Tuesday, November 15, 2016

Sah Caj Perubatan Hospital Naik, Tidak Membebankan Golongan Sasar?


SUBRAMANIAM (tengah) bersama timbalannya, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya (kiri) dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mengesahkan caj rawatan perubatan bagi kelas satu dan dua di semua hospital kerajaan akan dinaikkan sebanyak 50 peratus berkuat kuasa 1 Januari tahun hadapan.



Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, keputusan itu dibuat memandangkan tiada semakan dilakukan sejak tahun 1982 selain ke­perluan menilai semula elemen subsidi bagi kedua-dua kelas berkenaan.
Menurutnya, kenaikan itu tidak memberi kesan kerana hanya­ 1.5 peratus atau 32,000 pesakit yang mendapatkan rawatan kelas satu dan dua daripada keseluruhan dua juta pesakit di hospital kerajaan.
“Pesakit kelas satu dan dua sebelum ini sudah pun membayar caj rawatan. Walaupun berlaku sedikit kenaikan, pesakit ini masih lagi menerima subsidi dalam jumlah yang agak besar.
“Kenaikan ini tidak akan membebankan golongan sasar iaitu kelompok mewakili 98.5 peratus yang mendapatkan rawatan kelas ketiga. Jadi, kita masih tidak lari daripada prinsip membantu rakyat mendapatkan rawatan hospital terbaik,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Komen Weblog Ibnu Hasyim:  
  • kenaikan itu tidak memberi kesan kerana hanya­ 1.5 peratus atau 32,000 pesakit yang mendapatkan rawatan kelas satu dan dua daripada keseluruhan dua juta pesakit di hospital kerajaan.
  • “Kenaikan ini tidak akan membebankan golongan sasar iaitu kelompok mewakili 98.5 peratus yang mendapatkan rawatan kelas ketiga.
Benarkah?

5 comments:

Anonymous said...

Kemana suara2 yg dgn saksi akan menasihati kerajaan Barisan nasional..??

Apakah ini fitnah..????

Anonymous said...

Bila agaknya ketua lebai selaku tuan penasihat 25% Najib nak bersuara?

Anonymous said...

Caj rawatan perubatan bagi kelas satu dan dua di semua hospital kerajaan akan dinaikkan sebanyak 50 peratus berkuat kuasa 1 Januari tahun hadapan. Itu adalah permulaan sahaja.

Selepas itu apa? Kalau mengikut tradisi kerajaan Panglima Bugis yang hanya pandai buat alasan putar alam dan menaikkan kos dan harga barangan dan perkhidmatan, mungkin caj bagi kelas 3 pun akan dinaikkan selepas kenaikan caj kelas 1 dan 2!

Caj rawatan, wad hospital kerajaan dijangka naik 50 peratus. Selepas itu apa? Mungkin akan terus naik ke 75% atau 100% !

Nampaknya kerajaan BN seolah-olah tidak berminat untuk menjaga kebajikan rakyat ! Dan kerajaan BN seolah-olah telah berubah menjadi syarikat korporat yang mementingkan cukai dan keuntungan sahaja bukan kebajikan rakyat !

Nampaknya rakyat yang sakit dan miskin akan mati dirumah sahaja kerana mereka tidak mampu membayar caj hospital ! Kesian rakyat yang ditindas oleh GST dan pelbagai kenaikan kos dan harga barangan dan perkhidmatan.

Nampak parti kafir harbi, sekular dan liberal sedang tidur nyenyak atau koma dalam wad ICU kerana mereka tidak memperdulikan hak dan kebajikan rakyat ! Mereka hanya mementingkan agenda mereka sahaja.

Are you sleeping, are you sleeping?
Brother Lim Gone End, Brother Mat Sabun?
Morning bells are ringing, morning bells are ringing,
Ding dang dong, ding dang dong.

Sebaliknya parti Islam telah berulang kali membuat bantahan terhadap kenaikan kos dan harga barangan dan perkhidmatan:

K'jaan gagal 'kawal' 23 tauke minyak masak, kata PAS. - malaysiakini.com

Hidup Rakyat Semakin Terbeban Dengan Harga ‘Serba Naik’..Ketua Penerangan PAS Kawasan Dungun YB Cikgu Alias Harun berkata, bajet 2017 yang dibentangkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak banyak memberikan keuntungan kepada rakyat. Katanya, kenaikan harga minyak petrol dan diesel bermula 1 November lalu akan menyebabkan harga barangan lain turut meningkat. buletinonline.net

'Demo 8 Okt sebab rakyat tak tahan lagi'... Pemuda PAS hari ini menyeru orang ramai menghadiri protes menentang kenaikan harga minyak di parlimen pada 8 Oktober ini. Ketuanya Suhaizan Kaiat ( bawah ) menyeru orang ramai menunjukkan kemarahan mereka dalam perhimpunan itu kerana rakyat sudah tidak tertahan lagi dengan peningkatan bebanan hidup. malaysiakini.com

Wahai rakyat Malaysia, ingatlah PRU14 semakin hampir. Marilah kita semua menggunakan undi kita untuk mengalahkan parti BN dan memberi kemenangan kepada parti Islam PAS untuk membentuk kerajaan yang membela hak dan kebajikan rakyat !

Anonymous said...

Rakyat Msia nak dgr bantahan dari ketua lebai kaki ponteng PAS selaku tuan penasihat 25% ketua penyamun.

Anonymous said...

Camana nak protes? Dok ponteng je...datang ambil kedatangan, lepas tu cabut. Terima gaji buta. Amanah kepada rakyat yang mengundi diabaikan. Tolak tepi, yang penting kena cari dedak lagi. Rm90juta mana cukup zaman ni. Lainlah kalau rm900juta. Kena jilat lebih lagi pada keturunan assobiyah supaya boleh terus menerima dedak tanpa putus. Tak jadi Kerajaan pun takde hal, janji karung berisi. Peduli apa dengan rakyat, senang sahaja didiamkan. Baca sahaja ayat2 Quran siap dengan tafsiran lagi. Tak mengapalah kalau tak buat apa yang dibaca. Rakyat kan bodoh bangang ikut macam orang gila. Dah dekat2 pru nanti bolehlah renew ungkapan "tak undi Pas masuk neraka". Rakyat kan bodoh. Bodoh??!!! Kita lihatlah nanti samada rakyat benar2 bodoh atau tidak. Jangan perkecilkan suara rakyat...yang menjual agama pasti ditolak, inshaAllah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails