Sunday, November 13, 2016

Bentuk Pakatan Baru.. Terdiri PAS (G/Sejahtera), PKR, BERSATU & WARISAN -Hj Hassan Omar.


9 November 2016, Mursyidur Am PAS Tuan Guru Haji Hashim Jasin telah mengeluarkan satu kenyataan tentang bertanpa perlunya pembangkang bersatu untuk satu lawan satu bagi menjatuhkan kerajaan UMNO @ BN yang zalim dan rakus.

Mursyidur Am dalam kenyataan menyebut  bahawa penyatuan tersebut adalah demi kepentingan Islam dan Melayu menjadi tonggak kepada perpaduan di Malaysia dalam masyarakat berbilang kaum.

Beliau menyeru kumpulan-kumpulan NGO dan parti politik bersatu dan menjadikan Islam sebagai asas penyatuan mereka.

PAS berusaha dalam penyatuan ini dengan menubuhkan GAGASAN SEJAHTERA yang kini didokong oleh IKATAN dan BERJASA.

Dalam masa yang sama PAS masih menjalankan kerjasama tahaluf dengan PKR dan kini giat berunding dengan BERSATU dan WARISAN.



DAP menyedari bahawa BERSATU dan PKR lebih minat untuk bersama dengan PAS daripada bersama dengan DAP. DAP yang bersifat mereka TUAN, yang lain hamba! dan PAN sekadar barua DAP yang akan mengundi DAP dalam apa-apa keputusan dengan keputusan 2 lawan 1 sebagaimana PAS pernah alami, membuatkan PKR berfikir dua kali.

Yang sangat jelas BERSATU, Tan Sri Muhyiddin lebih mengenali UMNO daripada PAN dan DAP mengetahui bahawa PAS bukan nak UG dengan UMNO pasal itu BERSATU lebih mirip ingin bersama PAS bagi menawan negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Kenyataan ini telah disebut oleh Tun Mahathir bahawa negerii-negeri ini hanya memerlukan pengalihan pengundi yang kecil sahaja UMNO pasti akan tumbang.

Kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta supaya perjanjian kerjasama antara pakatan harapan yang perlu ditandatangani pada konvensyen hari ini, ditangguhkan sudah cukup kita memahami bahawa BERSATU lebih minat bergabung dengan PAS dan PKR daripada Pakatan Harapan.


Memetik portal The Star sebagai berkata, Muhyiddin meminta penangguhan itu berikutan menginginkan tempoh untuk berfikir mengenai rancangan kerjasama tersebut.


Beliau juga menuntut banyak perbincangan dengan pemimpin-pemimpin pakatan harapan mengenai hubungan mereka dengan parti rasis dan cauvinis, DAP serta parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN).

Dikatakan Muhyiddin juga tidak selesa dengan perkembangan di Johor dimana dilihat PAN lebih bermesra (boleh disebut barua atau dedak) dengan DAP dan jika negeri berkenaan jatuh kepada pembangkang sudah pasti DAP akan menguasainya yang lain sekadar boneka aje. Sudah pasti Bersatu dan ahli-ahlinya yang masih berjiwa UMNO tidak senang dengan ketuanan DAP dalam Pakatan Pembangkang.

Konvensyen Pakatan Harapan hari sangat mengecewakan setelah jemputan kepada PAS 'lastminute' ditolak kemudian diikuti dengan WARISAN juga menolak untuk hadir. BERSATU menjadi macam delema, tetapi Tun Mahathir hadir.




Kalau anda lihat gambar di atas, anda sudah parti melihat hampir dua pertiga dewan dipenuhi oleh puak-puak PAN. Nasib juga PAN guna baju oren boleh kita melihat dengan jelas dan itu belum termasuk lagi yang menggunakan baju warna lain.

Mana pergi pimpinan PKR? BERSATU? DAP pun tak hadir.

Kenapa PAN beriya-iya nak menjayakan konnesyen ini? Saya sudah menulis dalam artikel "PAN Tersempit Untuk Survival Politik Malaysia" PAN tidak ada hala tuju dan tersempit dalam kebangkitan pembangkang. Kalau kehadiran parti-parti lain membantu pembangkang tetapi kehadiran PAN menyebabkan pembangkang menjadi tak tentu hala. PAN bukan menarik ahli UMNO tetapi merosakkan PAS dan PKR sahaja.

Jika GAGASAN SEJAHTERA boleh menjadi satu blok politik pembangkang yang baru sudah parti PAN akan hilang dalam arus politik tanah air. 


10 comments:

Anonymous said...

Demonstrasi tolak PAS di Shah Alam 20 orang, netizen FB memihak PAS 54,800

Demonstrasi kecil dilaporkan dihadiri kira-kira 20 penyokong pakatan harapan di tempat di mana konvensyen blok pembangkang itu berlangsung di Shah Alam, hari ini, bergema dengan suara menolak PAS.

Namun, di sebalik suara-suara itu, netizen laman sosial Facebook menerusi satu undian yang dijalankan Jom Stream secara live, menunjukkan PAS menerima lebih banyak sokongan ‘like’ berbanding parti lain.

Dalam undian yang ditutup jam 3 petang tadi, penganjur menjemput netizen untuk menyatakan parti mana yang menjadi pilihan mereka dengan menekan ‘like’. Parti yang disenaraikan ialah PAS, PKR, UMNO, DAP, Bersatu dan PAN.

Pada akhir undian sokongan ‘like’ kepada PAS mencecah lebih 54,862, diikuti Bersatu (16,356); DAP (4,691); PKR (2,940); UMNO (2,331) dan PAN (1,697).


INI ADALAH PETANDA BAIK BAGI PARTI ISLAM PAS DALAM PRU14 DAN PETANDA BURUK UNTUK PARTI-PARTI POLITIK KAFIR HARBI DAN SEKULAR LIBERAL YANG TELAH MENGHINA DAN MENENTANG ATAU MEMPERMAINKAN AJARAN ISLAM DAN HUKUM ALLAH DAN MENAFIKAN HAK UMAT ISLAM!

Anonymous said...

3 atau 4 penjuru tidak dapat dielakkan lagi di kelantan. ....

Selamat berkuasa dan perintah kelantan kedatangan anda sangat kami nantikan......BARISAN NASIONAL...

Anonymous said...

Petikan dalam komen 6:20 PM diambil dari:

http://www.ismaweb.net/2016/11/demonstrasi-tolak-pas-di-shah-alam-20-orang-netizen-fb-memihak-pas-54800/

Anonymous said...

Pakatan pembangkang berpecah-belah dan berlaku pertandingan 3 atau 4 penjuru dalam pilhanraya kerana:

(i) Parti kuali telah ditubuhkan,

dan

(ii) Parti roket telah menghina dan menentang ajaran Islam dan hukum Allah dan menafikan hak umat Islam dan memaksa parti Islam keluar dari pakatan pembangkang.

Maka jelaslah siapa yang bersengkongkol dengan parti Be End dan membantu parti Be End memenangi pilihanraya kecil yang lepas!

Anonymous said...

Dulu2 Pas kalo buat ceramah ribu2 yg dtg, kereta bersimpang siur tepi jalan. Malangnya..setiap pru kalah teruk..dah lebih 60thn tk pernah menang.kahkahkah

Anonymous said...

PAS satu entiti, PPBM-Warisan satu entiti, PKR satu entiti, DAP-PAN satu entiti.
Mengapa tidak ?
PPBM dan Warisan kira satu sbb lbh kurang sama fikrah, begitu juga DAP dan PAN kira satu sbb sama fikrah.
DAP takder masalah kot rasanya nak pujuk PAN.
PAS pulak skrg sumer tahu, dah tak makan pujuk, UMNO jer kot yg boleh pujuk rajuk PAS tu.
So kalau nak kalahkan UMNO, kena tolak ansur sikit dgn PAS ni, rendahkan sikit ego tu, mengalah bukan bererti kalah.

Anonymous said...

Kami tidak kemaruk kuasa, kami akan menasihati kerajaan, kami politik blok ke 3, dan kami mengamalkan dasar politik matang....


Terima kasih kerajaan Barisan nasional...kerana dasar berkongsi kuasa dengan semua kaum yg ada di malaysia..

Malaysia satu2nya negara islam yg berjaya dan di hormati.....

Terima kasih UMNO...

Terima kasih BARISAN NASIONAL....

Terima kasih P.M DATO SRI NAJIB...

SELAMAT MAJU JAYA....MALAYSIA KU....

Anonymous said...

Blog pakatan baru Bersatu, Pas, Pkr dan Warisan merupakan satu idea yg boleh difikirkan. Dengan cara Dap yg boleh menimbulkan pergaduhan kaum, tidak mustahil kaum Cina akan berubah. Rasanya sokongan kaum Cina pada Dap ini bukanlah bersifat mutlak. Dulu Dap bersikap positif dgn Pas seperti membantu menerangkan kpd kaum Cina bhw tidak perlu bimbang dgn hudud. Hasilnya kaum Cina berubah drpd MCA kpd Dap. Mca sblm Pru13 mmg jelas menolak Hudud secara membuta tuli tanpa cuba menyelidiki apa itu Hudud. Jelas kaum Cina tidak menganggap Hudud itu isu besar untuk mereka. Mereka tidak takut mengundi Pas atau Dap. Mereka perlukan parti yang membela nasib mereka, parti yg menghormati antara agama dan sebaliknya bukan parti yg memprovoke diantara agama. Hari ini Dap membuat kesilapan yg sama seperti apa yg pernah dibuat MCA. Tidak mustahil jika kaum Cina akan berubah pula kepada PKR sebagai tempat teduhan mereka yg baru jika pakatan baru iaitu Bersatu PKR Pas dan Warisan terjalin...pakatan ini lebih sihat samada drpd sudut keharmonian ekonomi dan keharmonian pelbagai agama...

Anonymous said...

Betul jugak ye...tak terfikir pulak...logiknya Dap pasti tahu kesannya jika mereka bermain sentimen agama iaitu perpecahan dalam pakatan...t.kasih saudara diatas pengongsian...

Anonymous said...

Dulu sebelum Pru13 Mca menyerang Hudud dgn harapan kaum Cina akan takut dgn PR. Tapi sebaliknya yg berlaku...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails