Wednesday, November 16, 2016

Lacurkan Pelajar, 4 Anak Datuk (Polis) Didakwa.


 Empat adik-beradik lelaki dibawa ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka semalam untuk menghadapi pertuduhan melakukan aktiviti persundalan membabitkan tiga gadis.
MELAKA – Empat beradik lelaki yang merupakan anak kepada seorang pegawai kanan polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tiga pertuduhan melacurkan tiga pelajar dua pusat pengajian tinggi tempatan pada Ogos lalu.
Bagaimanapun, tertuduh iaitu Muhamad Syibri Mazlan, 29; Muhamad Suhail, 26, Muhamad Syahiran, 25, dan Muhamad Syahfiz, 24, me­ngaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Norma Ismail.
Mengikut pertuduhan, keempat-empat tertuduh berkenaan didakwa secara bersama-sama memperdagangkan tiga gadis ber­usia 18, 19, dan 20 tahun bagi maksud dilacurkan di D’Village Resort Melaka di sini pada pukul 10.45 malam, 26 Ogos lalu.
Hasil carian imej untuk lacur pelajar Ini lain, di Pattaya, Thai. Kota pelacuran Pattaya adalah adalah pusat aktiviti seks di dunia. Sebut apa jenis pelacuran, semua boleh didapati di sana termasuklah pelacuran kanak-kanak!. Thailand membenarkan aktiviti pelacuran dijalankan dengan sebebas-bebasnya, asal tambah ekonomi. Itu yang diajar kepada rakyatnya. Kita harap Melaka tak jadi begitu.
Jika sabit kesalahan, anak-anak kepada pegawai polis bergelar Datuk itu boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan denda di bawah Sek­syen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. (Kosmo!)

4 comments:

Anonymous said...

Pas....pis ....pusssssss ....
Bagai tikus membaiki labu.....
Bagai si luncai terjun dgn labu2nya..

Bagaikan.....
Kera sumbang .....
Tiada kawan......

Bagaikan.....

Babi menyalak bukit.......

Anonymous said...



Babi 6:59 AM ternakan kafir harbi sedang menyalak bukit,

Bukit tak runtuh, Babi 6:59 AM pula yang tergolek sawan babi !

Oh kesiaaaan !

Anonymous said...

P.A.S Parti Ajaran Syaitan.

otaiblues.blogspot said...

sama je..bagai adik dan abang...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails