi yang memusuhi agama Islam dan umat Islam. Lim Gone End sengaja membela musang berbulu ayam seperti Usang Musang dan Mat Sabun untuk menyokong Sifu roket menghina, memburuk-burukkan dan memfitnah ajaran Islam dan hukum Allah, ulama Islam, parti Islam dan umat Islam yang cintakan Allah dan RasulNya.

Dah tua nak mampus pun masih bodoh dan jahil tentang kejahatan dan tipudaya kafir harbi sehinggakan mereka sanggup menjadi hamba abdi ternakan kafir harbi. Inilah penangan dari dedak ultra kiasu yang hanya sesuai menjadi makanan ayam, itik , babi dan para munafik.

Anonymous said...


Sudah kaya mahu kaya lagi....Sifu roket beli banglo terlajak murah dan sekarang lutut Sifu sudah mula terketar-ketar sejak keluar masuk mahkamah kerana dakwaan rasuah. Jika SPRM siasat kes kertas kerja RM300 juta, Sifu tentu kena strok ! Jika SPRM siasat kes sifu beri kontrek kepada bini dan kroni, sudah pasti Sifu koma dalam ICU.

Jika semua kes Sifu dibawa ke mahkamah, Sifu pasti berpindah ke bukit dengan bekalan wang neraka !

Malangnya masih terdapat zombi-zombi yang buta hati dan perut kerana masih menyembah Sifu dan dedaknya! Bodoh tak boleh diajar!

Anonymous said...

Tgh tunggu pendedahan pasal 10juta..apa kata pas.

Anonymous said...

Balaci-balaci kafir harbi dan liberal telah mencipta pelbagai fitnah untuk memfitnah parti Islam PAS tetapi hingga ke hari ini, balaci-balaci tersbut masih gagl menunjukkan sebarang bukti ! Ini bererti semua pemimpin kafir harbi dan liberal dan balci mereka adalah pendusta yang mata hina dan keji ! Tunggulah hari pembalasan di Padang Mahsyar!

Anonymous said...

P.A.S Parti Ajaran Syaitan.

Anonymous said...

Dari pan baik pas sebab amanah dah berfikir ugama islam tak penting moga islam terus berkembang. Binasalah pan.

Anonymous said...

Setuju pan binasa akibat dari ulasan longkang kalid semak sedih lama dalam pas bila kuar buang terus dasar perjuangan islam.

Anonymous said...

Kenapa kalid samat tidak berhati2 dalam bercakap ini penghinaan yang jelas pada ugama islam yang dianutinya. Bertaubatlah takutlah pada allah jangan lebihkan dunia hingga buang akhirat.

Anonymous said...

Bertaubatlah khalid samat amalan ugama suku politik suku sama macam umnu apa beza pan dengan umno lagi lama lagi terlihat pan menentang usaha pas untuk mensyariatkan islam di malaysia.

Anonymous said...

Keluar pas apakah murtad.?????

Anonymous said...

P.A.S Parti Ajaran Syiah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails